Pages

Tuesday, 24 September 2019

11 KESAN KEHIDUPAN SELEPAS KELAS METAMORPHOSIS

Metamorphosis membawa Ajaran Sesat? Saya tak nak kupas bab ini. Biarkan pihak yang lebih arif buat urusan sepatutnya.

Kita chill. Sebab zaman sekarang, sepatah kata.. orang boleh hentam 10 kali lebih dasyat kalau buruk je yang dicari. Hehehe.

Saya sentiasa ingat pesan Tuan Guru. "What ever it is after class kalau korang terjatuh, blur ke apa ke, always be Happy." Yes ! itu lah misi Tuan Guru kami. Mengajar ilmu Kebahagiaan.

Saya fanatik ke? Saya pun tak tahu nak describe cam mana. Cuma dah banyak hari Allah gerakkan hati untuk menulis nie. Saya jenis menulis ikut ilham dari hati. Dan saya takkan menulis kalau sesuatu perkara itu memudaratkan. Semuanya berlaku dengan izin Allah SWT.

Macam saya cakap tadi, dah banyak hari tiba-tiba digerakkan hati untuk berkongsi tentang apa yang berlaku lately. Tergempar ! di Social Media (SocMed) yang viral mengatakan Afnan Rosli membawa Ajaran Sesat. Saya malas nak fokus perkara-perkara negative nie. Sebab ia akan drain our energy.

Saya hanya akan fokus jika ia perlu. So, saya ambil pendekatan menutup mulut dan biarkan Tuan Afnan dan mereka yang terlibat uruskan. Kita as alumni mendoakan yang baik-baik untuk semua. Mungkin ada sesuatu Allah nak bagi. Kami pun tak tahu apa hikmah dariNya.

Jadi saya fokus my journey. Fokus matlamat bulan ini. Kita fokus tahun 2020 yang berbaki 99 hari sahaja lagi (di saat saya menulis).

Saya tak ambil tahu pun siapa yang membuat fitnah. Cuma biasa lah, perkara viral ni laju je kan. Kalau ajak perkara baik, mesti lambat lagi nak jalan. Hehehe.

Bukan Tuan Afnan je yang sedang lalui proses ini. Ada ramai lagi sedang melalui fasa difitnah.

Orite, kita pergi kepada tujuan utama saya iaitu cuma ingin berkongsi Kesan Kehidupan selepas kelas Metamorphosis secara offline (baru berlaku dua kali) dan syukur saya berada dalam group online Pre-Metamorphosis dari bulan Ramadhan lagi. Selain itu, saya dah follow Tuan Afnan sebelum beliau decide nak adakan kelas Mega Metamorphosis pertama nya. Tetapi waktu itu, saya tidak berpeluang untuk turut serta sebab senang cerita belum rezeki untuk bersama depan-depan.

Dipendekkan cerita sebelum attend class depan-depan lagi saya dah dapat side effect yang miracle di luar logik akal manusia. Dengan cara paling indah Allah aturkan (Ya Ba'ari).


Apa yang Metamorphosis ajar, saya rasa tak salah. Bahkan sangat tepat dan kena kepada fitrah kejadian diri kita yang sepatutnya. Bab ajaran sesat biar pihak ber autoriti yang buat kerja mereka secara telus dan terbaik. Korang boleh baca statement terkini Tuan Afnan di sini.

Ok, Tuan Afnan ajar apa, sampai sesat kenal Allah nie? Sampai kami hidup bahagia dan ada yang berhenti kerja on the spot, dan macam-macam.

Apa yang boleh saya simpulkan dari perubahan diri sendiri dan orang sekeliling :Apa yang boleh saya simpulkan dari perubahan diri sendiri dan orang sekeliling :

1. Kami belajar memaafkan semua orang dengan lebih berkesan.

Kalau dulu memang saya tahu nak bahagia kena memaafkan semua orang. Saya tahu salah satu kunci bahagia ialah memaafkan.

Rupanya dengan Method memaafkan dalam Metamorphosis tu so powerful.

Actually mungkin ilmu ini ada diajar oleh mana-mana guru. Tetapi macam saya, Metamorphosis asbab Allah bukakan hati saya lebih memahami diri, hati, kenapa susah nak maafkan, kenapa ia menghalang kejayaan dan kebahagiaan?

Kerana dendam.

Bukan ke mengajak manusia membuang dendam dan ego itu satu kebaikan?

Semuanya ada perkaitan di dalam Al-Quran yang menjadi rujukan Ummah. Nak citer lebih-lebih saya bukan pakar.

