Pages

Wednesday, 22 January 2020

6 PUNCA MASALAH SEMBELIT DAN 4 TIPS SERTA KAEDAH RAWATANNYA

Bismillahirahmanirahim, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tips untuk mengatasi masalah sembelit dan cadangan cara untuk merawat gejala Sembelit ini.

Menurut rujukan di Portal Myhealth, Sembelit bukan penyakit tetapi satu gejala yang berlaku dalam masa-masa tertentu. Namun pada pandangan saya, dari pengamatan dan pengalaman sendri dan juga orang sekeliling, sembelit ini boleh membawa mudarat jika tidak diatasi.

Sebelum itu, izinkan saya berkongsi pengalaman saya sendiri pernah sembelit beberapa kali mengikut perbezaan keadaan dan punca :

1. Saya pernah membuang air besar 2 minggu sekali. Ia berlaku disebabkan saya sangat tidak suka ke tandas.

Semasa saya kecil, saya tinggal di rumah kampung yang mana tandasnya berada di luar rumah dan di belakang rumah. Untuk ke tandas, kami perlu membawa air di dalam baldi dari bilik air yang jaraknya lebih kurang 20 meter (Ini cuma anggaran kasar). Kerana tandas rumah kami tiada punca paip air.

So, bayangkan setiap kali nak membuang nak kena angkut air. Bayangkan pulak kalau nak membuangnya di tengah-tengah malam. Disebabkan keadaan ini, ia telah mengubah rutin wajib saya jadi berkala. Kalau saya terasa nak membuang, saya akan menahan sehingga terlupa nak buang air besar.

Saya tak sangka perbuatan menahan ini, akan memudaratkan untuk jangka masa panjang.

2. Ia menjadi berterusan apabila saya mula tinggal di asrama. Dijadikan cerita bilik air dan tandas di asrama kami pun, diluar bilik dorm. Tambah, saya memang tidak suka berebut tandas dan sangat tak suka ke tandas. Sebab pada saya tandas tempat jin tinggal. Saya jadi penakut.

3. Sejak sekolah saya selalu menghadiri aktiviti anjuran sekolah seperti kem-kem motivasi yang mengambil masa 2 ke 3 hari untuk bermalam.

Keadaan ini lagi parah, bila setiap kali berubah tempat saya akan mengalami perut yang tidak selesa. Perut seperti masuk angin dan lebih sukar untuk membuang air besar. Sepanjang kem, perut saya memang tidak selesa akan bloating je sehingga pulang.

4. Pada tahun 2008, kami sekeluarga berpindah ke Beserah, Kuantan. Tandas memang berada di dalam rumah. Cumanya sebab dari kecil dah jadi habit menahan berak (buang air besar), jadi bagi saya ia adalah perkara normal.

Adik-beradik saya sangat ramai. Bayangkan, selalu waktu membuang air besar sekitar jam 6 ke 7 pagi selepas bangun dari tidur. Masa tu lah nak mandi, nak ambil wudhuk untuk solat, nak berak semua berebut-rebut bilik air dan tandas.

So, setiap kali kalau nak membuang mesti tak jadi sebab terpaksa tahan berak.

5. Saya pernah sembelit yang teruk sehingga buasir. Perghh !! hanya siapa yang pernah kena buasir je yang tahu cam mana rasanya.

Sakit nak membuang satu hal, sakit sebab luka buasir satu hal, sakit nak duduk sebab buasir itu lagi lah teruk. Sampai berdarah waktu membuang tu.

Banyak kali jugak saya berak berdarah.

6. Sembelit selepas bersalin anak sulong (September Tahun 2017). Saya sembelit hampir seminggu. Masa ni saya bersalin czer. Bayangkan bagaimana keadaannya. Dipaksa membuang disaat abdomen perut kita ada jahitan luka melintang yang panjang. Bukan luka biasher biasher taw.

Maaflah entry ini agak kotor bunyinya. Kita bercerita pasal air besar kan. Tak boleh sorok-sorok. Kena cerita yang rare supaya anda faham teruknya sembelit jika dibiarkan.

Selepas saya notis punca-punca sembelit ini menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk saya mula lah merawatnya pada tahun 2014.

Pada tahun tersebut, sembelit saya telah sebabkan badan saya menjadi bertambah montel, muka berjeragat, selalu cramp kaki bila tidur malam, migrain dan sangat tidak selesa. Cam mana nak selesa sebab makanan yang masuk ke dalam perut kita akan pergi ke usus. Kalau usus kita tidak dibersihkan setiap hari ia berkemungkinan berkerak. Anda boleh baca di sini, tentang usus berkerak (11 Tanda Usus Anda Berkerak).

Untuk pengetahuan anda, kitaran sistem pembuangan air besar yang normal adalah di antara jam 5 ke 7 pagi (waktu Malaysia). Senang cerita masa terbaik membuang ialah selepas bangun dari tidur.

Ada juga yang tanya saya."Cam mana kalau mereka selalu membuang waktu petang?"

