Pages

Saturday, 29 November 2014

PENGALAMAN TRAUMA GEMUK DUA KALI

Assalamualaikum wbt..

SMS doakan Sahabat Cinta Hati Sakinah, sentiasa sihat, ceria dan bahagia serta berjaya dunia & akhirat.

Hari ini, SMS nak berkongsi pengalaman yang amat mengerikan bagi diri sendiri sepanjang dua kali dikategorikan GEMUK.

TRAUMA GEMUK

Pertama kali GEMUK semasa darjah enam..

Bila melangkah ke tingkatan 1, saya mula diet dan exercise.

Alhamdulillah.. berjaya..

Tak de gambar nak tunjuk. Sebab, zaman dulu-dulu, tak de smartphone nak ber 'selfie'. hihihi..

Tapi, kan.. Apa yang buat saya menyesal dengan cara saya kurus nie.. Saya kurang berilmu cam mana nak kurus.

Setiap hari, saya ambil limau nipis untuk pecahkan lemak.

Saya minum air limau nipis kosong tanpa gula berbiji-biji. (fikir-fikir balik, buat kerja giller kan)

Kalau sahabat nak tahu,

10 - 15 tahun lepas limau nipis murah je lagi.. Sekarang mahal sangat-sangat. Untung saya, petik dari pokok time tue.

Alhamdulillah.. Saya bukan bergantung kepada limau semata-mata. Saya exercise jugak.

Saya memang spend time 30 hingga 1 jam untuk exercise setiap hari.

Seronok bila berjaya. Yang kurang seronok, tersilap langkah.. Saya merana.. Sebab saya mula kena gastrik selepas beberapa tahun kurus..

credit to anginohangin.blogspot.com
Time tue.. memang tak dapat nak buat apa-apalah.

Macam-macam cara cuba.

Antara yang paling saya tak suka. Paksa diri minum susu tepung.. Saya try susu Nespray.. Sekali dua je, saya paksa diri. Selepas itu, memang tak lepas. Bau susu, rasa nak muntah.

Saya pun try jugak Nestum dan Oat.. Tetap, tak mampu makan. huhuhu.

Sekarang, saya dah jumpa pengganti susu (click di sini)

Bila kita gastrik, boleh berlaku banyak perkara yang memudaratkan diri sendiri. kalau tersilap makan, terlewat makan dan juga tekanan yang melampau.. Saya akan kena gastrik time tue juga.. Ibarat, tiada maaf bagimu lah sakinah.. 

Teruk sangat, pedih gastrik nie.. 

credit to http://kisah-bumi.blogspot.com
Kalau saya stress..saya tak sedar. Tapi, stress tue disalurkan kepada perut.. Ini yang saya rasa dan alamilah. Sebab itu, saya tak dapat detect awal-awal saya akan gastrik.. Akan sedar bila dah gastrik..

"Ohh..!! Aku tengah stress rupanya..."

Itu lah juga, salah satu punca badan saya naik semula semasa belajar di universiti dan bekerja.

Saya ingat lagi.. Perbualan 10 tahun lepas dengan seorang kakak. Semasa tunggu giliran nak jumpa doktor untuk medical check-up.

KAKAK A : Nak jumpa Doktor ke dik?

SAYA        : Ha'a, kak.. ada temujanji dengan doktor.

KAKAK A : Ooo.. Adik nak pi mana?

SAYA    : Duk berfikir.. awat dia tanya aku nak pi kemana? (Rupanya, kakak tue perasan kertas kat tangan saya). Pandai akak nie, usha. Hihihi... Nak sambung belajar kak..

KAKAK A : Eh..!! Sambung belajar? Kecik-kecik cam ni, nak sambung belajar ke mana?

Time tue, saya duk berfikir.. Kecik sangat ke aku.. rasanya, dah besar. Bila kecik masalah.. Bila besar pun masalah..huhuhu.

Bila saya tengok balik gambar-gambar lama.. Alamak!! Betul, lah.. saya dulu kurus dan kecik je..
Time ni, berat 45kg (Form 4).. Underweight taw. Tak reti nak senyum. Hehehe.
Form 4
Yang ni tahun 2010
Sekarang ni, je jadi besar semacam.. 

