Pages

Tuesday, 31 March 2015

7 SEBAB ANDA PERLU NUTRISI TAMBAHAN

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar?

SMS doakan semua pengunjung blog Cinta Hati Sakinah, sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga tersayang.

Dan bahagia dunia akhirat.

NUTRISI IBARAT SEPERTI RENCAH DALAM MAKANAN

Sahabat pernah makan mee segera?

Haa.. mesti pernah kan.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Apa?

Tak pernah..

Good ! Tahniah, kepada anda.

Tapi, kalau masakan tak de rencah.. Agak-agak, sedap ke sedap?

Mesti, kurang rasa kan. Tak manis, lah. Tak masin, lah. Kurang sos, lah.. macam-macam yang kurang.

Kalau isteri masak cam tue.. Si suami mesti akan mengomel dalam hati, isteri dia tak pandai masak kan. Hehehe.. ( Gurau, je :-) )

Pernah tak, kita terfikir.. Apa yang diperlukan oleh badan kita sebenarnya?

Hurmm..

"Tak pernah, terfikir pulak".

 Apa yang kita tahu.. Makan ikut selera je.

Hari nie, nak makan itu. Nak makan ini..

Silap hari bulan.. Bila keluar selera gajah. Kalahkan, orang yang tak pernah berjumpa makanan sebulan.

Hahaha.

Ini, saya suatu masa dahulu.

Bila stress.. Ada lah selera cam gajahnya. Nak makan semua benda dalam satu masa. Huhuhu.

Hakikat yang ramai orang tak tahu.. Badan kita sangat-sangat memerlukan nutrisi dalam pemakanan harian.

TETAPI..

Bukan semua orang, ambil tahu walaupun kita telah didedahkan dan diajar di peringkat sekolah rendah lagi. Bahkan sekarang kat sekolah pra pun ditekankan kepada anak-anak kecil.

Betul ke betul?

So, kenapa kita abaikan keperluan ini. Sebab, kita tiada ilmu. Kita tiada penekanan yang jelas akan kepentingannya.

Saya bercakap berdasarkan kepada pengalaman sendiri dan orang-orang sekeliling.

7 SEBAB KITA PERLUKAN NUTRISI TAMBAHAN

Memang kat sekolah, tiada ditekankan mengenai nutrisi tambahan.

Cuma yang selalu diajar oleh cikgu ialah nutrisi atau vitamin dari makanan yang wajib diambil seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan banyak lagi.

5 SEBAB KITA PERLUKAN NUTRISI TAMBAHAN

1. Nutrisi mudah hilang apabila dikenakan suhu tinggi dalam masakan.

Contoh ; Setiap hari kita makan, nasik berlaukkan ayam goreng dan sayur masak lemak. 

Ayam yang digoreng dengan tekanan suhu api yang tinggi sehingga garing dalam 15 minit hingga 20 minit.. kurang nutrisi berbanding ayam yang dimasak kukus atau stim 5 minit sahaja.

Semakin lama tempoh makanan dimasak, semakin kurang jugak nutrisinya.

Manakala sayur, pulak.. Cukup sekadar, letak sekejap di atas dapur untuk layu. (Jika sayur berdaun lembut).

Seeloknya, celur atau makan buat ulam lagi best. Sayur lemak tu, bukannya elok pun. Bersantan dan berlemak. Huhuhu.

2. Ada nutrisi yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.

Badan kita tidak boleh menghasilkan Omega-3. Tetapi, badan memang memerlukan Omega-3.

Dari mana, nak dapatkan Omega-3? 

Sumber Omega-3 terbaik adalah dari Minyak Ikan seperti Ikan Salmon, Ikan Tuna, Makerel, Hering, Ikan Tenggiri dan Sardin.

Omega Guard dihasilkan dari Minyak ikan laut dalam yang melalui 3 peringkat saringan yang terbaik!

3. Buah-buahan atau sayur-sayuran, akan berkurangan vitaminnya apabila dipetik atau dituai dari pokoknya.

Bayangkan, kita membeli buah-buahan dan sayur-sayuran yang dah beberapa hari di pasaran. Mesti, nutrisinya makin sedikit demi sedikit hilang kan?

Sebaliknya, ditambah pulak dengan ubat untuk pastikan ianya lebih tahan lama.

So, sahabat.. better menanam sendiri. Lebih terjamin dan selamat bebas dari racun perosak atau bahan kimia.

4. Pencemaran Alam Semulajadi.

Kesan yang ketara adalah kekurangan kolagen dalam badan. Kita semua ada kolagen taw.. Bukan golongan artis je, yang sibuk duk cucuk botox atau collagen sana, sini.

Kita pun, perlu ambil tahu.

Tak salah berkolagen. Yang salahnya, merubah kejadian rupa paras dengan cucuk botox untuk naikkan tulang pipi dan runcingkan dagu.

Kalau makan supplement, atau sapu cream tiada masalah.. if bahan-bahannya, halal dan selamat.

Cuba anda tengok muka kat cermin.. Rasa-rasa ada tak jeragat-jeragat atau kedut-kedut, garis-garis halus di kulit muka?

Ini jugak, disebabkan oleh faktor pemanasan suhu bumi, radikal bebas di udara, merokok dan lain-lain.

5. Banyak sel-sel dalam badan mula mati bila meningkat usia.

Penting, untuk kita ambil nutrisi tambahan.

Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. 

Selain itu, Mitochondria (Penjana Tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh badan. Apabila kecekapan Mitochondria menurun, fungsi sel pun turut menurun.

6. Selalunya, part yang paling sukar dalam pemakanan adalah sayur. Bukan semua orang suka makan sayur.

Saya pun tak faham, lah.. Hahaha.

Saya jenis yang suka makan sayur. Adik-adik sayur memang susah nak makan sayur. Dorang cakap tak sedap dan pahit.

Susah hati, saya memikirkan masalah nie.

Haa.. nasib baik, shaklee ada Set Kesihatan Kanak-kanak.

Alhamdulillah.

7. Makanan hari ini, tinggi bahan kimia dan kurang berkhasiat.

Terutama peminat makanan segera dan proses.

Ingat ye, sahabat. Makanan ini memang tak elok untuk kesihatan diri dan keluarga anda.

Buat pilihan yang bijak.

NASIHAT SAYA KEPADA ANDA

K, lah sahabat. Sehingga bertemu lagi kita di lain etry :-)

Nasihat SMS kepada sahabat semua, ambil lah Nutrisi tambahan atau Supplement untuk kesihatan badan berpanjangan.

Bukan kerana kita dah jatuh sakit.. baru nak mencari supplement. Sebab, supplement mengambil masa untuk kesan yang terbaik. 

Bukan ambil hari ini, terus sihat.

Begitu jugak, orang gemuk.. Bukan boleh terus kurus dalam masa sehari. Ianya mengambil masa.

Kita hanya mampu berusaha dan bersabar, Shaklee hanya lah asbab penyembuhan. Selebihnya Allah yang tentukan.

Sila SHARE entry ini, jika anda rasa ia memberi manfaat kepada mereka di luar sana.

Semoga lebih ramai lagi akan mendapat kebaikan dari info ini.

InsyaAllah.

SMS doakan anda kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Sekian, Wassalam.

Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment