Pages

Tuesday, 10 March 2020

DIARI AZZAHRA : RAWATAN TEMU JANJI AUDIOLOGI KALI PERTAMA

Alhamdulillah, settle urusan setengah hari di sini hari ini. Ikutkan saya memang tak suka ke hospital, nak nak musim Covid-19 ni.

Tapi, demi Azzahra, kita happy dan enjoy berdua. Ayah Azzahra pulak settle beberapa urusan di tempat lain.

Untuk ke bahagian Audio kami tak naik lift, kami naik tangga sebab orang jarang guna tangga. Namun saya tetap berjaga-jaga. Elakkan dari memegang tepi tangga, nak bukak pintu pun saya berlapik, kalau boleh guna kaki atau badan, saya guna kaki. Paranoid betul hati seorang ibu.

Lagi pun, lama tak exercise naik turun tangga😆 Bukan tinggi pun.

Saya hanya mampu berjaga-jaga dan kawal apa yang terdaya. End up, zahra steady je guling-guling meniarap atas lantai, buka kasut jalan-jalan sambil dance😂 Ibu is pasrah😅

Selepas settle therapy Audio Test, kena pulak menunggu doktor panggil. Berpindah pulak ke ruangan menunggu bilik-bilik doktor.

Selepas setengah jam, nombor kami 1021 dipanggil untuk ke bilik no. 6. Masuk je bilik doktor, steady je Azzahra macam jumpa kawan lama🤣🤣🤣 Doktor pulak jenis friendly. Ok lah tu, semua peramah. Zahra pun on je selesa walau pada awal malu-malu.

Anyway, syukur everything dipermudahkan dan berjalan lancar urusan kami hari ini walau berdua. Saya jarang keluar berdua dengan Zahra, jadi dah prepare siap-siap 'perisai' tadi😜

Alhamdulillah, doktor dan staff semua sangat membantu.

Cuma saya agak trauma sikit. Bila nampak ramai orang pakai mask dan tiba-tiba ada yang bersin. Cepat-cepat saya jauhkan diri.

Serius sejak Covid-19 semakin ramai pulak pesakit kat Farmasi, kat lobi tadi. Atau memang cam ni keadaan sebelum ini, wallahualam. (Sempat jugak singgah Farmasi Pakar ambil ubat ayah Zahra. Penuh lautan manusia).

Masa kami tadi kena tunggu 50 giliran nombor baru sampai turn untuk ambil ubat. Sementara tu, saya bawa Azzahra makan di cafe HTAA dulu. Sempat lah isi perut Azzahra yang belum jamah apa-apa pagi ni. Dia minum Meal Shakes je bawak bekal dalam beg tadi.

Pembeli di Cafe tak ramai mana. Mungkin belum sampai masa untuk ramai kot. Masa tu jam 11 lebih.

Dah settle makan, saya ke Farmasi Pakar semula. Nombor kami baru je terlepas dalam 3 no. giliran. So, kena tunggu sekejap.

Beginilah bila bawa anak kecil. Yang cepat jadi slow sikit. Papepun bersyukur ada anak sebagai pengikat kasih sayang kami suami isteri dan penyeri rumah tangga. Anak bukan beban. Mereka adalah amanah yang terbesar dari Allah kepada kita.

Try To Conceive (TTC) dengan ResV Shaklee -Part 1

Try To Conceive (TTC) dengan ResV Shaklee -Part 2

Try To Conceive (TTC) dengan ResV Shaklee -Part 3

Jadi jaga, didik mereka sebaik-baiknya. Doktor advice refer Azzahra ke HTAA, saya ok je. Ambil ia dari pandangan positif. Ikutkan memang saya tak suka berurusan dengan hospital. Macam-macam prosedur. Doktor pun banyak kerja kan. Kecian doktor. Tapi, wonder jugak lah dengan masalah Azzahra.

Bila dah buat check up semua ok. Rasa lega sangat. Cuma saya dan suami kena banyak berkomunikasi dengan dia dan kurangkan penggunaan gajet. Kalau boleh, tak perlu gajet. Zahra budak baik. Ibu dan ayah je yang selalu sibuk dengan phone itu buatkan dia slow sikit.

Since awal tahun ni, kami suami isteri decide no more gajet untuk Azzahra. Saya perhatikan Zahra dan banyak improvement. Memang betul lah gajet itu banyak keburukkan berbanding kebaikan buat anak-anak kecil yang sedang membesar.

Maafkan Ibu Ayah, ya sayang.

Buat mommies di luar sana yang sedang mencari Set Immunisasi anak-anak atau merancang untuk hamil, boleh hubungi saya di sini : 019-916 4276.

Set Immune Booster Shaklee Premium. Jimat RM202.40 dan ada Cash Back RM24.40.
Whatsapp : 019-916 4276 for your vitamin.

#Covid19
#CoronaVirus

No comments:

Post a Comment