Kinah nak share beberapa tips yang ibu-ibu boleh ambil garis panduan sebagai persiapan. (Dan buat rujukan Kinah juga, for next baby nanti).
First bila disahkan kita hamil untuk kali pertama .. mesti happy, seronok dan teruja kan. Jarang Ibu First Timer tak happy☺
Alhamdulillah rezeki Kinah diberi nikmat Hamil seawal usia perkahwinan kami sebulan. Nak kata bunting pelamin, tak juga☺
Masa zigot baru nak terbentuk untuk menempel tu memang rasa badan lain macam je dalam tempoh sebulan tue :
- Selera makan bertambah.
- Sakit pinggan dan perut yang luar biasa. Nak kata senggugut tak jugak. Lain dari senggugut.
- Perut macam tertarik-tarik. Krik ! krik !
- Suhu badan sedikit tinggi macam nak demam. Suam-suam kuku.
Apa Kinah buat? Kinah tak buat lagi UPT Test sebab tengah kira hari period. Kalau period lewat baru Kinah buat UPT. Masa tu dah ready alat uji air kencing (Husband beli kat farmasi. Excited kan😅).
Kami dah sepakat takkan guna alat tu sehingga beberapa hari lewat period. Tapi, kan.. Kinah memang excited dan tak sabar. Esokkan nya Kinah buat test dengan terburu-buru tanpa study cam mana nak guna? Bila masa yang sesuai buat test?
Baca di sini : Buat UPT Test kali pertama
Baca di sini : Buat UPT Test kali pertama
Hahahaha. Excited sangat kan.
So, resultnya blur😂 Tak jadi double line pun. Huhuhu.. Kuciwa lah jugak hati ini. Tapi, hati kuat mengatakan Kinah memang preggy.
Ada beberapa orang tegur cakap Kinah preggy (orang awam yang Kinah tak kenal rapat pun. Terjumpa dalam event bisnes je).
Sehinggalah keadaan kesihatan Kinah makin merisaukan. Kitorang ke klinik untuk check up. Alhamdulillah memang rezeki kami. Kami akan jadi ibu dan ayah 9 bulan dari tarikh tersebut.
So, pelbagai perkara berlaku dalam 9 bulan. Antaranya :
1. Ramai cakap dan mendoakan supaya Kinah hamil anak kembar memandang dua-dua pihak ada keturunan kembar.
Anak-anak sedara husband siap request lagi. "Acik pregnant anak kembar taw. Kembar lelaki perempuan. Mesti comey. Seronoknya main dengan dorang nanti.."
Ingat kilang buat anak ke? Hehehe. Boleh pulak nak pilih-pilih.
Kinah dengan husband tak kisah. Memang triple excited lah kalau dapat anak kembar. Cuma kami tak doa specifik untuk dikurniakan twin.
Apa yang penting.. anak yang bakal lahir sihat, sempurna cukup sifat. Jadi anak soleh atau pun selohah.
Jantina pun kami tak kisah. Sebab Kinah kahwin pun dah lewat. Tak nak mintak macam-macam. Terima seadanya anak pertama ni lelaki ke perempuan.
Tup tup yang keluarnya perempuan. Memang masing-masing mengharapkan perempuan tapi nak dipendekkan citer. Sepanjang preggy semua kata anak lelaki. Scan pun tak nampak. Emak dengan mertua pun kata lelaki (kita akur lah sebab orang tua lebih makan garam dulu. Dorang boleh nampak perut bulat ke petak ke bujur ke.. menunjukkan jantina anak).
Buat Ibu-ibu First Timer, yang mana baik boleh diterima. Yang mana buruk atau bercanggah dengan agama, just abaikan.
2. Pantang Larang. Sepanjang hamil memang banyak sangat nasihat orang sekeliling yang boleh merosakkan emosi ibu-ibu dan ada juga yang memberi semangat buat Ibu.
Actually mereka yang menasihat ni bukan niat nak down kan kita. Cuma maybe cara penyampaian ayat yang tak kena. Contoh :
- Siang ikan tu leklok, jangan tersalah siang nanti sumbing si anak dalam perut.