Jawapan saya : Jika anda rasa ia tidak memudaratkan dan berlaku secara normal dan consistent, it's ok. Tetapi, sekiranya seminggu atau 2 minggu sekali itu bermakna anda perlu melihat warna najis anda terlebih dahulu. (Klik baca di sini : Kenali warna-warna najis yang bermasalah).

Saya tak kata anda tidak sihat. Hanya anda sahaja yang kenal badan anda sendiri.

Haa ! bila dah kenal pasti punca baru lah mudah nak merawat.

Jadi saya sarankan bagi anda yang ada masalah sembelit yang teruk seperti saya atau mungkin lagi teruk, boleh lah mencuba beberapa kaedah seperti di bawah ini :

1. Kenalpasti punca sembelit anda terlebih dahulu. Ada orang sembelit sebab amalkan ubat-ubatan sintetik yang berterusan dalam jangka masa yang panjang seperti suami saya.

2. Dah kenalpasti, untuk permulaan sila check kuantiti air kosong yang anda minum setiap hari berapa sukatannya? Saya dulu memang kurang minum air kosong mahupun manis sebab alasan tak suka ke tandas. Anggapan saya bila banyak minum, kita akan kerap ulang-alik ke tandas.

Memang kita akan kerap ke tandas. Tetapi ia sebenarnya normal sebab kadar kekerapan masih boleh dikawal jika badan kita tiada masalah. Ia bagus untuk proses detox.

Sukatan air kosong (Refer di bawah) :-

25kg berat badan : 1 liter air kosong
50kg berat badan : 2 liter air kosong
75kg berat badan : 3 liter air kosong dan wajib turunkan berat jika ketinggian anda kurang dari 175cm
100kg berat badan : 4 liter air kosong dan anda juga wajib turunkan berat badan jika ketinggian anda kurang dari 1100cm

Berat badan yang berlebihan berkemungkinan mempunyai masalah pembuangan air besar.

3. Urus diet harian anda. Pastikan pengambilan hidangan makanan anda seimbang dengan lebihkan serat dalam setiap hidangan berbanding karbo dan protein. Banyakkan makan buah dan sayuran original yang mudah untuk dicerna berbanding sayur yang terproses seperti vege ball dan jeruk-jeruk buahan manis mahupun masin.

4. Anda boleh juga ambil herba-herba seperti yang terdapat dalam kandungan Herb-lax di bawah ini.

Tetapi mana nak cari semua ni? Anda tak perlu dan risau pening kepala. Shaklee telah memudahkan kerja anda. Kita dah compile kan ke semuanya dalam setiap tablet seperti di bawah ini :


Kat bawah ni pulak, fungsi setiap herba-herba :



Pengalaman saya amalkan Herb-lax ini, ia tidak menyakitkan seperti mana julap. Proses pembuangan air besar berlaku dengan sangat mudah selepas 8 jam tetapi jika anda ada masalah sembelit yang teruk mungkin pada intake kali pertama kurang berkesan.

Pengalaman saya pernah handle customers yang sembelit, mereka kata tiada tindak balas. Bila diselidiki rupanya, ada masalah pengambilan air kosong. Selepas mereka adjust water intake, Alhamdulillah sembelit pun hilang bahkan badan terasa ringan. Cuma kes yang tidak bertindak balas ini hanya terpencil sahaja bila kita consult mereka.

Dan pengambilan Herb-lax lebih baik jika disusuli dengan Ostematrix yang membekalkan kandungan Vitamin D3, Zink, Kalsium, Magnesium, Mangan, Kuprum dan boron untuk membantu pergerakkan usus yang lebih lancar. Ini kerana badan kita memang memerlukan vitamin-vitamin yang ada di dalam Ostematrix at least 3000 mg setiap hari tumbesaran dan tulang yang sihat.



Lagipun, Herb-lax hanya dimakan 2 kali seminggu mengikut keadaan setiap individu. Jika anda seorang yang selalu travel, masa makannya berbeza dengan orang yang rutin mereka statik di satu-satu tempat. Begitu juga mereka yang bekerja. Cerita bab aturan makan ini, nanti saya akan kongsikan selepas vitamin sampai ke tangan anda.


Sebelum saya akhiri perkongsian ini, suka saya galakkan anda untuk amalkan Ostematrix dan Herb-lax sebagai solusi kepada masalah sembelit seperti di atas. Hanya mereka yang pernah sembelit sahaja faham apa yang saya story kan tadi.

Ok.

Sekiranya anda ingin dapatkan Combination Set Sembelit ini dengan serendah RM140 SAHAJA untuk penggunaan 2 ke 4 bulan, boleh hubungi saya di sini : 019-916 4276 segera sebelum sembelit anda makin melarat dan parah.

Sakinah Mat Said,
Whatsapp ; 019-916 4276,
Mencegah Lebih Baik dari Merawat,
Shaklee bukan Ubat, tetapi Makanan Tambahan untuk keperluan badan setiap individu yang berbeza mengikut simptoms masalah kesihatan anda.

No comments:

Post a Comment