MALU..MALU SANGAT-SANGAT BILA JADI GEMUK KALI KEDUA

Saya beberapa bulan yang lepas, sebelum kurus (boleh click di sini).

Saya susah hati.. Sebab terpaksa cari baju saiz L kadang XL. 

Stress dan ngeri rasa..

Sebelum ni, saya pakai S tak pun M..

Bila pi kedai.. sale girls pandang semacam je.. Rasa cam nak korek bijik mata dorang. Sampai camtu sekali taw.

Nampak cam mana jelingan tue(sekadar gambar hiasan)
Dia siap cakap lagi..

"Akak. Baju akak tak de kat sini. Mai sini saya tunjukkan.. "

Kepala duk berfikir..

"Cam mana dia taw mana baju aku nak pilih?"

Ropa-ropanya.. dia bawak ke bahagian baju bersize XL, XXL & XXXL.

Terus SENTAP!!

Kadang saya jarang beli baju. Sebab saya nak kurus balik. Saya tak mahu banyak baju bersaiz besar.. Bila terjumpa kain hela (kain belum jadi baju) cantik-cantik pun. saya akan simpan.. Kononnya nak pergi hantar ke kedai bila dan kurus..

Rasa banyak kot kain yang dalam simpanan.. Yang orang bagi pun ada. Tuan siap tanya lagi.. 

"Bila ko nak pakai baju aku bagi..?"

Dengan confidentnya..saya jawap.

"hehehe..nanti, tunggu aku kurus dulu, ya."

Bila part bergambar.. Selalu pesan kat siapa-siapa yang nak ambil gambar tue..

"Make sure gambar aku nampak kurus taw."

Geli hatinya, bila difikir-fikirkan balik..

NGERI !!!

Hahaha...sakinah susah nak terima hakikat.

Sahabat boleh click di sini dan di sini, untuk kisah punca kegagalan saya nak kurus.

Gambar di bawah ni, gambar tahun 2013. Yang diambil tanpa bersedia nak kuruskan diri. Hahaha..

Alhamdulillah..sekarang, saya dalam proses untuk kurus.. Dari 70kg (gambar di bawah) turun kepada 60kg..

Saya yang membulat. 75KG !!
Saya pendek je.. So, buruklah kalau gemuk kan.. 

So, inilah pengalaman GEMUK SMS. Sahabat semua doakan semoga SMS dapat turun kepada 54kg sebelum 31 Disember 2014 ni, ya..

TIPS KURUS DAN SIHAT DARI CINTA HATI SAKINAH:

1. Amalkan gaya hidup yang sihat dengan lakukan aktiviti riadah sekurang-kurangnya, 3 kali seminggu.

2. Pengambilan air yang secukupnya, iaitu 25kg berat anda bersamaan 1 liter air masak.

3. Amalkan gaya pemakanan yang seimbang.. Elakkan makan lewat malam yang berlemak dan berkarbohidarat tinggi.


Sila like dan share sekiranya, ia memberi manfaat kepada rakan-rakan dan keluarga anda di luar sana. 

Semoga sahabat semua sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

PELUANG BUAT DUIT HARI-HARI DENGAN MOBILE SPA TERENDAH DAN TERHEBAT DI PASARAN MALAYSIA. HANYA SERENDAH RM1999 SAHAJA UNTUK 5 COURSE 3 JAM TRAINING POWER.
WASAP : 019-9164276
 UNTUK PENEMPATAN TRAINING ANDA !!
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

3 comments:

Tuesday Night Workout said...

Bagusnya perkongsian SMS ....... Teruskan perkongsian yang sangat baik seperti ini :)

sakinah (SMS) said...
This comment has been removed by the author.
sakinah (SMS) said...

Assalamualaikum, Faizal Fairuz.. Terima kasih, kerana sudi singgah di jendela Cinta Hati SMS. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada saudara sekeluarga mahupun rakan-rakan di luar sana.Aaminn :-)

Post a Comment