- Si ayah tak boleh mengail, memancing mahupun memburu binatang
- Si ibu tak boleh selalu tidur nanti si anak kaki tidur.
- Jangan minum ais batu. Nanti anak jadi apa entah. Tak ingat.
- Jangan pi sungai.. nanti kena ngap dengan buaya sebab dia dapat bau bayi dalam perut Ibu. Serius boleh stress dengar pantang larang yang tak munasabah macam nie.
- Kalau Ibu-ibu mengidam kena dapatkan nanti kempunan si anak. Meleleh je air liur.
Yang ni tak tahu nak kata benar sebaliknya atau kebetulan. Memang ada makanan yang Kinah teringin makan tak berjaya dilangsaikan semasa preggy sebab faktor jauh dan kesihatan Kinah masa tue.
Kinah nak makan makanan kelantan yang ada dijual kat Machang, Kelantan. Makan tengah panas-panas lagi. Kalau pos tak sama lah. Dia punyer teringin tu nak feel makan kat situ jugak.
Kedua nak makan nasik kerabu kat kedai Ummi kat Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu.
Yang lain, rasanya tak de kot.
Jadi masa Azzahra (Anak sulong Kinah) dilahirkan dalam pantang memang mulut dia berair. keluar air liur. Sampai a little bit stress bila tetamu datang tanya : "Si ibu ni mengidam apa masa mengandung? Kecian baby, meleleh air liur."
Hurmm.. wallahualam. Sebab selepas habis pantang, ok je Azzahra. Tak makan pun makanan yang mengidam tue sampai saat cerita ini di tulis (Azzahra dah 1 Tahun 7 Bulan).
Alhamdulillah, tak de pun meleleh. Dah 1 tahun 7 bulan. |
3. Alahan Kinah teruk jugak. Berbulan-bulan.
Sebab sebaik je disahkan preggy terus alahan. Hilang selera makan. Sedangkan sebelum berselera macam ada saka. Hehehe.
Tak boleh bau masakan. So, memang tak memasak. Alhamdulillah duk dengan Mertua. So, menumpang kasih dan ehsan MIL lah jugak.
Cumanya terasa sengsara bila setiap kali MIL memasak. Kinah tak boleh bau bawang dan nasik yang sedang masak mendidih. Automatik loya nak muntah. Melepek je lah terbaring tak larat.
Bawang ditumis, bawang dimesin. Memang jadi musuh.
Tak boleh makan, kalau tengok lauk ayam. Nak makan ikan je kalau boleh. Ayam tu buatkan Kinah menangis.
Selepas makan mesti muntah semula makanan tadi.
MIL pesan, masa makan niat macam nie : "Ya Allah permudahkan untukku makan dan hadamkan makanan ini, selamat masuk perut untuk anak dalam kandunganku."
Lebih kurang ayat macam tue. Meant kita kena doakan yang baik-baik. Jangan fikir untuk muntah. Kalau fikir muntah teruk, makanan keluar memang itu lah akan berlaku.
Memang mencabar nak berlawan dengan perasaan, emosi dan keadaan yang dah sedia loya tue. Lama-lama ok lah. Take time jugak. Bukan on the spot. Mula-mula muntah banyak, then perlahan-lahan muntah sikit.
Dalam masa yang sama boleh usahakan baca ayat -82 surah yassin. Niat supaya tak muntah. Ustaz Kazim Elias. (Refer video di atas).
Korang try lah.
Selain tu, suami Kinah pun tak berkecuali kena tempias alahan Kinah. Seminggu dia alahan. Lembik kalahkan Kinah. Muntah tak sempat ke toilet. Mujurlah Allah bagi rezeki dan peluang untuk seminggu je merasa. Hehehe.
Ramai yang pesan, masa isteri preggy jangan cakap bukan-bukan. Sekejap lagi mendapat lah kat orang yang terdetik niat tersebut.
Kinah tanya suami ada fikir atau niat tak baik ke sampai dapat alahan nie? Dia cakap tak de lah pulak. Wallahualam. Hanya Allah je Yang Maha Mengetahui.
