Pages

Thursday, 8 June 2023

TESTIMONI VIVIX SAYA - PERIOD ABNORMAL

Nak tahu Testimoni Vivix Shaklee saya? Ok, beberapa bulan sebelum saya betul-betul konsisten minum Vivix, saya telah mengalami kedatangan period yang abnormal selama 3 bulan berturut-turut. Dan ia berlaku sebanyak 2 kali sebulan sehingga mengganggu emosi dan susahnya untuk menunaikan solat fardu. Saya jadi stress, terganggu dan was-was dengan ibadah solat sendiri.

Kisah Testimoni Vivix saya untuk masalah Period Abnormal ini bermula selepas saya sembuh dari demam dan batuk teruk pada penghujung tahun 2022. Saya mula perasan.. bulan November ada darah saiznya macam bertali halus keluar semasa kencing selepas seminggu selesai period. Tak banyak pun, sikit sahaja. Ia berlaku semasa jangkaan hari subur. Ia berlaku dalam 2 ke 3 hari.

Kemudian bila masuk bulan Disember ia tetap berulang perkara yang sama. Saya fikir mungkin sebab saya terlampau stress. Sebab saya taw stress boleh membuatkan emosi dan hormon kita tidak stabil.

Saya cuba kawal emosi.

Saya sering marah-marah bila ada je perkara tidak memuaskan. Yang kena tempias anak dan suami lah. Asal nak dekat datang period je mesti saya jadi singa jadian. Hahaha.

Syukur suami seorang yang penyabar. Kalau lelaki lain tak tahu lah apa dorang akan respond dengan perangai tak menentu saya ni.

Tempoh period saya pulak agak lama dalam 10 hari. Hari ke 7, 8, 9 dah 10 tu darah nya tak banyak. Kadang ada hari tak de langsung. Jadi saya mula mandi wajib. Then selepas 2 atau 3 waktu solat ada semula darah nya. Stress taw. Saya mandi sampai 3 ke 4 kali setiap kali hujung-hujung period.

Mana tak stress. Dah elok solat 4 ke 5 hari, tiba-tiba ada darah balik. Kalau korang lah, apa yang korang rasa jika ini berlaku kepada period korang. Stress, kan.

Dah lah tak solat. Jadi macam leka dan lalai. Macam jauhnya dari Allah. Ya, period tu bonus untuk kita sebagai wanita beristirehat. Tetapi kalau kerap dan lama sangat berlaku, dah jadi lain. Bagi saya solat tu membuatkan diri saya berada di landasan yang betul. Walau apa pun ujian, hidup terasa tetap tenang dan kita tahu badan kita suci bersih.

Berbeza dalam mood period. Panas je rasa badan. Susah nak tidur pun ya. Dah macam Pre-menopause.

Pada waktu itu saya nekad untuk ke Klinik berdekatan, berjumpa doktor dan membuat check up.

Testimoni Vivix Shaklee Period Abnormal

Sebab saya risau beberapa kemungkinan :

  • Takkan lah Pre Menopause di usia 35 tahun. Anak baru seorang ni. Takkan lah. Walau ada kemungkinan sebab banyak jugak simptomnya
  • Perkara yang paling ditakuti oleh semua orang adalah kanser
  • Cyst/ Fibroid atau Pcos

Dukacitanya semasa saya ke Klinik, saya tidak dapat meneruskan check up. Gara-gara batuk belum betul-betul hilang. Jadi saya dikira berisiko Covid pulak. Kihkihkih. Jadi kena saringan covid, ambil darah, x-ray, sample kahak dan appointment check Tibi pulak.

Rasanya dalam seminggu jugak lah saya kena datang semula untuk temujanji injection check Tibi dan sahkan positive Tibi atau tidak. Saya sebenarnya give up jugak. Lain yang nak tahu lain yang dapat. Syukur result negative.

Tapi bila masuk bulan Februari 2023, saya pergi semula ke Klinik Kesihatan setelah 9 hari tamat kitaran haid. Saya dapat berjumpa doktor. Dan doktor arrange kan temujanji Pap Smear. Fuh! masa ni berdebar sangat. First time nak kena masukkan mulut itik. Tak boleh bayangkan lah sakitnya cam mana, walau pengalaman rakan-rakan kata tak sakit. Temu janji sebenarnya adalah selepas seminggu lagi.

Dalam masa yang sama saya mengharapkan bulan Februari tu period dah stabil.

Testimoni Vivix untuk period tidak teratur
Doctor’s hands in medical glove holds speculum in front and shows how to take tests from the vagina with cervical cytological brush. Concept – health of womens, healthy uterus

Namun harapan saya meleset. Hari yang saya kena buat Pap Smear tu masih ada lagi darah di dinding serviks semasa nurse mengambil sample. Nurse pun pelik jugak lah. Sebab ikutkan keadaan saya semua ok. Doktor pun cakap ok.

Dah nak buat cam mana. Itu yang berlaku. Sample tersebut akan dihantar ke Makmal bahagian Pap Smear. Result paling cepat 2 bulan katanya. Standard 3 bulan. Melainkan ada result yang abnormal mereka akan menghubungi saya. Jika dalam tempoh 2 ke 3 bulan tiada apa-apa panggilan, itu bermaksud result saya ok. Tiada masalah atau bebas dari kanser pangkal rahim.

