Pages

Thursday, 13 November 2014

IBU DIMAKAN ULAR SAWA DALAM PAYA

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat SMS?

SMS doakan sahabat semua sihat, ceria dan bahagia di samping insan-insan tersayang.

Manakala, SMS pulak.. Semoga hari ini lebih, baik dari semalam. Selagi belum tiba ke garisan penamat. Akanku usahakan perjuangan ini demi mereka yang tercinta..

Demi ibuku.. Demi keluargaku.. Tiada apa yang lebih manis dalam hidup ini selain melihat senyuman bahagia seorang ibu yang penuh dengan duka semalam.
KISAH PERJUANGAN IBU MEMBESARKAN DIRI INI

Dulu kami tinggal di kawasan perancangan Felcra. Nun jauh di pedalaman.. Lebih kurang 25KM nak ke pekan (anggaran kasar) Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Kami tak de kereta.. Tak de van.. tak de basikal.. Nak dapat sebuah basikal pun amik masa yang agak lama untuk dibeli. Yang ada cuma motosikal honda bulat yang uzur. Boleh baca DI SINI (pasal honda bulat ayah).

Setiap pagi, ayah akan masuk ke ladang mencari sesuap nasik untuk kami adik-beradik yang ramai. Kadang.. Ada masa Emak dengan Ayah pergi cari pucuk miding (paku pakis merah) kat tepi-tepi paya. Untuk, tampung perbelanjaan kami sekeluarga.
Kredit picture to http://sazilimohdnor.blogspot.com
SMS time tue.. Tengah tunggu result SPM. Duduk kat rumah uruskan adik-adik. Bila dorang pergi sekolah. Tinggallah SMS sorang-sorang. Mengemas, memasak, membasuh.

Itulah rutin harian SMS setiap hari. Memang masa terisi untuk tolong keluarga. Apa yang SMS tahu.. Bila Emak dan ayah balik.. Dorang dah boleh makan. Adik-adik pulang dari sekolah, dorang pun boleh makan sama.

Kadang, Jam 12.00 tengah hari.. SMS pergi berjalan kaki jemput adik kat tadika. Ini semua kenangan yang amat mahal bagi SMS. 

Dalam hati sentiasa hadir perasaan takut. Sebab sunyi dan tiada orang. Memang habis semua pintu rumah kayu diselak (dikunci) rapat-rapat sebab takut orang jahat panjat rumah (waktu usia remaja; semua yang tak baik dipanggil orang jahat).

Bila keluar rumah.. nak masuk semula, berjaga-jaga dengan payung atau apa-apa lah yang tercapai kat tangan time tue. Al-maklumlah dengar ada penagih dadah. Sebelum ni, tak de pun. Wallahulam.

Itu kisah SMS uruskan adik-adik,

SMS selalu risau bila mak pergi cari pucuk miding kat tepi-tepi paya. Risau ular sawa. Sebab mak pernah cerita. Emak terjumpa ular sawa berlingkar sewaktu kusyuk petik pucuk paku.
Ngeri kalau jadi cam nie..
Alhamdulillah, Allah lindungi Emak. Emak selamat. Tapi, itulah setiap kali Emak keluar SMS jadi amat risau dan selalu terbayangkan ular sawa yang besar nak terkam Emak.


Lebih kurang cam ni, lah SMS berdoa untuk Emak & Ayah time tue :-)

Seronok bila mak & ayah balik, ada hasil. Dapatlah dijual ke peraih.. Memang banyak.. Satu ikat RM2. Bolehlah sehari dalam RM50.. Tapi, itu hari yang ada hasil. Hari yang tak da hasil.. Sedihlah mak. Tapi, rezeki dari Allah.. Jarang tak de hasil. Selalu memang ada hasil.

Alhamdulillah.. Atas perjuangan Emak ini lah SMS tak pernah mengaku kalah sebelum ke garisan penamat dalam hidup ini.

Garisan penamat SMS adalah Maut. Bukan perkara lain.. Hanya ajal & maut sahaja yang akan menamatkan segala-galanya..
DOWNLOAD EBOOK PERCUMA!!
So, mereka di luar sana. Hidup ini adalah sebuah perjuangan. Jangan pernah mengaku kalah.. Sentiasalah bergantung harap dengan Allah SWT. DIA sebaik-baik perlindung dan DIA jua segala-galanya dalam hidup kita.

TIPS BAHAGIA DAN KAYA DUNIA & AKHIRAT:

1) Sentiasa berqiamullail di setiap sepertiga malam. Bermohon doa kepadaNya yang Maha Pemurah Pengasih lagi Maha Penyayang.

2) Beramal dengan Al-Mathurat setiap pagi dan petang. InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan dunia & akhirat.

3) Jadikan solat Dhuha sebagai amalan kerana ia pembuka pintu rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

Cukup itu dulu, untuk kali ini. SMS akan sentiasa berkongsi tips-tips kejayaan untuk sahabat Cinta Hati SMS yang dikasihi dan disayangi. InsyaAllah :-)

Sila like dan share sekiranya, ia memberi manfaat kepada rakan-rakan dan keluarga anda di luar sana. Semoga sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

2 comments:

Tuesday Night Workout said...

Terima kasih atas perkongsian yang sangat menarik .... Sayang ibu :)

sakinah (SMS) said...

Assalamualaikum dan selamat malam warga blogger. Terima kasih, ya Faizal Fairuz kerana sudi singgah di entry kali ini. Semoga ianya memberi manfaat dunia dan akhirat.
Salam bahagia :-)

Post a Comment