Banyak jugak Kinah dengar pengalaman orang-orang sebelum nie pasal niat nie. Tak tahu lah kebetulan atau suratan.
Yang part ni Kinah pun ada terdetik. Kinah kata kecian nya isteri yang alahan dengan bau suami. Cam mana lah si isteri tue?
Sekali mendapat.. Memang Kinah tak boleh bau perfume, bedak badan, deodorant yang suami pakai, termasuk lah bau badan nya. Maka tidur berasingan lah kitorang laki bini. Lama jugak. Ada dalam sebulan rasanya.
Dasyat betul dengan apa yang kita fikir nie. Ada waves taw. So, berhati-hati dengan apa yang Ibu-ibu fikir dan bayangkan.
4. Biasa Ibu hamil mesti ada mengidam pelik-pelik kan?
Hurmm... Kinah tak de lah pelik. Tapi.. macam susah nak dapat.
Mangga muda tu memang normal lah kan kalau Ibu-ibu mengidam. Kinah tak berkecuali. Memang tekak nak makan mangga muda yang kecik-kecik comey tue. Jenuh si suami mencari sebab bukan musim lagi. Masa tu bunga baru nak berputik.
Ni rasanya, buah Kuining. Dapat semasa teman husband pi ke rumah client dia. |
Buah Katak Puru dapat masa pi rumah client husband jugak. |
Ni, Mak Yong makan masa ada event kat KL. Apa entah namanya, Kinah dah lupa. Bukan selalu makan makanan jawa ni. Ayam penyet kot. Tapi, version daging. |
Alhamdulillah.. Rezeki anak, ada jugak. Kebetulan kat depan rumah MIL ada pokok mangga tapi yang jenis buah besar. Boleh dikatakan hari-hari Kinah duk intai buah nak petik makan. Buah tak sempat membesar. Kinah dah sambar dulu.
Tak cukup dengan tue. Balik rumah Emak Kinah cari mangga muda jugak. Masa emak duduk kat Beserah. Dekat pantai senang sikit nak dapat buah mangga. Even kami tak menanam mangga. Emak kenal ramai pemilik buah mangga kat situ. Jadi, emak lah usahakan mintak.
Banyak dapat.. seronok. Makan sampai tak puas hati.
Apa lagi, Kinah mengidam? Nak makan sayur masak lemak putih buah Ketereh (Kinah panggil Jambu Golok), dengan sotong. Perghhh !! kecur air liur dengar.
Mana nak cari buah tu kat Kuantan. Pokok tu bukan senang nak jumpa.
Alhamdulillah. Allah permudahkan si ibu mengidam. Jumpa pokok dan buahnya masa pi beraya kat rumah kawan husband kat Balok. Rezeki baby. Buah tengah masak.
Ini rupa buah Gajus yang sempat Kinah capture. Yang lain, semua tinggi-tinggi. Huhuhu. |
Orang pi beraya. Kitorang petik buah Gajus. Kihkihkih. |
Apa lagi? Tugas en. suami lah memohon hajat.
Seterusnya, Kinah mengidam nak makan buah stor yang kulit keras tue. Mak ai ! selera kampung betul baby Azzahra. Mana lah nak cari buah tu kat Kuantan?
Kinah siap google cari mana taw ada orang jual ke kan? Kebetulan memang ada orang jual online. Tapi yang sedihnya. Dia hanya hantar area berdekatan sahaja. Bukan di luar kawasan.
Tahu kat mana? Kat Ajil, Kuala Berang, Terengganu. Huhuhu.
Rezeki Azzahra, tak lama pastu Kinah ada suarakan kepada emak. Emak cakap ada jual kat pasar Beserah baru-baru nie. Ni tak pasti lah ada ke tak lagi.
Baru-baru ni, ok. So, 50-50 lah. Emak cakap, nanti emak try tanya orang yang jual tue. Alhamdulillah.. ada rezeki Azzahra. Tuan bagi je sebab dah saki-baki. Dah habis musim. Tak pe lah. Yang penting mak yong dan baby dapat merasa.
