Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ceria.
1. Always being here & now.
Sentiasa menghayati saat yang sedang dilalui tanpa terlalu noisy memikirkan masa lampau mahupun akan datang.
Sebab itu surah Al-Asr diturunkan kepada kita di dalam Al-Quran sebagai panduan hidup. Sebab manusia selalu berada dalam kerugian. Ramai yang mempersiakan masa sekarang.
Kinah baru sedar hakikat itu selepas follow class Pre-Metamorphosis Tuan Afnan Rosli di FB secret group. Insaf namun kadang terleka juga. Sebab itu kita dijadikan untuk saling ingat-memperingati dan lengkap-melengkapi.
2. Belajar untuk bersyukur dengan segala nikmat & rahmat yang dikurniakan.
(Kinah ada share tips terapi pagi di posting beberapa hari lepas. Klik baca kat sini).
3. Ucapkan terima kasih kepada diri sendiri & juga pasangan, parents, anak-anak kita di atas apa yang dah mereka contribute kepada kita dari dulu hingga saat ini.
4. Senyum 😀
5. Bernafas dengan cara yang betul. Sila tengok baby bernafas bagaimana.
6. Pastikan postur badan kita sentiasa berada dalam keadaan betul. Kalau duduk, sila duduk dengan tegap begitu jugak berdiri. Elakkan memakai heels ia kurang sihat untuk postur kita.
Kinah berpesan sebab Kinah pun pernah ber heels bertahun-tahun jugak lamanya.
7. Belajar dari kesilapan dan kegagalan. Kerana manusia yang berjaya adalah mereka yang pernah jatuh dan gagal dan yang lebih penting mereka bangkit untuk berusaha sehingga berjaya💪
Ok.
Sakinah,
Love & Happy😍
No comments:
Post a Comment