Pages

Saturday, 1 April 2023

IDEA MENU SAHUR SIHAT TERBAIK RAMADHAN

Sedar tak sedar dah seminggu kita semua berada di bulan Ramadhan 1444H untuk tahun ini. Semoga Allah menerima segala amalan ibadah kita sepanjang Ramadhan yang telah berlalu.

Ok, saya yakin ramai yang ada masalah seperti saya bila bangkit seawal pagi untuk bersahur. Saya sejenis yang sejak dari dulu sampai sekarang memang susah nak hadam makan makanan yang heavy semasa bersahur, walaupun hanya dengan sebiji kurma. Pasti mengambil masa yang sangat lama.

5 minit memang tak sempat untuk makan. Sebab perut saya perlukan masa untuk hadam makanan tersebut. Kalau tidak sebentar lagi, saya akan muntahkan balik makanan semasa menggosok gigi.

Kita semua tahu, sahur banyak fadhilatnya. Bahkan sahur ini sangat penting walaupun ia sunat jika dilakukan. Sahur ini lah yang akan membantu kita bertahan dari rasa lapar di siang hari sebelum sampai waktu berbuka.

Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Makanan sahur semuanya bernilai berkat, maka jangan anda tinggalkan sekalipun hanya dengan seteguk air. Allah dan para Malaikat mengucapkan salam kepada orang-orang yang makan sahur." (Hadith Riwayat Ahmad).

Bayangkan bagaimana jika kita tidak bersahur? Lembik, lemah dan lemau tiada tenaga. Dahaga je. Tambah dengan dugaan cuaca sekarang yang panas di siang hari. Kat sini, dah banyak minggu tak hujan. Baru-baru ni (1 Ramadhan), hujan gerimis sekejap. Banyak pokok-pokok sayur herba keliling rumah yang saya tanam dalam pasu dan polibag, bahkan di atas tanah mula kekeringan dan mati.

Berbalik kepada diri kita. Sama jugak, akan kering kehausan jika tidak mendapat air yang cukup sepanjang hari. Bila berpuasa lagi lah dahaga, boleh dehidrasi taw dalam cuaca panas ni.

Sebab itu penting bangu bersahur.

Jadi hari ini saya nak share Idea Menu Sahur Sihat yang mudah supaya anda tetap bertenaga berpuasa di siang hari. Dan yang penting menu ini mudah disediakan tanpa mengambil masa yang panjang.

IDEA MENU SAHUR 1


Bagi yang tidak boleh makan, heavy ambil lah at least 2 biji telur rebus separuh masak bersama kicap dan lada sulah serta kurma dengan bilangan ganjil. Kemudian susuli dengan air kosong suam untuk lancarkan penghadaman dan pencernaan.

IDEA MENU SAHUR 2


Sediakan Roti Wholegrain atau Wholemeal. Elakkan Roti Putih kerana Indeks Glisemik (GI) nya lebih tinggi dan tiada serat. Bila GI tinggi, ia akan menyebabkan kita cepat rasa lapar di siang hari nanti.

Kemudian anda boleh sapu dengan peanut butter (No Added Sugar) atau jem homemade atau sardin homemade. Tambah lah dengan sehelai dua daun salad sebagai serat semulajadi.

IDEA MENU SAHUR 3 

Anda boleh sediakan menu ini lebih awal sebelum masuk tidur. Iaitu Overnight Oat.



Caranya :

Guna apa sahaja Oat yang original tanpa sebarang perisa dan pemanis. Masukkan ke dalam bekas kaca untuk disimpan di dalam peti ais nanti.

Anda boleh selang-selikan dengan taburan kekacang, gajus, chiaseeds dan buah-buahan kering seperti Berries. Kemudian letak sesudu madu (jika suka manis) serta susu segar atau Protein Soya ESP Shaklee lebih baik bagi mereka yang ada masalah Gastrik.

Dah siap, letakkan di dalam peti ais. Nanti pagi, mudah. Keluarkan dan terus ngap makan. Hehehe.

IDEA MENU SAHUR 4

Untuk Idea Menu Sahur keempat ni, sesuai sangat-sangat untuk orang malas nak berpeluh-peluh di dapur, orang bujang, orang sibuk, orang nak diet tapi nak makan something yang sihat, orang yang ada gastrik dan orang yang tiada selera makan seawal pagi macam kita.

Anda boleh sediakan ESP Protein Shake bersama bancuhan Cinch Shake Shaklee yang tinggi serat dan rendah GI. Untuk details, anda baca di sini Set Puasa Shaklee.

IDEA MENU SAHUR 5

Selain itu, anda boleh juga blend Smoothies Shake dengan buah-buahan pilihan seperti cadangan Menu Sahur di bawah :




So, cam mana? Senang je kan nak prepare Menu Sahur Sihat dalam masa yang singkat. Anda boleh juga search idea Menu Sahur dari rakan-rakan blogger yang lain juga ya.

Semoga entry kali ini memberi manfaat kepada anda dan juga keluarga anda. Sehingga kita berjumpa kembali di next entry.

Sekian, Wassalam.

#blogmegashaklee #projekblogmega2 #shakleethrive2023 #shakleethriumph2023




No comments:

Post a Comment