Ni, buah stor selepas dikupas kulit. Hasil nya buat jeruk on the spot makan. Sedap gilller.. |
2 jenis makanan yang Kinah tak dapat merasa iaitu Nasi Kerabu Ummi dan Satey Daging, sosej bakar pulut kat Machang Kelantan. (Tadi Kinah ada cerita sebab kenapa tak dapat makan di perenggan atas bahagian pantang-larang).
Setiap hari nak minum ais je. Sedangkan sebelum preggy tak pernah pulak macam ni. Selalu minum air masak atau air suam. Tapi, masa ni susah betul nak habiskan air masak. Air manis sejuk laju je.
Itu lah jugak sebab Kinah sangkut minum air gula. Dapat lah title Ibu GDM masa hamil.
Maka setiap 2 minggu kena buat Blood Sugar Profile (BSP). Ada masa merah kena repeat setiap minggu. 2 kali lah yang merah sepanjang buat BSP (Seingat Kinah).
Last yang masih segar dalam ingatan. Mengidam nak makan bubur nasik kosong dengan ikan bilis goreng air tangan suami masak. Gigihlah masuk dapur suami masak. Cerewet taw Kinah. Ikan kena goreng garing. Make sure cantik je rupa kejadian tue.
Alhamdulillah.. habis semangkuk dalam keadaan tak de selera.
5. Nak bermanja dan inginkan perhatian suami.
Setiap kali makan nak suami suapkan. Baru lalu makan. Kalau tidak jangan harap lah Kinah nak makan sendiri.
Masa tu nikmat taw suami suap. Makan pun berkongsi. Hilang loya sekejap.
Nak makan macam-macam. Akal ada je fikir nak makan apa yang dah lama tak makan. Sekali terbayangkan Meehon Celop kat sebuah kedai nie. Kitorang pernah makan dulu. Kedainya kat belakang UTC Kuantan. Mee Celop dia rasa macam style kelantan.
So, Kinah request dengan suami. Hasilnya amat berdukacita sebab suami bukan beli Mee Celop. Dia beli Meehon Sup yang nampak macam Meehon Rebus. Ada telur. Tak sukanya. Kuciwa hati. Dah lah beli dua bungkus. Huhuhu. Sebab Kinah pesan 2 bungkus.
Then, Kinah nak makan KFC snack plate tapi tak mahu berkongsi. Selalu Kinah share dengan suami. Merajuk jugak Kinah. Sebab suami berkeras untuk share, beli dinner plate. Dia taw Kinah tak mampu nak habiskan lebih dari seketul. Merajuk panjang. Suami is redha.
Akhirnya tewas dengan mak yong. Memang dia tak sentuh dan Kinah makan sorang-sorang. Bulan puasa rasanya masa ni. Hahaha.
Bila dah sarat, perut dah ke depan. Susah nak pakai stokin kaki dengan potong kuku kaki. Jadi suami lah pakaikan setiap kali nak keluar. Dan dia jugak lah potongkan kuku Kinah. Rasa bestnya jadi Ibu preggy nie😍
Dia lah picit kan kepala untuk kurangkan rasa pening. Kalau balik rumah emak.. Emak Kinah yang gigih picit dan urut badan. Emak taw anak dia ni manja dan lembik sebab alahan teruk.
6. Perubahan fizikal badan dan saiz semakin kembang sekembangnya.
Pada awal kehamilan dalam bulan ke4 - ke5, pelik jugak perut tak membesar mana. Siap tanya kat doktor. Kenapa tak nampak perut lagi? Baby ok ke?
Doktor cakap no worries. Masih terlalu awal. Itu normal.
Sekali bila dia membesar.. Besar betul taw. Tak larat nak bawak perut. Berat bertambah sehingga 78kg semasa preggy. Baju, seluar, kain pun bertukar saiz. Dah tak boleh pakai baju-baju lama. Kena shopping baju baru. Rezeki anak lah, ayah belanja ibu baju baru. Alhamdulillah.
Oh ! ye buat Ibu-ibu. Kena ready lah jugak. Bra memang kena tukar saiz lain. Dan elakkan guna bra yang ada besi (Biasa Push Up Bra ada besi). Nanti melecet bergesel dengan perut memboyot. Agak sensex lah sikit, tapi kena bagi taw.