2. Kami diajar supaya uruskan diri, masa untuk hidup yang berkualiti.

Ramai orang hari ini, terlalu banyak spend masa untuk perkara sia-sia seperti scroll FB, membawang, mengambil tahu hal-hal yang tak perlu.

Banyak masa dihabiskan untuk phone, kerja, bisnes hingga abaikan Al-Quran, Pasangan, anak-anak dan keluarga.

3. Kami diajar untuk menghargai masa.

Dengan melupakan dendam semalam (Seperti sakit hati sebab bos marah di tempat kerja atau merajuk sebab suami lupa janji kepada kita).

Kami diajar supaya sentiasa menghargai setiap saat yang sedang kita lalui, sebagaimana ada di sebut dalam surah Al-Asr.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian."

Betul lah tue.

Bila kita terlalu memikirkan dan teringat kepada dendam, sakit hati, kecewa kita tak sedar anak kat depan mata yang lebih utama. Kita tak appreciate moment bersama pasangan sendiri.

Sedangkan manusia tak lari dari buat silap. Manusia tak sempurna. Bila hidup terlalu mencari kesempurnaan itu yang membuatkan kita lupa kepada nikmat yang sedia ada.

4. Belajar bersyukur.

Setiap hari saya mula belajar bersyukur siap ada jurnal kesyukuran untuk sedarkan diri sendiri yang terlalu banyak nikmat Allah beri.

Contoh : Saya bersyukur sebab Allah masih panjangkan usia saya walau dah banyak kali merasa seperti nyawa hujung tanduk.


Tuan Afnan banyak ajar kami bersyukur sekecil-kecil perkara. Seperti nasik di dalam pinggan kita. Ramai orang contribute untuk kita makan. Semuanya dari siapa? Dari Allah SWT Yang Maha Berkuasa.

Allah jadikan siang malam, untuk pastikan padi jadi beras dan petani cukup rehat, tidur untuk membanting tulang di sawah, pengusaha beras jalankan tanggungjawab mereka untuk rezeki kita.

Banyak sangat korang. Tak terucap dengan kata-kata.

5. Kami diajar untuk tidur awal, bangun awal.

Rupanya dalam kajian sains tidur itu ada kepentingannya kepada sistem badan manusia. Sebab itu Allah jadikan siang malam, bulan, bintang dan matahari.

Hormon tidur bantu regenerate sel-sel mati sepanjang proses itu berkualiti.

Ye, semua orang tidur. Saya pun tidur.

Tapi berbeza tidur dalam keadaan bersedia dengan tidur dalam keadaan terpaksa tidur.

Bab bangun awal.

Ya, bangun dalam keadaan bersedia untuk aktifkan diri, ada amalan yang dikongsikan. Seperti buat simple exercise untuk aktifkan diri supaya kita lebih bersedia untuk bertahajjud mengadap illahi.

Ada part Visualisation (Orang tak biasa mungkin tak faham). Visualkan apa yang kita nak buat hari itu, atau apa yang kita ingin dapatkan dalam tempoh terdekat. Sebenarnya ia sedang aktifkan RAS kita untuk berusaha ke arah tersebut.

Jadi tak de lah hari-hari dilalui dengan sia-sia. Bermalas-malasan tak tahu nak buat apa.

Gratitude (Lahirkan rasa kesyukuran). Berapa ramai antara kita hari ini, bangun tidur lupa untuk bersyukur dan cakap kepada diri, (Sebut nama anda) aku sayang ko. Tahniah, good job (Sakinah : Sebut nama anda), Well done Sakinah (Sebut nama anda).

6. Kami diajar cara bernafas yang betul.

Bernafas cara bayi. Saya tak mahu kupas bab pernafasan ni. Just korang tengok cam mana bayi bernafas.

Kita yang tua ni, terlalu lama hidup dan belajar ikut cara barat, membuatkan kita lupa fitrah kita bernafas waktu kecil macam mana.

Kat sekolah kita diajar bernafas sampai bergerak habis bahu ke atas. Beza bernafas cara bayi sebenarnya. Kita akan menjadi lebih tenang dan dari segi kesihatan, paru-paru kita memenuhi ruang rangka tulang rusuk.

7. Alert dengan persekitaran.

Sebelum ini tak sedar pun bunyi burung kat luar tingkap rumah. Padahal setiap pagi burung bersiul, berzikir memuji-muji Allah. Kita sibuk dengan dunia lupa dengan kejadian alam yang Allah jadikan bukan sia-sia.

