Pages

Saturday, 22 April 2023

UCAPAN SAMBUTAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2023

Akhirnya selepas sebulan kita semua berpuasa, maka tiba lah hari yang dinantikan oleh seluruh ummat Islam iaitu hari kemenangan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin pada 22 April 2023, hari sabtu.

Alhamdulillah. Kita semua sedia terkesan dengan sambutan Hari Raya pada tahun 2020 dan 2021 kita hanya mampu sambut Hari Raya Aidilfitri di kediaman masing-masing dalam tempoh PKP kerana Pandemik Covid-19 kan. Kemudian bila dah dapat merentas negeri tahun 2022, kita sambut hari raya mengejut pulak. Masing-masing tak bersedia. Raya jatuh satu hari lebih awal dari jangkaan seluruh rakyat Malaysia. Hahaha.

Memang terkejut walaupun saya sekeluarga dalam fasa bersedih kerana tahun tersebut adalah tahun pertama kami tanpa Emak. Walaupun saya sendiri dah 2 tahun tidak beraya bersama Emak kerana stay di Kuantan, tidak dapat merentas negeri pulang beraya di Terengganu. Tapi sungguh tahun 2022 tahun kesedihan dan suram kerana bukan sahaja Emak yang telah pergi tetapi Emak Mertua pun sama meninggal pada bulan Syawal tahun 2021.

Dalam berduka tu saya masih lagi sempat ambil mood untuk memasang wallpaper di ruang tamu rumah sehari sebelum raya. Di saat pengumuman raya disampaikan saya belum siap pun menampal wallpaper tersebut. Dengan tudung dan baju raya tak beli lagi. Konon nak beli keesokkan lah (punca shopping cari baju tak jumpa yang berkenan di hati). Sudahnya recycle baju dan tudung lama. Dengan bahan-bahan nak masak pagi raya belum lengkap. Semua nak cari esok. Haru-biru malam raya.

Syukur untuk tahun 2023 ini, kita sambut raya lebih relax walau ramai yang confuse tertanya-tanya sebab masing-masing jangka 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat. Betul, tak?

Korang pulak cam mana?

Sama tak seperti kami?

Jadi untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, saya bersama suami dan anak kami Azzahra, pulang beraya di Kuantan. Kerana tahun ni, turn raya belah suami untuk 1 Syawal. Sedih memang sedih sebab tak dapat membuat persiapan hari raya dengan adik-adik.

Nak buat cam mana kan. Sebagai Isteri kita kena berlaku adil. Lagipun En. suami teringin nak berbuka dan bersahur dengan adik-beradiknya. Dah lama kami tak balik Kuantan. Time raya ni lah dapat berkumpul. Adik-beradik suami kebanyakkannya tinggal di luar Pahang.

ucapan sambutan selamat hari raya aidilfitri 2023
Ini sebahagian daripada 13 keluarga adik-beradik En. Suami. Yang lain ada di Melaka, KL, Kedah, Kelantan, Arab Saudi dan Lubnan.

Saya sama seperti kebanyakkan pasangan lain jugak. Bila tiba time raya pasti ada isu pasal turn raya ni. Walau kita dah bersetuju bergilir tapi jika ada isu masih boleh adjust atas budi bicara. Hahaha.

Bukan mudah nak beraya kalau korang berkahwin dengan pasangan yang masih ada Emak Ayah, Adik-beradik yang ramai. Melainkan korang kahwin dengan anak tunggal.

Sessi bermaaf-maafan dan collect duit raya.

Ok, itu selingan lah sedikit perkongsian saya tentang isu sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Dikesempatan ini saya ingin membuat Ucapan Selamat Hari Raya kepada :

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin, kepada semua family, saudara-mara, rakan-rakan, pelanggan-pelanggan dan followers yang mengenali kami. Mohon ribuan kemaafan sekiranya ada salah dan silap. Semoga segala dosa kita diampunkan, segala amalan kita diterima oleh Allah SWT serta dipermudahkan dalam segala apa jua urusan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Ucapan khas buat pelanggan-pelanggan kami :

Terima Kasih Kerana Sentiasa Menyokong Dan Menjadi Pelanggan Setia SHAKLEE Bersama Kami dari tahun 2014 sehingga hari ini. Alhamdulillah, segalanya dengan izin Allah SWT atas ukhuwah yang terbina.

Ikhlas dari kami, Sakinah, Ariff dan Azzahra. Founder of The Great Billionaires Empire, Coach Bisnes Anda.

ucapan sambutan selamat hari raya aidilfitri 2023 dari kami sekeluarga

Nak Shaklee, boleh whatsapp saya atau klik baca di sini tentang Suplemen Shaklee Suplemen Terbaik di Malaysia dan Peluang Terbuka Jana Pendapatan dalam Bisnes Shaklee.

Ok, sehingga kita berjumpa kembali di lain entry. Sekian, Wassalam.

#NextLevelBlogging #blogmegashaklee #projekblogmega2 #shakleethrive2023 #shakleethriumph2023 #SetRahmahShaklee2023



No comments:

Post a Comment