Kinah dah lalui. Sakit woo melecet perut. Biras Kinah dah pesan awal-awal. Cuma Kinah tak ready shopping waktu tue. Bila dah kena terus lah pi Avon memborong😆 Rezeki lagi. Tapi tak yah lah memborong banyak-banyak.
Normal saiz akan bertambah selagi belum bersalin. (Depends pada perubahan badan setiap wanita. Ada yang tak ketara pun perubahannya).
7. Pemeriksaan Kesihatan berkala.
Ibu-ibu memang kena hadap rutin ni setiap bulan. Macam Kinah boleh dikatakan setiap minggu pi ulang-alik ke Klinik. Letih taw. Letih menunggu.
Alhamdulillah sepanjang preggy anak sulong, suami Kinah sentiasa ada untuk temankan, hantar, tunggu dan balik sama-sama sebab dia kerja sendiri. Apa-apa berlaku dia taw dari mulut doktor yang check up.
Rezeki lah jugak nie. Anak seterusnya nanti tak tahu lah cam mana.
Banyak nak kena check kalau dengan klinik Government. Ini yang Kinah dengar dari orang lain, kalau private tak details macam nie.
- Timbang berat Ibu,
- Ujian Air Kencing,
- Blood Pressure (BP),
- Minum air gula,
- Cucuk kancing gigi,
- Ibu GDM kena buat BSP 4 kali sehari dalam tempoh 2 minggu,
- Berat naik mendadak kena buat ujian Edema pulak seminggu setiap hari. Hari-hari lah pi Klinik,
- Check perut, dengar baby dengan nurse bertugas
- Scan Perut 3 kali rasanya dengan doktor
- Kelas bersama Pakar Makanan dan Zat (PMZ) bagi Ibu GDM
- Kena berpuasa selewat jam 10malam untuk minum air gula
- Ada saringan-saringan yang wajib follow.
Memang penuh buku pink tue. Siap ada tambahan muka surat baru taw kat buku Kinah.
8. Pemakanan kena control dan jaga.
Sepanjang hamil dengan title GDM dan alahan teruk, Kinah rasa terseksa. Sebab nak kena control makan. Tak boleh makan sesuka hati. Can u imagine?
Dah lah alahan. Dan makanan yang boleh masuk tekak air berperisa manis😂 Nak kata apa. Kinah is Redha menahan diri dan rasa. Bila tahu GDM terus stop air Bliss.
Makan pun memang berpada-pada. Kadang terkandas jugak bila teringin.
Kinah amalkan suplemen untuk Ibu GDM bagi cover kekurangan vitamin yang diperlukan oleh Ibu dan juga baby dalam kandungan.
Antara vitamin Ibu yang Kinah amalkan selain ESP dan Ostematrix Shaklee. |
Bagi Kinah bagus ambil suplemen di dalam keadaan tak lalu makan dan nak kena control diet supaya reading BSP terkawal.
Baby nak membesarkan perlukan sumber protein, asid folik, DHA dan EPA, zink, kalsium dan zat besi yang cukup. Alhamdulillah semua tu lengkap dalam Set Ibu Hamil dan GDM Shaklee.
9. Sakit semasa hamil.
Kinah pernah batuk kering, bersin yang berterusan sehingga sebulan hingga terkencing dalam kain dan terpaksa solat duduk.
Masa ni dah sarat sangat. Bulan ke 8 rasanya. Sebab Kinah dah start duduk kat rumah emak Kinah. Jadinya kain batik emak menjadi mangsa Kinah berhelai-helai setiap hari.
Memang kerap tukar. Kinah tak pakai pad sebab tak selesa. Normally Ibu hamil ada keputihan. Syukur Kinah tak diuji cam tue. Cuma batuk ni lah yang sebab kan Kinah kena solat ikut cara orang sakit.
Dalam sebulan tu, macam-macam tips tradisional Kinah try.
- Minum kicap bercampur dengan perahan asam limau nipis.
