Pages

Friday, 19 May 2023

PENGALAMAN MOBILE SPA BOTG KUALA TERENGGANU DENGAN YOUTH SKINCARE

Membuka Mobile Spa bukan mudah jika tanpa ilmu. Syukur pengalaman saya buat Bisnes Mobile Spa BOTG dengan Youth Skincare Shaklee amat memudahkan. Bahkan ramai pelanggan suka dengan kesannya selepas servis Mobile Spa dengan kami.

Okey, anda pernah menggunakan khidmat Mobile Spa atau melakukan rawatan facial kulit wajah di mana-mana Spa berdekatan anda?

Jika pernah, adakah anda menyelidiki terlebih dahulu produk apa yang mereka gunakan? Jarang sangat orang mengambil tahu produk skincare apa. Betul? Sebab normally pelanggan meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada beautician.

Pengalaman pertama saya sendiri membuat rawatan facial ketika bergelar status seorang pelajar Diploma, di UiTM Machang. Waktu itu saya follow roomate nak buat rawatan facial. Kemudian nampak macam menarik je untuk kami mencuba rawatan yang ditawarkan. Seingat saya cas nya dalam RM49 untuk tempoh masa 20 ke 15 minit.

Tak lama pun. Sekejap sangat. Sempat lah terlelap beberapa minit. Dari segi hasilnya berpuas hati lah dengan rawatan yang saya ambil.

Ok, seterusnya pengalaman Mobile Spa pula lebih kepada saya memberi servis rawatan facial, urutan dan mandian bunga kepada pelanggan-pelanggan Spa saya sendiri (SMS D’secret Spa). Saya mula berjinak-jinak melibatkan diri dalam dunia Mobile Spa adalah pada tahun 2015, sebelum kahwin pada usia 27 tahun.

Waktu itu saya menggunakan produk Skincare Shaklee tetapi bukan yang terkini (Nutriwhite).

Sebaik sahaja, Shaklee launching new Skincare Organik yang jauh lebih better, saya terus menukar Skincare Nutriwhite kepada YouthTM Shaklee.

Klik baca Skincare Shaklee 100% Skincare Organik.

Okey di bawah ini saya kongsikan beberapa Testimoni Pelanggan yang telah menggunakan khidmat pengalaman Mobile Spa dengan kami.

Apa yang saya nampak kesan sebelum dan selepas rawatan facial menggunakan YouthTM Skincare, kebanyakkan kulit pelanggan terasa lebih halus, lembut, cerah, anjal dan berseri-seri. Selain itu, hilang blackhead dan whitehead dengan mudah. Dah tak de kulit yang kasar, hidung dan sekitar pipi yang berduri halus disebabkan banyaknya whitehead/ blackhead.

Kadang nampak kulit seperti berjeragat, tetapi selepas facial dengan Youth Skincare pun boleh hilang. Cuma apa yang saya boleh kongsikan mungkin ia masih di peringkat baru. Kalau kulit anda dan bertahun berjeragat, memerlukan rawatan facial khas secara berkala dan consistent.

Kita tidak boleh mengharapkan sekali facial semua cantik. Sekurang-kurangnya buat lah rawatan facial 2 minggu sekali atau paling lama pun jarak masa sebulan sekali. Thats why anda perlu booking next servis jika beautician anda ada menawarkan penjimatan langganan servis tahunan.

Ini pelanggan saya yang kerap juga repeat servis facial setiap bulan.
Ini rakan sekolah lama saya. Nampak kulit muka putih bersih dan gebu. Tetapi, boleh tahan banyak whitehead sebelum rawatan. Syukur selepas rawatan facial, kulitnya lebih bersih dan licin.
Saya hanya menggunakan peralatan yang mudah dan murah sahaja. Tetapi untuk Skincare memang kita memilih YouthTM Skincare kerana kualitinya dan keselamatan pelanggan sepanjang rawatan.
Ini gambar semasa menunggu pelanggan berehat untuk next step sebelum membersihkan kulit wajahnya. Servis dilakukan di rumah pelanggan atas permintaan.
Alhamdulillah, RM120 untuk 1 jam 30 minit full body treatment. Ini kiranya antara yang termurah pernah saya tawarkan.
RM120 sekali servis pelanggan secara Mobile. Kita ke rumahnya atas permintaan. Lagipun saya lebih suka ke rumah pelanggan untuk memudahkan mereka.
RM120 rawatan facial sahaja. Cuma pelanggan memilih rawatan advanced. Kalau basic normally around RM50 sahaja bergantung kepada promosi.

Amacam best ke best?

Sejujurnya pengalaman Mobile Spa saya memang menyeronokkan walau kadang penat, sakit-sakit pinggang, lenguh-lenguh badan . Lumrah lah dalam mencari rezeki, tiada pekerjaan yang tidak memenatkan. Sebab itu penting kita pun perlu memastikan kesihatan sentiasa terjaga dengan mengamalkan Ostenutrix dan Vivix Shaklee sebagai salah satu usaha kita.

Anda boleh juga Pengalaman Mobile Spa rakan Alumni BOTG saya di sini.

Anda berminat nak jana pendapatan tambahan dengan 6 Penjuru Income Bisnes Mobile Spa BOTG Kuala Terengganu? Kita ada tawaran istimewa untuk anda dengan kos permulaan RM1,999 sahaja. Baca di sini, Kos Training Mobile Spa BOTG.

Nasihat saya, jika berulang kali anda melihat dan membaca perkara yang sama tentang Mobile Spa BOTG, mungkin inilah masa untuk anda bertindak. Jangan terlalu lama berfikir. Jika buntu atau ragu-ragu dengan diri sendiri, sebaik-baiknya buat lah solat Istikharah. Ia jauh lebih.

Mudah-mudahan entry ini menjadi titip permulaan anda mengubah kehidupan yang lebih baik. In Shaa Allah.

Sekian, wassalam.

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline #NextLevelBlogging #blogmegashaklee #projekblogmega2 #shakleethrive2023 #shakleethriumph202#SetRahmahShaklee2023


No comments:

Post a Comment