Sekarang ni dah masuk bulan June 2023, dah lebih 3 bulan dari ujian Pap Smear, di mana saat ini saya sedang update kisah Testimoni Vivix Shaklee saya. Maka dengan izinNya saya bebas dari sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Ini adalah kerana pada bulan Februari tu ada promosi Vivix. Saya tahu Testimoni Vivix sangat powerful untuk membaik pulih sel-sel yang abnormal dalam badan. Terus saya memborong 8 botol dan saya dapat pulak hadiah Blog Contest Projek Blog Mega Euphoria 1.0. Alhamdulillah 9 botol Vivix dalam tangan. Demi sebuah ketenangan hidup, kusyuk dan fokus dalam ibadah, saya sanggup berhabis duit memborong Vivix Shaklee. Lagipun bila kita beli banyak lagi jimat dan menguntungkan siap dapat Cash Back dari Shaklee.

Jadi secara officialnya saya mula konsisten minum Vivix Shaklee semula pada penghujung bulan Februari 2023 sehingga sekarang.

Bulan Mac adalah bulan harapan saya untuk masalah period abnormal ini. Kerana saya risau bagaimana Ramadhan saya nanti. Takkan banyak hari saya period? Dan kalau darah berterusan seperti itu ia dikira darah period ke darah apa sebenarnya? Ceteknya ilmu kesihatan, ceteknya ilmu agama saya.

Nak bertanya kepada Emak, dah tak de. Nak merujuk dengan nenek, mereka semua dah tak de. “Lelahnya rasa ujian dariMu Ya Allah. Sungguh aku tak kuat.” Begitu lah saya. Saya pun manusia normal. Rasa tak berdaya.. saya bercakap dengan Allah. Allah sentiasa ada cuma kita tak tahu apa rahsia di sebalik ujian ini semua.

Hakikat yang sebenarnya, bulan Mac lagi mencabar kedatangan darah period saya. Huhuhu. Selepas saya minum Vivix, keluar darah yang agak berketul dan pekat dari bulan-bulan sebelumnya. Kekerapan jarak 2 kali period bulan yang sama sangat dekat dan sangat panjang. Hinggakan saya hanya mampu berpuasa sunat beberapa hari sahaja di bulan Syaaban.

Saya ada membaca sharing Master Norita tentang isu period yang panjang topik Adenomysis. Dari situ saya membuat keputusan jika period saya tidak normal jugak, saya akan ke klinik swasta. Saya mula mencari-cari info doktor pakar puan yang terbaik.

Namun dalam masa yang sama saya masih mengharap Vivix harapan saya. Saya yakin Polifenol dalam Vivix sedang berusaha memulihkan kesihatan dalaman saya. Ketulan darah yang keluar itu bermakna badan saya sedang alami proses Detox.

Saya perasan selepas saya mula minum Vivix Shaklee, emosi saya lebih stabil. Saya dah tak marah-marah. Actually ini bukan pertama kali saya makan Vivix. Cuma beza Testimoni Vivix saya kali ini kerana period tidak lancar.

Sejujurnya saya stop Vivix dah setahun lebih selepas pulang ke Terengganu. Saya kena kuarantin Covid, sekeluarga kena dan berjangkit Covid. Saya beri Vivix kepada Emak saya yang ada sejarah Kencing Manis dan Abang saya yang tiba-tiba blood pressure dia sangat-sangat tinggi dan tidak boleh tidur berhari-hari kerana sakit Covid.

Financial saya makin menyusut, saya tak sempat nak cover Vivix untuk diri sendiri. Saya sekeluarga sakit. Jadi kita fokus kepada kuatkan Immune keluarga bersama-sama. Utamakan yang lebih penting.

Ok, dipendekkan cerita, Ramadhan bulan berkat. Ramadhan bulan Rahmat.

Bermula Ramadhan (April 2023) sehingga sekarang period saya dah kembali stabil. Tempoh period pun dah normal dalam 7 ke 8 hari sahaja. Kiranya dalam 2 botol jugak lah ambil masa untuk back to normal.

Hari ini, dah masuk botol ke -4 saya masih konsisten ambil Vivix. Ada kala saya minum siang dan malam. Ada kala saya minum satu sudu, ada masa saya minum 2 ke 3 sudu mengikut situasi. Kalau rasa macam kurang sihat kita lebihkan. Contoh semasa saya kena Kayap baru-baru ni. Memang agresif saya consume Vivix dan Set Kayap yang lain.

Alhamdulillah, syukur kepadaNya. Anda boleh juga membaca review-review wanita-wanita di bawah ini yang ada masalah period tidak teratur :

Testimoni Vivix Period Kembali Normal
Testimoni Vivix -Cyst semakin kecut
Testimoni Vivix - Period Normal Dapat Mengandung
Testimoni Vivix Gangguan Kitaran Haid
Testimoni Vivix, Cyst, Pcos
Testimoni Vivix, Cyst, Fibroid

Akhirnya saya berjaya menyiapkan penulisan ini sementara masih strong memori. Semoga usaha saya yang tidak seberapa ini Allah pandang. Niat saya hanya satu, supaya setiap perkongsian saya memberi 1001 manfaat buat rakan-rakan pembaca semua.

Nak Produk Shaklee? Whatsapp saya segera.

Promosi Vivix June 2023

Nak Produk Promosi Shaklee bulan ini, hubungi saya, Sakinah : 019-916 4276 segera.

Promosi Trio Vivix Shaklee Terkini
Promosi Resv Shaklee Murah Tahun 2023

Nak jana pendapatan tambahan keluarga 3, 4 atau 5 angka sebulan? Pun hubungi saya untuk bantu anda sama-sama sihat, sama-sama berjaya.

Sekian, wassalam.

#NextLevelBlogging #blogmegashaklee #projekblogmega2 #shakleethrive2023 #shakleethriumph202#SetRahmahShaklee2023 #ResVivixCampaign #testimonishaklee #sakinahshaklee #shakleekualaterengganu


No comments:

Post a Comment