Dalam Al-Quran sendiri berulang kali disebut pasal burung. Bukan ke bagus bila kita lihat alam, kita bukak Al-Quran. Mencari tahu setiap kejadian ikut kalam Allah.

Ia membuatkan kita ingin belajar dan belajar lagi, mencari guru yang tepat untuk lebih faham Al-Quran yang sepatutnya menjadi rujukan hidup kita dari awal lagi.

8. Kami diajar decluttered.

Ia satu cara membuang barang-barang tak perlu kepada kita. Supaya nanti mati, kita selamat dari disoal apa kita buat dengan barang bersusun-susun berhias kat rumah?

Ramai orang simpan macam-macam collection sebagai hobi mereka atau reward diri mereka. Tak salah.

Tuan Afnan ajar kalau 90 hari tak berguna sila decluttered. Dengan cara sedekah, atau buang kalau dah tak bermanfaat kepada orang lain.

Contoh : Banyak baju-baju tak pakai masih elok, boleh diberikan kepada orang lebih memerlukan. Secara tak langsung ia mendidik diri kita bersedekah barang-barang yang kita sayang.

Pinggan mangkuk, periuk belanga penuh kabinet bahkan ada bilik khas macam wardrobe baju.

Buat apa simpan kalau tak guna. Yang berguna untuk berkenduri kendara, catering lain lah cerita. Hehehe.

Kalau mati, tak de lah anak-beranak berebut harta barangan kita. Kita jugak yang tak tenang kat alam sana nanti.

9. Kami diajar untuk memberi.

Dengan cara kongsikan ilmu, atau sedekah wang ringgit dengan perasaan Abundance (Kelimpahan) dan banyak cara lagi sebenarnya.

Bukan maksud membazir. Bukan maksud beri 1 juta baru rasa Abundance. Bukan begitu.

Beliau ajar memberi dengan keikhlasan dan rasa rezeki sentiasa anda, ia bukan hak kita. Dalam rezeki kita ada amanah yang perlu ditunaikan kepada yang hak.

Cara memberi RM0.10 dengan RM10juta itu yang diajar. Bukan letak kepada nilai digit diberi.

Bab sedekah ni, ramai guru, ustaz, ustazah, individu-individu sekeliling kita dah share. Cuma cara Metamorphosis memberi dengan perasaan Abundance.

10. Jaga hubungan dengan manusia (Hablu Minannas) dan Allah (Hablu Minallah).

Kami diajar membahagiakan keramat dan keluarga sendiri. Kerana kunci bahagia itu ada di dalam rumah. Barakhahnya ada di dalam rumah. Keramat dunia akhirat kita ada di dalam rumah.

Siapa mereka?

Yang berkahwin kalau anda sorang isteri, keramat anda suami. Yang lelaki, keramatnya kedua ibu bapa. Tetapi, anak isteri perlu jua dijaga.

Senang bicara, jaga keluarga kita bukan utamakan kawan-kawan atau rakan niaga kalahkan anak-anak dan pasangan mahupun emak ayah.

Ada orang sibuk berjumpa kawan-kawan setiap hari hingga lupa anak bini, lupa suami dan anak-anak.

Ada orang mencari di mana silapnya bisnes stuck? Saya lah sorang darinya.

Saya sibuk uruskan bisnes hingga abaikan masa dengan suami. Saya harapkan suami faham. Rupanya saya lupa faham yang suami sendiri jenis macam mana. Saya nak suami faham saya, saya alpa faham suami.

Dalam kelas Metamorphosis kami diajar perbaiki diri sendiri, InsyaAllah pasangan dan orang sekeliling mula berubah atau menjadi baik sebagaimana kita berubah menjadi baik.

Sebab ada hukum daya tarikan dalam hubungan yang diredhai Allah. Bila kita berubah niat keranaNya InsyaAllah semua baik-baik je.

Ilmu ini bukan Tuan Afnan je ajar. Ramai dah ajar. Cuma sebab mungkin ia dikaitkan dengan sains, hukum Allah, ia menjadi lebih mudah diaplikasikan dalam kehidupan kita.

11. Kami diajar Export Happiness bukan Import Happiness.

Ramai antara kita fikir kebahagiaan itu perlu dicari. Sebenarnya kebahagiaan itu ada dalam diri kita. Biar kita yang cipta bahagia itu, InsyaAllah bahagia datang tanpa tekanan atau dipaksa.

Ok, rasanya cukuplah sampai di sini dulu saya berkongsi. Sehingga kita bersua kembali di entry seterusnya.

Setiap kebaikan itu datang dari Allah SWT, dan setiap kekurangan itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

No comments:

Post a Comment