Masa ni, form 2 rasanya. Tengah discussion group Kem Sains. |
Tengah hari saya tak makan, saya akan ikat perut, simpan duit belanja untuk tambang naik Prebet Sapu (macam Teksi tapi guna Van) dan perbelanjaan peribadi keperluan anak dara seperti Pad Wanita, Bedak, Cream, Pencuci Muka dan lain-lain. Kadang-kadang, saya balik dari sekolah dah lewat petang. Saya akan spend masa untuk bersenam selepas Asar. Then, baru makan yang simple-simple je. Makan sedikit nasi bersama Ikan Rebus dan Air Perahan Asam Limau Nipis. Saya fikir asid dari Limau ni akan memecahkan lemak dalam badan.
Memang berjaya. Saya sangat kurus dan kecil semasa form 4, dengan berat 45kg, tinggi 151cm.
Saya tak sangka, ia memberi kesan selepas 3 tahun. Masa form 4 saya mula masuk Asrama Penuh. Saya 'terpaksa' makan 6 kali sehari. Badan macam terkejut. Tapi itu pun kadang saya skip jugak waktu minum pagi. Sebab saya ada extra tutorial dengan Cikgu-cikgu subjek Komputer, Bahasa Melayu dan Matematik Tambahan.
Kehidupan di Asrama sebagai pelajar MRSM saaangat padat. Selepas selesai sessi persekolahan pagi dalam pukul 1.30 tengah hari. Kami akan ke Surau untuk solat berjemaah then ke Dewan Selera untuk makan tengah hari. Pastu balik ke Dorm Asrama masing-masing. Tak sempat nak relax pun. Sebab tengah hari tu ada Prep pulak. Petangnya riadah, dan malamnya bersambung Prep pulak.
Prep maksudnya : Semua pelajar wajib ke bangunan Akademik untuk study, siapkan kerja sekolah, tutorial, study dan aktiviti-aktiviti pelajaran.
Saya mula stress. Walau makan terlebih cukup, tapi high pressure sebab kena bersaing dengan pelajar-pelajar yang sangat hebat, bijak pandai. Hahaha.
Rupanya stress ni juga menjadi penyumbang besar untuk mereka yang ada Gastrik.
Form 4, form 5 tak rasa sangat. Tapi, simptom Gastrik tu dah wujud.
Sehingga saya sambung belajar ke peringkat Diploma, di UiTM Machang selepas SPM. Life saya lebih pressure. Saya ambil jurusan Senilukis dan SeniReka Tekstil. Banyak paperwork yang bersaiz besar yang perlu dihantar on duedate. Saya tak mampu nak control tekanan. So, bila badan stress. Saya mula diserang Gastrik. Sakit sangat, pedih perut.
Dari situ, bermulalah episod ulang-alik ke Klinik Kesihatan UiTM setiap bulan. Pegawai Kesihatan (MA) yang bertugas dah kenal muka saya. MA tanya : "Awak nak cucuk ke ubat?" Off course saya pilih ubat. Tak nak lah cucuk. Malu. Hehehe.
Lagi pun, pergi ke Klinik sebab nak MC je. Ubat tu belum tentu saya makan. bersusun je kat almari study Bilik Hostel. Sampai satu tahap saya cakap tak pe lah Doktor, saya ada lagi Ubat yang hari tu.
Itulah kisah saya, gara-gara nak kurus 22 tahun lepas tapi dalam tak sedar saya menempah tiket sebagai pesakit Gastrik.
Diusia saya 27 tahun barulah jumpa Ubat Gastrik yang paling murah dan mujarab. Korang nak tahu apa dia?
Inilah dia, ENERGIZING SOY PROTEIN SHAKLEE (ESP) yang dah 9 tahun saya amalkan sehingga sekarang (Tahun 2023). Ia minuman berprotein yang dihasilkan daripada Kacang Soya yang non-Gmo, yang terpilih dan berkualiti.
Yang penting ESP ni sangat membantu untuk selesaikan masalah gastrik saya yang dah bertahun-tahun. Ia membekalkan Karbohidrat, Protein, Sodium, Kalsium, Iron, Thiamin, Riboflavin, Niacin, Prydoxide, Pantothenic Acid dan Phosphorus. Satu tin ESP ni, dicadangkan untuk penggunaan selama 1 bulan. Sangat jimat dan berbaloi-baloi.
Alhamdulillah. Kalau korang nak try, boleh click di sini ya untuk order : Nak Ubat GASTRIK
Okey, sekian dulu untuk entry kali ni.
No comments:
Post a Comment