- Minum madu bercampur kicap.
Last-last Kinah tak tahu cam mana boleh hilang batuk.
Kaki selalu cramp bila tak ambil sumber kalsium. Kaki betis cramp bila Kinah kerap travel. Alhamdulillah Ostematrix Shaklee banyak membantu. Korang boleh baca di sini : Ostematrix bantu hilangkan cramp setiap malam.
Sembelit?
Alhamdulillah sepanjang preggy Kinah tak de masalah sembelit. Tapi, pelanggan Kinah yang preggy ada masalah ini. So, Kinah advice mereka try Kalsium dari Ostematrix 4 biji setiap malam before tidur.
Syukur mereka bagi feedback positive.
10. Persediaan Ibu dan Bayi
Ok, masuk bulan ke 7, ke 8 dan ke 9 Ibu-ibu semua mesti kena buat persiapan bagi menyambut kehadiran cahaya mata pertama kita.
Mungkin ada Ibu bapa yang excited, seawal kandungan dah beli siap-siap barang keperluan bayi. Cuma nak cakapnya lah.. ada jugak fahaman dan nasihat orang lama, "Jangan beli persiapan anak dalam perut tu terlalu awal.. nanti, putih mata. Entah-entah jap lagi tak menjadi."
Sob ! Sob ! sedih taw hati Ibu-ibu tengah preggy mendengarnya.
Hurmm..Sebut pasal nasihat pantang larang cam ni memang banyak betul merapu-meraban, kepercayaan karut-marut yang boleh sebabkan akidah kita terpesong.
Papepun, cool taw Ibu-ibu semua. Just think positive.
Kat bawah ni, list untuk persiapan asas bayi yang perlu Ibu-ibu sediakan (Kinah share yang paling asas taw) :
1. Tilam dan bantal -1 set (Bayi dah lahir, boleh lah tambah satu set lagi supaya boleh bergilir-gilir tukar nanti)
2. Barut bayi minima - 5 helai (Risiko bayi membuang terkeluar dari diapers, muntah satu badan hingga kena barut. Takkan nak pakai sehelai tu sampai ke sudah. Lagipun, jagalah kebersihan bayi kita)
3. Baju/ seluar lengan panjang bayi - 2 pasang
4. Baju/ seluar lengan pendek - 2 pasang
5. Baju/ seluar siang - 2 pasang
6. Baju/ seluar tidur - 2 pasang
7. Sarung tangan/kaki - 2 pasang
8. Bedung - 2 helai (Sejujurnya, anak Kinah tak berbedung mana. Masa dia Jaundice pun, banyak berdiapers je. Bedung tu pun pakai kain batik. Lagi selesa Kinah tengok. Lena je tidur dari pakai Bedung kain yang dibeli).
9. Blanket - 1 helai
10. Diapers - New Born (Tak perlu memborong banyak. Sebab kadang ada bayi yang jenis kulit sensitive dan diapers yang tak memenuhi keadaan si bayi. Jadi kena try and error jugak lah diapers ni. Masa Azzahra, kami ada try 3, 4 jenis jugak. Sebab bila dia membesar, ada diapers yang dia guna sebelum ni dah tak sesuai dipakai. Jadi merah kulit).
11. Kelambu - 1 (Azzahra tak tidur dalam kelambu. Kami beli satu je dan ada juga sedara yang bagi. Sudahnya kelambu tak guna pun. Sebab Azzahra banyak tidur dengan Kinah semasa dalam pantang. Letak dalam kelambu, dia tidur berpusing 360 darjah).
12. Kain lampin - 1 set (Biasa dijual 1 pack. Ada dalam 10 helai rasanya. Kinah pun tak ingat dah. Beli kat Mydin)
13. Towel bayi - 2 helai
14. Set penjagaan bayi seperti minyak telon, bedak, dan lotion.
15. Tisu lembap - Kinah guna bila perlu je. Macam semasa travel. Dan tiada orang yang boleh bantu tukar diapers. Masa dalam pantang, Kinah tak boleh bergerak banyak. Luka czer Kinah terbuka kali kedua. Lagipun, tak elok selalu guna tisu lembap pada area kemaluan bayi kita. Make sure cari yang bebas kimia taw.
16. Set Mandian bayi.
17. Pump bayi - Jika perlu.
Kinah sendiri beli pump ni masa habis pantang 40 hari sebab ada event di Shah Alam. Jadi nak kena buat stok susu untuk Azzahra. Dalam masa yang sama ajar dia menyusu botol. Tapi, nak gitaw. Azzahra tak menyusu botol pun walau dia lapar. Sedih taw.
Masa event Kinah bawak Azzahra stay homestay untuk dijaga oleh emak Kinah. Jadi Kinah balik jugak lah sekejap tengok dia. Emak cakap dia tak nak hisap. Padahal sebelum tu Kinah memang dah ajar dia. Dia dah minum sendiri. Maybe, masih terlalu awal kot untuk dia dijaga oleh orang lain. Itu tak jalan orang lain bagi susu.
Sepanjang Kinah membesarkan Azzahra sehingga sekarang (1 tahun 7 bulan) masih menyusu badan, kalau kemana-mana event yang perlukan berjumpa orang dalam tempoh yang lama, Kinah akan siapkan stok susu guna pump nie.
Cuma itu ler.. selalu membazir. Dia tak nak hisap.
Bagus jugak ada pump nie. Kinah pernah bengkak susu sebab Azzahra tak de selera nak makan dan minum. Dah paksa dia tak nak. So, inilah masa untuk kita gunakan pump tersebut. Pump dan keluarkan susu. Kalau tidak nanti, boleh jadi demam taw bengkak susu.
18. Botol susu - 1 botol untuk standby jika tiada planning untuk ajar anak menyusu botol. Sometimes, kita tak tahu ujian Allah kan. In case terjadi pape, ada jugak lah botol susu untuk digunakan anak nanti.
Alhamdulillah, rezeki Azzahra memang melimpah ruah. Susu badan Kinah untuk dia pun banyak. Dan botol susu pun banyak tersusun rapi tanpa diguna. Hehehe. Sedara-mara dan keluarga datang melawat Azzahra, bagi hadiah botol susu. Hurmm.. takkan nak buang. Simpan je lah. Besar kecik, tinggi, rendah, semua ada.
19. Tikar getah untuk bayi.
19. Tikar getah untuk bayi.
Lain bayi lain ujiannya. Papepun, Ibu-ibu standby lah yang mana mampu dan perlu. Tak ada kan keperluan bayi banyak tak pe. Nanti boleh beli lagi selepas bersalin.
Dan selalunya, tetamu yang datang melawat bawak hadiah keperluan bayi yang macam-macam. Azzahra rezekinya memang melimpah ruah. Ada yang bagi kain, baju berpasang-pasang siap untuk setahun.
Kitorang tak shopping baju dia sangat. Even kalau berkenan pun Kinah just pejam mata. Tak mahu membazir. Yang sedia ada pemberian hadian orang ramai pun tak terhabis pakai. Itu pun lupa dia banyak baju.
Kinah pakaikan yang sama. Teruk betul Ibu. Hehehe.
Part terakhir ialah persiapan buat Ibu-ibu.
Ibu semua selain persiapkan barang keperluan sendiri, kena juga persiapkan ilmu-ilmu baru sepanjang hamil dan semasa tempoh proses kelahiran. Kena ambil tahu tips untuk mudahkan bersalin secara normal, ilmu menjaga anak jaundice, ilmu penyusuan bayi, ilmu penjagaan diri semasa berpantang, ilmu semasa proses nak bersalin pun kena ambil cakna taw.
Masa Kinah, banyak yang Kinah belum taw. Dan berlaku beberapa perkara yang Kinah tak sangka. Kena warderd hampir seminggu sebelum dan selepas bersalin dan dipaksa induce serta emergency czer.
Masa ini suami memainkan peranan yang sangat penting taw. Suami memang kena jadi peneman si ibu, seperti Doula (yang femes duk viral tue). Kiranya lebih kepada peneman wajib. Suami kena alert dengan keadaan Ibu.
