Pages

Saturday, 1 June 2019

10 TIPS BAHAGIA BERAYA DI HARI LEBARAN YANG MULIA BERSAMA KELUARGA

Syawal 2018, Syawal 2019 belum ada lagi.
Bismillahirahmanirahim dan salam 1 Jun 2019 bersamaan 27 Ramadhan 1440H.

Korang tengah wat apa tue? Cam mana persiapan raya untuk tahun ni? Beraya kat mana?

Walau bagaimanapun persiapan anda dan dimana anda beraya, bersyukur lah kerana kita semua masih diberi kesempatan dan peluang merasa meriahnya beraya di Malaysia yang majoriti memang rakyatnya beragama Islam. Compare to mereka yang berada di perantauan luar Malaysia.

Ok.

Pagi ni, Kinah nak share bagaimana untuk kita merasa bahagia beraya di hari lebaran bersama keluarga tercinta.

Mungkin ada yang terasa macam tak best je raya tahun ni, sebab berjauhan dari keluarga atau mungkin juga sebab kewangan yang cukup-cukup sahaja ataupun status bujang yang belum bertemu jodoh.

Usah risau dan rosakkan mood raya anda.

Sebenarnya sangat mudah untuk kita merasa bahagia walau dalam keadaan kita merasa serba kekurangan. Caranya, ubah cara kita berfikir dan melihat sesuatu perkara dari sudut yang positive.

Contoh : Persiapan raya tahun ini, lebih bersederhana dan tidak membazir. Bukan kerana kita tidak berduit, tetapi sebab dah terlalu banyak baju-baju yang sedia ada dalam almari tidak terpakai pun. Ada yang baru pakai sekali, itu pun baju raya 2, 3 tahun lepas.

Orang tak kan perasan itu baju raya baru ke lama kalau pakainya sekali. Melainkan saiz badan korang dah bertambah. Itu memang kena cari baju baru. hehehe.

Haa ! kat sini lah, kita boleh jadi lebih kreatif. Jika sebelum ini pakai baju tersebut dengan tudung biru, kali ni pakai lah tudung color light yang masih mampu mix and match.

Elakkan mengikut trend semasa yang hanya membebankan diri sendiri. Nak up to date boleh, tapi tengok poket sendiri. Jika poket pun sesak, lupakan lah impian tersebut untuk raya kali ini. Usahakan poket tebal syawal tahun depan ok.

Klik sini untuk tebalkan poket di hari raya 2020.

Bersyukurlah kerana kita masih boleh beraya. Syukur itu sangat-sangat penting untuk membawa perasaan bahagia dalam diri. Terdapat banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang menceritakan tentang bersyukur seperti di bawah :

" Sesungguhnya telah kami berikan hikmah kepada Luqman, iaitu Bersyukurlah keapda Allah ! Barang siapa bersyukur (kepada Allah) sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barang siapa tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji." Surah Luqman, ayat 12.

" Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memperingatkan, sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), pasti azab-Ku sangat pedih." Surah Ibrahim, ayat 7.

Persiapkan diri dengan jiwa dan mental yang telus bahagia. Normally, di hari raya ini ada yang suka beramah mesra. Al-maklum lah berjumpa setahun sekali. Ada tu 10 tahun baru berjumpa.

Jadi bila dah lamaaaaaa sangat tak berjumpa, mesti dorang nak tahu apa perkembangan kita. Dah kahwin ke? Kalau dah kahwin, anak berapa orang? Macam-macam soalan femes yang memang dorang nak tahu. Dorang bukan busy body. Sebenarnya, dorang ambil cakna tanda kasih dan sayang.

Hidup ni kan, indah bila berkasih sayang.

Mungkin ada yang kurang selesa. Tapi, cool and relax. Hadap je untuk setahun sekali dengan senyuman manis dan bahagia.

Selain itu, ringankan kaki dan tangan untuk turut serta bersama keluarga membuat persiapan sebelum atau semasa kehadiran tetamu di hari raya.

Memang penat bagi yang drive jauh dari KL ke Kelantan, dari Johor ke Kelantan dan dari kampung sebelah ke kampung sebelah pun penat. Masing-masing ada penatnya. Yang malam raya baru habis kerja. Pastu drive balik ke kampung halaman pulak.

Kita faham semua orang penat dan nak rest je kan.

Tapi, kalau semua orang rest.. takkan nak harapkan emak ayah yang dah uzur tu buat kerja kan. Masa ni lah untuk kita rapatkan ukhuwah sesama ahli keluarga. Masa ini juga penting untuk dijaga supaya tak de yang ambil peluang membawang kita balik rumah mengular laki bini. Kihkihkih.

Dalam berkeluarga memang ada macam-macam watak taw bila bab balik kampung. Nak nak family yang besar. Family yang sekali balik penuh satu rumah. Isu membawang ni, dari dulu, kini dan mungkin selamanya dah jadi adat resam dalam masyarakat Melayu.

Just Kinah nak berpesan. Korang fokus kepada tujuan dan niat korang. Bila kita fokus kepada sesuatu yang negative, itu yang mendapatnya sekejap lagi.


Bukan senang nak memuaskan hati semua orang. Kita tak mampu nak control orang lain. Itu semua urusan Allah. Apa yang penting kita perbetulkan diri kita sendiri dan buat lah yang terbaik. You will feel the difference.

Try lah. Kinah dah lalui zaman membawang ni dari kecik lagi. Dulu masa kecik, tak faham. Sekarang dah faham.

Bila dah besar, kita ubah cara kita berfikir dan memandang sesuatu perkara seperti disebut di atas tadi, InsyaAllah everything will be fine and your hari raya so enjoy and meaningful. 

Tak yah lah stress di hari raya.

Belajar hidup dalam keadaan bahagia dan membahagiakan likes Tuan Afnan Rosli selalu share di facebooknya. Korang boleh follow beliau.

InsyaAllah.

Kinah bagi extra tips. perbanyakkan solawat dan beristiqfar sepanjang masa di dalam hati. Ini terapi yang bagus bagi memastikan kita sentiasa bahagia.

Then, korang boleh jugak amalkan pengambilan vitamin B Complex yang sangat bagus untuk elak stress dan membebaskan tenaga serta mengawal emosi kita secara baik.

Nak Shaklee? Korang whatsapp Kinah : 019-916 4276.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

Sakinah Mat Said,
Your Trusted Shaklee Business Leader,
Working At Home Mom,
Writing is My Therapy.
Whatsapp : 019-916 4276.

No comments:

Post a Comment