Pages

Thursday, 14 February 2019

ANAKKU AZZAHRA ECZEMA FIGHTER

Hai, saya Azzahra, Eczema Fighter. Hari ni Ibu terpaksa
botakkan kepala untuk rawat Eczema saya.
Bismillahirahmanirahim. Hari ini, Ibu nak update perkembangan terkini Azzahra.

Ibu is Redha.

Terpaksa botakkan kepala Azzahra untuk kesihatan dan keselesaannya. Bukan senang untuk ibu rakuskan hati ini, wahai anak.

Demi Azzahra.

Azzahra is #EczemaFighter sejak lahir lagi kepalanya ada crandle cap. Semasa masih bayi, ibu dah bersihkan. Ingatkan ia berhenti di situ saja.

Siapa sangka, rupanya ujian Allah untuk kami Eczemanya sehingga ke kepala. Setiap malam tidur mesti tergaru-garu kepala dan badan sebab tak selesa. Bau hanyir sebab berkuping.

Bila berjumpa doktor, katanya ia mungkin sementara. Tapi ambil masa. Kena berpantang dan ambil cakna apa yang Eczema Fighter boleh dan tak boleh.

Dalam masa yang sama kita ikhtiar dan usaha sehingga sihat.

Sesungguhnya Kinah percaya dan yakin ini semua tanda kasih sayang Allah kepada kami suami isteri. Kami kena banyak-banyakkan bersabar, berusaha dan berdoa. Allah jua yang Maha Menyembuhkan.

Azzahra selepas cukur rambut.

Eczema ni bukan penyakit. Ia satu masalah keradangan kulit. Puncanya tak dapat dikenal pasti.

Ada yang berkongsi sebab keturunan, stress atau hormon, pemakanan ibu semasa bayi dalam kandungan.

Anak ibu tetap cute walau dah botak. Geram ibu rasa nak gigit-gigit je. Hehehe.

Hurmm.. Kinah sendiri pun tak pasti apa punca. Cuma mungkin jugak sebab semasa preggy Kinah terlalu banyak stress kot. Berbulan-bulan makan tak lalu. So, effect kepada anak.

Tambahan Kinah ada Resdung. Resdung ni anak beranak sepupu sepapat dengan Eczema jugak.

Ni, nak shooting video cam mana nak guna Herbal Blend. Hehehe.

Ada yang kata dorang masa preggy macam Kinah jugak. Tapi, anak ok je. Gebu gebas lagi.

πŸ˜€πŸ˜ŠπŸ˜„

Mommies, ujian setiap manusia tak sama. Usah sempitkan fikiran kita untuk menyatakan setiap orang sama "rempah dan kuahnya". Sebab darah yang mengalir dalam badan anak kita dengan anak mereka sudah pasti berbeza.

Ok.

Alhamdulillah Kinah redha. Sepanjang mengandung Azzahra dulu Kinah sentiasa doakan Azzahra sihat walafiat, bebas dari masalah resdung macam Kinah, kulit putih bersih gebu gebas, sempurna sifat, cantik akhlak. Namun aturan dan ujian Allah itu indah.

Muka excited betul nak demo cara guna Herbal Blend. 

Setiap yang berlaku ada asbabnya. Sebagai ibu Kinah menerima dan bersyukur. Kerana Allah taw kami mampu hadapinya.

Ok mommies, selamat beristirehat dan salam zohor😍

No comments:

Post a Comment