Kena paksa makan walaupun sikit. Kena gunakan psychologi lah. Jangan marah-marah.
Pengalaman Kinah sendiri, sepanjang hari sebelum masuk labour room memang tak de selera nak makan. Sebab sakit sangat menahan induce. Kinah taw, yang Kinah perlukan tenaga yang banyak untuk bertarung nak bersalin. Tetapi, emosi Kinah tak stabil. Dah tak boleh berfikir yang mana perlu buat atau tidak.
Kiranya, kita boleh alpa perkara penting. Kat sini peranan si suami.
Kinah terlupa untuk ambil Gla Complex, Ostematrix, minum ESP sebelum masuk labour room. Sepatutnya, Kinah ambil lah jugak kan. Dah tak lah tak lalu makan. Nutrisi pun tak cukup. Cam mana nak meneran tahan sakit.
Kinah sempat makan kurma sahaja 3 biji.
So, inilah sedikit sebanyak coretan tips dan pengalaman Kinah sepanjang hamil anak pertama yang diringkaskan.
Kita hanya mampu berusaha dan selebihnya Allah SWT jua yang menentukan. Kerana DIA terlebih dahulu merancang dari kita.
Ok, Ibu-ibu. Sekiranya, anda ingin dapatkan Suplemen untuk Ibu Hamil, Ibu sedang merancang nak hamil atau Ibu prepare untuk bersalin, berpantang dan menyusu dengan set Vitamin Shaklee boleh lah hubungi Kinah segera : 019-916 4276.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
Part terakhir ialah persiapan buat Ibu-ibu.
Ibu semua selain persiapkan barang keperluan sendiri, kena juga persiapkan ilmu-ilmu baru sepanjang hamil dan semasa tempoh proses kelahiran. Kena ambil tahu tips untuk mudahkan bersalin secara normal, ilmu menjaga anak jaundice, ilmu penyusuan bayi, ilmu penjagaan diri semasa berpantang, ilmu semasa proses nak bersalin pun kena ambil cakna taw.
Boleh beli buku-buku tentang kehamilan. |
Masa Kinah, banyak yang Kinah belum taw. Dan berlaku beberapa perkara yang Kinah tak sangka. Kena warderd hampir seminggu sebelum dan selepas bersalin dan dipaksa induce serta emergency czer.
Masa ini suami memainkan peranan yang sangat penting taw. Suami memang kena jadi peneman si ibu, seperti Doula (yang femes duk viral tue). Kiranya lebih kepada peneman wajib. Suami kena alert dengan keadaan Ibu.
Kena paksa makan walaupun sikit. Kena gunakan psychologi lah. Jangan marah-marah.
Pengalaman Kinah sendiri, sepanjang hari sebelum masuk labour room memang tak de selera nak makan. Sebab sakit sangat menahan induce. Kinah taw, yang Kinah perlukan tenaga yang banyak untuk bertarung nak bersalin. Tetapi, emosi Kinah tak stabil. Dah tak boleh berfikir yang mana perlu buat atau tidak.
Kiranya, kita boleh alpa perkara penting. Kat sini peranan si suami.
Kinah terlupa untuk ambil Gla Complex, Ostematrix, minum ESP sebelum masuk labour room. Sepatutnya, Kinah ambil lah jugak kan. Dah tak lah tak lalu makan. Nutrisi pun tak cukup. Cam mana nak meneran tahan sakit.
Kinah sempat makan kurma sahaja 3 biji.
So, inilah sedikit sebanyak coretan tips dan pengalaman Kinah sepanjang hamil anak pertama yang diringkaskan.
Kita hanya mampu berusaha dan selebihnya Allah SWT jua yang menentukan. Kerana DIA terlebih dahulu merancang dari kita.
Ok, Ibu-ibu. Sekiranya, anda ingin dapatkan Suplemen untuk Ibu Hamil, Ibu sedang merancang nak hamil atau Ibu prepare untuk bersalin, berpantang dan menyusu dengan set Vitamin Shaklee boleh lah hubungi Kinah segera : 019-916 4276.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
No comments:
Post a Comment