Pages

Saturday, 3 June 2023

FORMULASI TERKINI MULTIVITAMIN SHAKLEE

Dah 9 tahun saya makan produk Shaklee. Dalam tempoh tersebut saya juga pernah jatuh sakit beberapa kali seperti demam dan Kayap. Tapi kenapa saya masih setia mengambilnya? Ia adalah kerana sejarah penghasilan Multivitamin Shaklee inilah yang membuatkan saya terus konsistent mengamalkannya tanpa putus setiap hari.

SEJARAH KESIHATAN SAYA SEBELUM MAKAN MULTIVITAMIN SHAKLEE

ikutkan sejarah saya dari kecil memang ada masalah kesihatan yang agak lemah lah jugak. Saya mudah jatuh sakit dan kalau sakit ambil masa yang panjang untuk sembuh. Semasa kecil saya pernah operate sebanyak dua kali di bahagian kepala dan kaki.

Manakala bila semakin meningkat remaja, setiap bulan saya akan ke klinik untuk mendapatkan rawatan susulan kerana diserang gastrik dan senggugut.

Alhamdulillah sebaik mengenali produk Shaklee, saya dah tak Gastrik dan tiada lagi isu senggugut. Sebaliknya sejak Covid saya mula demam beberapa kali. Beberapa kali tu pun rasanya setahun sekali je rasanya.

Kita semua sedia maklum Covid ni real. Penyakit boleh membawa maut dan ia pandemik seluruh dunia. 2 tahun lebih kita semua tidak boleh bergerak aktif kerana penyakit ini. Syukur Allah memberi saya pengalaman merasai gejala Covid tersebut selama seminggu dan long term effect sebulan rasanya. Saya pun hampir lupa. Kerana pernah 3 kali kuarantin di waktu yang berbeza.

Kali pertama saya close contact di Kuantan. Tapi orang keempat dah bukan orang pertama. Ini memang habis berjaga-jaga dah.

Kali kedua di Terengganu memang close contact direct dengan mereka yang positive. Kuarantin lah kami sekeluarga. Semasa ni saya bergejala selama 6 hari. (Ada saya kongsikan kisah kuarantin covid di sini). Kali ketiga di Terengganu jugak, selepas 2 minggu arwah Emak meninggal. Adik lelaki positive. Syukur sekali lagi masa ni, hanya adik yang kuarantin. Sebab dapat dikawal lebih awal dari berjangkit.

Seterusnya tamat episod Covid, demam lagi sekali selama seminggu jugak (Awal tahun 2023). Puncanya anak demam, berjangkit dari adik lelaki yang baru pulang dari mengerjakan Umrah. Si adik tu memang demam bila balik Malaysia. Ujian Allah kan.

Kita kena terima dan redha tetapi tetap kena berusaha. Episod sakit saya tidak berhenti di situ.

Bulan Mei tahun ini, 2023 : pertama kali dalam sejarah hidup saya, diserang Penyakit Kayap. Yang ni, nanti saya kongsikan pengalamannya.

Jadi kat sini apa yang boleh saya katakan berdasarkan pengalaman saya dan sejarah penghasilan Multivitamin Shaklee, kita tidak boleh menidakkan keperluan mengambil suplemen sebagai salah satu ikhtiar untuk sihat.

Sihat itu nikmat. Sakit itu kifarah. Dan yang sihat bukan selamanya tidak diuji dengan kesakitan.

Cabaran pemodenan dunia hari ini menyebabkan berlakunya pelbagai mutasi penyakit yang pelik-pelik, yang mudah berjangkit. Disebabkan itulah Shaklee sangat comited meneruskan dan melakukan formulasi baru terhadap Multivitaminnya sesuai dengan keadaan semasa.

Ok, saya kongsikan pula sedikit sejarah latar belakang Multivitamin Shaklee kepada anda.

SEJARAH MULTIVITAMIN SHAKLEE

Multivitamin Shaklee adalah vitamin tertua di dunia yang telah berusia lebih 100 tahun. Sejak Tahun 1915 sebelum Malaysia Merdeka lagi. Negara kita sedang dijajah Multivitamin ni dah wujud. Bangga rasanya makan produk yang dah 108 tahun ni.

Bagaimana Multivitamin Shaklee dihasilkan?

Dr Forest C. Shaklee merupakan pengasas pertama produk Shaklee. Kita makan Shaklee hari ini kerana sejarah kesihatannya.

Beliau dilahirkan dengan diagnos penyakit TB dan pada umur awal 20-an beliau didiagnos pula dengan penyakit kanser kerana terlalu banyak terdedah dengan radiasi.

Multivitamin Shaklee Pilihan Terbaik
Ini lah botol lama Mutivitamin Shaklee tertua di dunia.

Pada waktu itu di usia 20-an sepatutnya anggota tubuhnya terpaksa dipotong. Namun kerana pengalaman penyakit TBnya semasa kecil yang mana doktor menyatakan beliau tiada harapan untuk hidup lama telah mengajar beliau untuk berusaha rawatan secara semulajadi.

Beliau kembali ke kampung di Iowa untuk mencari bahan-bahan semulajadi kerana sangat yakin dalam alam semulajadi pasti ada penawar sakitnya. Dr Forest Shaklee menghabiskan masa 3 tahun untuk membuat ujian dan kajian ke atas dirinya sendiri.

I listen to the voice of nature for she is the noble teacher..
Vitalea dah berusia 108 tahun
Sekarang usianya dah 108tahun.

Pada tahun 1915, beliau mengeluarkan Multivitamin pertama di dunia yang dinamakan Vitalised Mineral. Ia menjadi rujukan kepada industri food supplements di US. Kemudian Shaklee terus upgrade formula yang lebih baik dari masa ke semasa dengan penjenamaan baru iaitu Vita Lea Iron Formula.

Teknologi Vitalea (Explore-Tab) yang mudah larut sebaik masuk ke dalam air.

Dan Shaklee tidak berhenti di situ sahaja, Multivitamin yang terkini dengan formula lebih baik diubah kepada nama baru, jenama baru iaitu VITA-LIZE.

Vita-Lize formula terbaru Shaklee

APAKAH KELEBIHAN VITA-LIZE TERBARU SHAKLEE INI?

kelebihan Multivitamin Shaklee Vita-lize
Kelebihan Multivitamin Shaklee Vita-lize.

Kelebihan Multivitamin Shaklee Vita-Lize ni, dari segi kandungan nutrien nya ada pengurangan 310IU Vitamin A berbanding Vita-Lea Irons Plus. Tetapi Shaklee melebihkan 150IU Vitamin D dan 100mcg Asid Folik ke dalam Vita-Lize.

Jika sebelum ini, tiada Vitamin K. Sekarang, Shaklee menambah Vitamin K1 sebanyak 40mcg berbanding Vita-lea Irons Formula.

Nutrisi dalam VitaLize Shaklee
Ini kandungan Nutrisi di dalam Vita-Lize Shaklee terbaru.

Wah! menarik dan berbaloi sangat-sangat kan makan MULTIVITAMIN SHAKLEE. Lengkap dengan 25 nutrien yang diperlukan oleh badan. Yang penting ia di designkan sesuai dengan perkembangan teknologi, kesihatan serta rintangan penyakit semasa.

Kita takkan mampu makan makanan yang bekalkan 25 vitamin dan mineral serentak. Walau hebat bagaimana pun kita ni pencinta buah, ulam-ulaman dan sayur-sayuran. Kerana bukan semua ulam, buah serta sayur mampu memberi 100% nutrien selepas dituai. Itu belum cerita yang dibeli dari pasaraya. Proses import barangan segar pun dah menyebabkan berlaku kemerosotan nutrien dalam setiap sumber makanan.

Kandungan nutrien dalam Multivitamin Shaklee

Melainkan anda mampu menanam, menjaga, membaja secara organik dan kawasan berdekatan tanaman anda tiada penggunaan racun berbahaya. Kerana ia akan mempengaruhi kualiti tanah dan hasil tanaman.

Jadi buat apa pening kepala jika Vita-Lize mampu menjadi alternatif terbaik untuk memperbaiki kesihatan anda dan keluarga.

Anda berminat nak dapatkan produk Shaklee, whatsapp kami disini.

Anda dah lama berhenti makan produk Shaklee, tidak pasti keahlian masih aktif atau mati, anda boleh hubungi saya direct atau boleh baca cara untuk aktifkan kembali RENEWAL SHAKLEE anda.

Nak jana pendapatan tambahan 3, 4 atau pun 5 angka sebulan, kami membuka peluang pendaftaran terhad untuk menyertai Team Bisnes The Great Billionaires (TGB) di sini.

Jika anda sedang nak walk-in ke branch berdekatan kawasan anda buat petama kali, atau membuka website Shaklee boleh isi form daftar ahli (SID : 1168494) kami.

Sekian, wassalam.

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline #NextLevelBlogging #blogmegashaklee #projekblogmega2 #shakleethrive2023 #shakleethriumph202#SetRahmahShaklee2023


No comments:

Post a Comment