Pages

Wednesday, 1 April 2015

LELAKI BERPERUT BUNCIT PENYUMBANG KEPADA KEMATIAN SERANGAN JANTUNG MENGEJUT

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, bersua lagi kita kembali di laman blog Cinta Hati Sakinah pada hari ini.

Syukur di atas nikmat hidup yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita semua.

SMS doakan semoga sahabat sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan dirahmati Allah dunia akhirat.

InsyaAllah.

Hari ini bukan lagi satu igauan. Tetapi, kenyataan yang harus dihadapi oleh seluruh rakyat Malaysia.

GST telah terlaksana.

Maka banyaklah belanja-belanja yang diluar bajet kita mula berubah 360 darjah seperti harga saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Siapa tidak terasa. Semua orang terasa.

Cam saya, baru je tadi submit order untuk customers. Shaklee memang tidak berkecuali dari GST.

Tapi, customers saya nie bijak.

Dorang membeli secara bijaksana.

Dorang borong banyak-banyak untuk perolehi benefit dari shaklee iaitu Cash Bonus, Car Bonus dan Convention Bonus (3C).

Pandai dorang. Hehehe.

Actually, bukan itu sahaja yang mereka akan dapat. Banyak lagi, kelebihan-kelebihan lain seperti Ilmu-ilmu perniagaan, Cam mana nak close sales dan teknik-teknik mudah dalam perniagaan.

DIMANA ADA MASALAH DI SITU ADA PELUANG

Bulan ini, adalah bulan kelapan saya berniaga. Rasa macam masih  baru, tetapi rupanya sudah lama :-)

Alhamdulillah, semakin banyak ilmu-ilmu yang saya belajar setiap hari. Dan semakin ramai insan-insan yang bermasalah dapat dibantu.

Sama ada dari segi kesihatan mahupun kewangan.

Mentor saya selalu cakap.. Kejayaan yang sebenar adalah apabila kita dapat membantu lebih ramai orang keluar dari masalah mereka.

Percayalah.. Apabila kita lebih banyak memberi dan membantu orang lain, maka kita terpaksa berjaya.

Syukur, Alhamdulillah.

LELAKI BERPERUT BUNCIT BERISIKO TINGGI TERKENA SERANGAN JANTUNG

Saya nak kongsikan dengan anda satu masalah besar yang sedang melanda kaum lelaki.

Ramai lelaki Malaysia hari ini, kebanyakannya berperut buncit.

Selesa ke bang, bawak perut yang tak de isi tue? Huhuhu.

Kalau kita tengok, ibu mengandung pun cam terseksa nak bawak perut. Nak solat, buang air besar dan banyak perkara cam terbatas.

Tetapi, kelebihan wanita.. membawa amanah dari Allah.

Alhamdulillah, setiap kesusahan itu besar hikmahnya kepada wanita.

Haa.. kalau lelaki, cam mana pulak?

Saya tengok cam terseksa je dorang.

Tak boleh bawak perut.. Jadi susah nak beraktiviti.

Jadi, mengah dan cepat penat.

Kalau duduk.. mesti nak bersandar atau berbaring.

Kecian, kan..

PUNCA LELAKI PERUT BUNCIT

Lelaki ke wanita ke.. actually, punca mereka berperut buncit adalah lebih kurang sama sahaja.

Kerana makanan yang dibawa masuk kedalam perut, tidak sempat untuk dicerna sepenuhnya.

Dalam erti kata lain, makanan berlebihan yang tidak sempat ditukarkan kepada tenaga terpaksa disimpan menjadi lemak dalam abdomen dan juga berkumpul sebagai sisa toksin. Kalau dibiarkan boleh menyebabkan kerak usus. (Boleh baca DI SINI dan DI SINI).

Bagaimana ini, boleh terjadi?

Ini adalah kerana amalan gaya hidup yang kurang sihat.

Makan tidak menentu masa.

Pengambilan makanan berlemak, bergula, bergaram, berminyak dan bergoreng yang terlalu tinggi kalorinya.

Makan dalam kuantiti yang banyak sehingga perut tak sempat nak proses.

Makan yang kurang serat seperti sayur dan buah-buahan serta air kosong yang tidak mencukupi.

Makan berlebihan sebelum tidur.

Selain itu, kurang melakukan pergerakkan atau pun senaman.

Haa.. cuba renung-renungkan. Rasa-rasa, ada tak anda amalkan apa yang saya sebutkan kat atas tadi?

Mesti, ada kan.

KENAPA LELAKI BUNCIT MUDAH TERKENA SERANGAN JANTUNG

Daripada kajian, menyatakan lelaki berperut buncit mempunyai lemak visceral (terkumpul kat bahagian abdomen perut) yang boleh mengakibatkan mudahnya terkena serangan jantung, pembuluh darah tersumbat ataupun diabetes.

Lelaki normal mempunyai lilitan perut tidak lebih dari 90 sentimeter. 
Selain itu, perut buncit boleh menjadi faktor utama berlaku Obstructive Sleep Apnea ( OSA- Berhenti bernafas semasa tidur ).

OSA menyebabkan pengaliran oksigen kepada organ-organ penting semakin dan tidak teratur.

Keadaan ini amat merbahaya jika dibiarkan berterusan yang boleh mengakibatkan serangan jantung.

Biasa kita mendengar wanita Menopause.. Lelaki berperut buncit juga mempunyai masalah seperti wanita iaitu dipanggil "Andropause" akibat penurunan hormon testosteron yang berkaitan dengan organ pembiakan lelaki.

So, maknanya perut buncit banyak memberi kesan yang negative kepada kesihatan lelaki. Bukan sahaja serangan jantung, tetapi segala sistem badan akan terganggu.

Haa..

Wanita pun, jangan ambil mudah. Terutama kepada si isteri, jagalah suami anda supaya mereka tidak buncit.

Orang selalu cakap.. Lelaki berperut buncit maknanya dia seorang yang penyayang dan sempurna makan pakainya. Isteri pandai jaga. Pandai masak.

Pada saya, itu semua perlu diubah. Kalau anda sayangkan suami anda.. amalkan gaya hidup yang sihat yang sebenar.

Cam mana?

Anda boleh download baca ebook di bawah yang pasti akan merubah persepsi anda selama ini yang telah banyak melencong dari kehidupan yang sihat.

DOWNLOAD PERCUMA !!

Semoga dengan sedikit perkongsian ini, dapat memberikan kebahagiaan dan kebaikan dalam memelihara kesihatan tubuh badan agar dapat beramal ibadat kepadaNya dengan dengan lebih dekat.

InsyaAllah.

Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini, bermanfaat kepada mereka di luar sana.

SMS doakan anda semua kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Aminn.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment