Cradle Cap. Foto : Google Search. |
Hai, mommies. Selamat berpantang dan selamat melahirkan baby yang kiut-miut. Best nya bau baby.
Ok.
Mommies mesti sedang tercari-cari info tentang Cradle Cap ni kan.
Kinah pun macam mommies jugak. First time jadi ibu dan ditakdirkan Allah anak sulong ada Cradle Cap atau kepala bayi berkerak.
Tak sangka dan tak pernah tahu pun risiko kepala berkerak ni. Normal lah, anak sulong banyak perkara kita belum tahu. Dah berlaku baru nak ambil tahu kan.
Bila korang sampai di entry ini, mesti baby korang ada Cradle Cap kan atau anak sedara / anak sahabat rapat korang yang alaminya?
Hurmm.. Apa punca yang sebab kan terjadinya Cradle Cap? Kinah pun masih belum dapat kenal pasti.
Tetapi ada 3 pendapat yang dikongsikan bagaimana terjadinya Cradle Cap pada baby.
1. Kehadiran hormon ibu yang mengalir dalam darah anak menyebabkan penghasilan minyak Sebum yang abnormal didalam kelenjar sebum dan folikel rambut bayi.
2. Jangkitan kulat Malassezia yang tumbuh didalam kelenjar Sebum bersama bakteria.
3. Semasa preggy si ibu suka minum ais. Orang tua-tua dulu kata lah.
🤔Kebetulan atau memang betul?
Dalam kes Kinah, semasa preggy Azzahra memang kerap minum ais. Sebab masa tu loya dan ais mampu kurangkan rasa loya Kinah. Walau orang cakap tak elok untuk kita dan baby. Kinah minum jugak. Dah itu je antara yang boleh masuk mulut waktu tue.
Hakikat sebelum preggy tak de masalah pun kalau tak jumpa ais. Huhuhu.
Papepun, wallahualam.
Hanya Allah Yang Lebih Maha Mengetahui.
Ok. Pesanan buat mommies di luar sana, sila elakkan diri anda daripada stress semasa preggy. Dan banyakkan berdoa yang baik-baik sepanjang kehamilan. Jaga kandungan dan abaikan mulut-mulut bawang.
Kinah rasa jika ibu stress, ia akan memberi kesan kepada anak yang bakal lahir itu nanti. Sama ada kepada jiwa, mahupun kesihatan si bayi.
But ! ini hanya pandangan peribadi Kinah. Tiada kaitan dengan sesiapa pun.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
No comments:
Post a Comment