Pages

Wednesday, 13 November 2019

6 SEBAB SAYA KURANG MENULIS DI FACEBOOK

Alhamdulillah, Assalamualaikum dan selamat Pagi.

Syukur masih dikurniakan rahmat bernafas di saat ini di kala kita pejamkan mata semalam. Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk hidup dan memperbaiki diri serta menambah amal kebajikan ke dunia yang kekal abadi.

Jika suatu hari nanti, anda sudah tidak mendengar khabar dari saya, tolong doakan saya dan sedekahkan Al-Fatihah buat diri yang tiada apa-apa ini setiap hari. Segalanya hanya pinjaman dari Allah Ya Malik.

InsyaAllah doa kalian akan berbalik kepada kalian jua. Ini adalah satu tips berdoa yang berkesan. Mendoakan orang lain tanpa pengetahuan orangnya.

Sekarang saya kurang menulis di Facebook sebab :

1. Saya sedang upgrade ilmu. Belajar tentang content & Copywriting yang membangun dan bermanfaat kepada bakal readers saya.

2. Menyusun semula jadual rutin harian dan urusan bisnes supaya banyak masa berkualiti bersama family compare spend to much di Social Media (SocMed).

3. Saya upgrade ilmu parenting untuk mendidik anak-anak amanah dariNya. Penting untuk kita belajar ilmu keibubapaan walau berapa orang anak yang Allah kurniakan atau belum dikurniakan zuriat.

Mungkin ia tidak berguna sekarang, tetapi ia amat berguna di saat dan masa akan tiba.

4. Upgrade ilmu bisnes untuk my legasi dan anak-anak buah dan juga team saya.

5. Menyusun perjalanan dan urusan pendaftaran Program Jom ! Detox Jutawan NECK, Training Spa The Walking Beauty (TWB), Kedai Shaklee, Pelanggan-pelanggan kami dan Team yang serius nak berniaga.

Senang citer susun supaya ia menjadi satu sistem yang lancar dan follow je flow yang dah dibuat. Perkemaskan apa yang perlu.

It's simple & easy. But ! perlukan fokus & comitmen jika nak BERJAYA.

6. Saya lebih banyak membaca, memahami dan audit diri sebab orang-orang yang BERJAYA, buku adalah sahabat mereka. Dan as Muslim antara naskah yang digalakkan anda baca ialah Al-Quran dan terjemahannya. Dan sebagai Perniaga Muslim, baca lah buku-buku yang menceritakan bagaimana Baginda Rasulullah SAW berniaga.

Banyak buku di pasaran sekarang. Piih je.

Macam saya, gali buku yang sedia ada di rumah selain buku-buku baru. Sebab buku-buku itu dah lama tak dibaca. Pembacaan dulu dan sekarang, pasti berbeza. Fahaman pun berbeza.
Dapatkan Ebook Kisah Motivasi Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja PERCUMA
di sini : 019-916 4276. Whatsapp : Saya Nak Ebook Sorry Boss !
Dulu, masih mentah dalam dunia perniagaan. Kita belum nampak rencahnya. Sekarang dah dewasa sikit, pasti banyak perkara kita akan peroleh dari pembacaan semula.

Tak percaya, buat lah.

Walau anda bukan ulat buku. Percayalah, dengan membaca akan membuatkan anda jauh lebih baik dari hari-hari, bulan-bulan dan tahun-tahun sebelumnya.

Jika anda bukan orang yang jenis membaca, tetapi lebih suka mendengar, anda boleh dengar audio book. Jika dua-dua pun bukan, tetapi lebih kepada visual person, anda boleh mendengar dan menonton di youtube selain attend ke kelas.

Banyak cara guys, yang boleh kita buat. Hendak Seribu Daya Tak Mahu Seribu Dalih. Walau peribahasa ini dah lapuk ditelan masa. Namun ia tetap meaningfull sampai bila-bila.

Indah betul peribahasa orang melayu dulu-dulu.

Semoga anda peroleh sesuatu dari sharing ini.

Thanks because always support me❤️
Sakinah Mat Said.

No comments:

Post a Comment