Pages

Monday, 9 July 2018

15 TIPS KEKAL POSITIVE DAN BERMOTIVASI TINGGI

Setiap hari hidup kita sentiasa ada aura-aura negative. Semakin kita fokus, semakin ia dekat dan berjangkit-jangkit seperti kuman yang merebak melemahkan jiwa yang kuat.

Kinah tidak menafikan ianya.

Kekadang bila berada di rumah dan tinggal bersama dengan mereka yang datang dari pelbagai latar belakang keluarga dan didikan, ia boleh meranapkan gunung impian kita.

Tapi, Kinah PERLU memastikan setiap hari jauh dari aura negative ini.

Begitu jua di ofis atau di mana-mana sahaja. Dalam public transport atau di kedai makan.

Bagaimana?

First Kinah sentiasa bisikan pada diri “Sakinah kau hebat💪 Kau kuat 💪Kau wanita yang berjaya, kaya & bahagia💪 Kau ada matlamat dan masa depan yang cerah😍✨✨✨”

“Nobody boleh melemahkan dan menjatuhkan impian & matlamat kau.”

“Kau mesti bangkit💪 Never ever Give Up!”

Kinah sentiasa melatih diri supaya bersyukur dan berfikir setiap yang berlaku pasti ada hikmah.

Contoh :

Pepagi kita mesti happy, ceria dengan mood yang fresh kan. Bangun pagi, rasa bersyukur.. seronok je. Senyum memanjang sambil buat kerja rumah. Memasak, beri makan anak, mandikan anak. Hantar anak ke sekolah. Masuk ofis pun awal.

Diri sendiri? Kita kena bangun awal sebelum anak bangun. Sebelum suami dan orang lain bangun.

Bayangkan jam 10 pagi.

Tetiba datang si pulan si pulan buat bising membawang cari adik-adik bawang tak tentu pasal, terkinja-kinja ikut tingkap 100 kilometer dah dengar suara🤣🤣🤣

Korang rasa apa patut buat?

Sebagai tanda menghormati kakak bawang.. bercakap elok-elok. Mintak diri ada kerja. Kalau tak de apa-apa yang penting, tak yah lah ajak membawang😆

Tak pasal pulak kita sebarkan aura negative. Hati baru nak cerah tiba berkeladak balik.

Lagi dasyat kalau pepagi ada yang suka marah-marah tak tentu pasal. Ada orang yang hidup dia, kalau tak marah rasa tak tenteram😊 Tapi, kalau dia ubah marah tu rasanya hidupnya jauh lebih tenang dan senang.

Kerana marah ini boleh jadi punca kelemahan jiwa.

Solution : Kinah pekakkan telinga, bayangkan impian dan matlamat kita. Bergantung harap hanya lah kepada Allah. Mohon kekuatan jiwa mental dariNya.

Bukan mudah tapi tak susah.

Fikir tak de sesape dah dapat bantu kita melainkan diri kita sendiri perlu bangkit walau sakit mahupun kita rasa payah.

Switch negative words kepada positive words.

Contoh :

Susahnya > Senang je.

Sakit > Alhamdulillah aku sihat (sebutlah La haw la wala Quwwa ta illa billahi alliyil azim - Tiada daya & kekuatan melainkan pertolongan Allah).

Banyaknya kerja belum settle > Sikit lagi kerjanya. Tak pun, dah banyak settle kerja ni.

Bila kita banyak menyebut negative words ia melatih minda bawah sedar kita yang kita lemah, tidak mampu pergi jauh.

Bayangkan kita cakap kita bagus, good job ! Sakinah. Well Done ! 👍🏻 Sakinah kaya, Sakinah dermawan. Sakinah jutawan. Lama-lama kita akan bergerak ke arah itu. Ke arah yang amat-amat positive.

Then, libatkan diri dengan orang-orang yang positive, bermotivasi, lebihkan membaca bahan ilmiah dari gosip entah pape. Jadikan Al-Quran sebagai salah satu bahan bacaan kita.


Belajar berhenti merungut walau sekecil-kecil perkara.

Kurangkan membuang masa dengan menonton movie, drama yang tidak menjanjikan apa-apa pada kita.

Apa lagi?

Elakkan melepak di kedai-kedai kopi sambil membakar duit dengan putung rokok satu demi satu dengan orang tidak membina, bahkan selalu mengeji mengutuk orang lain. (Membawang lah jugak ni).

Banyakkan berada dalam kumpulan mereka yang berilmu dan bermotivasi. Macam Kinah, bisnes partner dan sideline Shaklee sentiasa menyebarkan aura-aura positive.

Sebab tu Kinah sayang bisnes Shaklee ni.

Lastly, sebarkan ilmu-ilmu bermanfaat supaya ia menjadi inspirasi dan bonus pencen kubur kita.

Ok.

So, seawal pagi ni bayangkan yang baik-baik & indah-indah sahaja.

Pesanan ini untuk diri Kinah juga.

Hari ni, Kinah bangkit dari kegagalan lalu untuk kejar impian Kinah yang banyak tertangguh. Please pray for me. Untuk kebahagiaan Azzahra.

Jom ! bersama-sama dengan Kinah untuk Projek Buat Duit intake Julai 2018. Wasap for details.

Assalamualaikum & Selamat Pagi🌻🌼🌻

sakinahms.blogspot.my
Sakinah : 019-9164276.

#inspirasiSakinah
#DemiAzzahra
#MyDaughterMyLove
#DareBeingMyBisnesPartnerRoger2

No comments:

Post a Comment