Pages

Thursday, 12 September 2019

HIKMAH KUCING BERAK DI DEPAN PINTU RUMAH

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hikmah kecil yang amat besar, Alhamdulillah.

Beberapa hari lepas, habit lama si kucing jiran tetangga datang bertamu semula ke rumah kami. So, bila dah bertandang.. dia bukan setakat ziarah, tapi tinggalkan kesan๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Mula-mula saya macam stress jugak lah sebab saya memang allergik dengan si kucing, allergik dengan bau kencing dan najisnya. Boleh migrain sampai naik menyampah. Walau saya tahu kucing itu makluk Allah dan binatang yang Rasul kita Nabi Muhammad SAW kasih dan cinta.

Terduduk jugak lah saya bila mana Allah hadirkan ujian Kucing berak di rumah. Nak muntah saya membersihkan najisnya.

Puas saya fikir apa hikmah disebalik ini semua. Sebab kucing ini takkan datang dan kencing berak tanpa pengetahuan Allah, tanpa izin Allah.

Hatta daun yang nak gugur ke bumi pun dalam pengetahuan Allah (Tafsir ini ada dalam Al-Quran, kena semak semula). Nak katanya dalam alam ini, tak de apa yang Allah tak tahu. Allah dahulu Maha Mengetahui dan Maha Mengatur.

Selepas beberapa hari saya meluahkan rasa ini kepada En.Suami. Saya mintak En.Suami yang uruskan kalau selepas ini ia berulang lagi. Sebab setiap pagi, itu lah bau yang perlu saya terima sebaik bukak sliding door. Sangat mengganggu terapi pagi saya.

Dan Miracles nya suami yang take over urusan buang dan bersihkan najis kucing tersebut sebelum dia keluar rumah. Saya dah tak perlu stress hingga mengganggu aktiviti harian.

I just enjoy mylife. Always make my life Happy. I export the happiness to my husband, daughter and everyone. Not importing the Happiness as my sifu always share.



What ever it is always Happy. Ujian itu kasih sayang Allah kepada kita.

Alhamdulillah pagi ni si kucing dah tak membuang๐Ÿ˜€ Kami gandakan botol air sirap memenuhi laman rumah yang sekankang kera tue๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† Ia bukan syirik atau kurafat.

Itu satu ikhtiar kami. Apa perkaitan air sirap dengan kucing, saya sendiri belum temui jawapan. Mungkin ia nampak macam darah atau cerminan diri kot. Sebab bila si kucing berdiri dekat botol air sirap, dia akan nampak dirinya sendiri. Berlaku pantulan.

Pape hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

Cuma nak share lagi kejadian pagi tadi yang jika difikirkan logik saya mungkin akan cepat mengomel. Tapi, berbeza kes kucing pagi ini membuatkan kami laki bini gelak bahagia.

Saya cakap kepada suami :

"Abang.. sementara sayang siapkan breakfast ni, apa kata abang bukak sliding door, abang check ada tak dia buat projek malam tadi๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†"

"Sebelum tu, abang bertenang. Abang bukak sliding then ambil peluang pagi yang syahdu dan fresh ini untuk hirup udara luar yang menyihatkan. Abang tarik nafas, then hembus. Kalau ada bau pelik abang relax lah (Masa tu saya dah peluk pinggang suami, gosok-gosok bagi dia bertenang dan kami secara automatik bergelak sakan, bayangkan bukan udara segar tapi bau najis๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†)"

And you know what?

Alhamdulillah dia tak buat projek dah.

Promo Set Gastrik Shaklee serendah RM175 sahaja.
Click Sini untuk Order :  Nak Set Gastrik Murah 

Hikmahnya dengan ujian kucing ini, Allah terlalu banyak sangat. Hubungan kami suami isteri makin erat, sebab ia banyak mendidik kami bertoleransi, bertanggungjawab, bersabar, bersyukur dan yang penting always happy.

Jangan mudah melenting. Sebab kucing makluk Allah yang tiada akal. Kita ni manusia berakal kenalah berfikir guna hati dan akal fikiran yang waras. Kita marah kucing, bukan dapat pahala. Silap haribulan, bertingkat-tingkap dapat pakej dosa hanya kerana mengutuk makluk Allah.

Saya doakan semoga anda yang membaca posting ini, peroleh sesuatu. Jika anda rasa ia bermanfaat, sila Like & Share kepada lebih ramai rakan-rakan sekeliling kita.

Saya percaya kes kucing ini, bukan berlaku dalam hidup kami sahaja. Mungkin ramai yang melalui ujian seperti ini.

Jom ! follow FB : Sakinah Mat Said dan set SEE FIRST supaya lebih banyak anda dapat info, dan kisah-kisah inspirasi, miracles yang menarik๐Ÿ˜€

Sakinah,
~Always Love & Happy.

1 comment:

Anonymous said...

Betul kucing tak berakal tetapi tuan punya kucing pun tak berakal ke biarkan kucing nya berak merata,,,,di selangor kalau kita ambek gambar kucing jiran berak dan complain kat MBSA,,,denda nya seribu rm tuan nya kena bayar,,,,sbb TUAN PUNYA KUCING PATUT BERAKAL,,,,

Post a Comment