Pages

Thursday, 2 April 2015

30 TAHUN CEKAL MENANGGUNG PENYAKIT PSORIASIS

Psoriasis
Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan sahabat pengunjung blog Cinta Hati Sakinah, sentiasa berbahagia, sihat dan ceria selalu bersama keluarga tercinta.

Saya nak kongsikan sedikit pengalaman dan ilmu baru kepada sahabat semua.

Sejak 2 menjak ni, ada beberapa orang mintak khidmat nasihat mengenai penyakit Psoriasis.

Kebetulan, saya memang sedang mengkaji dan mendalami masalah penyakit ini. So, saya merujuklah kepada pakar-pakar dan sahabat doktor untuk pemahaman yang lebih jelas lagi.

Mentor saya cakap, ada ilmu jangan simpan sorang-sorang. Sebaliknya, sampaikan dan sebarkan untuk manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana.

InsyaAllah.

Mesti ramai belum taw apa itu, Psoriasis kan?

Jom! SMS story cikit supaya sahabat semua dapat bayangkan penyakit nie.

PSORIASIS UMPAMA KURAP TAK BERJANGKIT

Bagaimana Psoriasis terjadi?

Psoriasis ialah sejenis penyakit kulit yang kelihatan seakan-akan seperti kurap atau tompok-tompok merah yang menebal dan menyakitkan.

Ianya merupakan sejenis penyakit kulit yang kronik disebabkan oleh pertumbuhan kulit yang abnormal.

Perbezaan Kulit normal dan Psoriasis
kebiasaannya, kulit normal mengambil masa 3 hingga 4 minggu untuk melalui proses persalinan kulit baru.

Berbeza dengan penyakit ini, berlaku terlalu pantas dan cepat, iaitu di antara 3 hingga 4 hari berbanding kulit normal.
'
Keadaannya yang bersisik adalah berpunca dari kulit lama yang tidak sempat mengelupas dan berlaku pernimbunan keratin baru bersama kulit-kulit lama.

Ianya akan bertambah lebih teruk sekiranya, cuaca terlalu panas dan terik.

Huhuhu..

Kecian, dorang yang ada penyakit nie.

Tak dapat saya bayangkan bagaimana sakit dan pedihnya dorang.

Dulu, time kecik.. Saya pernah jugak alami satu penyakit kulit. Cuma tak pasti, apa penyakitnya (Keadaan lebih kurang cam Psoriasis). Sebab, Mak Ayah tak bawak pergi hospital.

Guna rawatan tradisional je.

Ada satu tompokan besar di bahagian bawah pelipat lutut. Pedih dan gatal, taw.

Nak tahu pengalaman saya?

Kalau nak.. saya story :-)

MAKIN KU GARU.. MAKIN NIKMAT DAN PEDIH RASANYA

Saya tak ingat umur saya time tue, berapa tahun. Yang pasti, saya dan bersekolah rendah.

Sebab, saya masih ingat lagi.

Kak sekolah, saya akan tahan tangan dari menggaru walaupun terasa gatal yang amat.

Balik je, sekolah..

Perghhhhh!!

Kalau gatal datang balik.. memang saya akan menggaru sampai pedih, baru lah saya stop sambil-sambil menangis.

Itu pun, sebab berdarah. Huhuhu.

Macam-macam cara ayah saya cuba. Mak pulak, duk tenangkan saya yang asyik menangis je.

Yang paling pedih.. Sapu minyak tanah dengan serbuk apa ntah. Nampak, cam kunyit. (warna kuning).

Pastu, letak kulit delima yang diasah.

Dan yang paling geli.. letak darah belut. (Geli sangat-sangat).

Saya sendiri pun dah ingat-ingat, lupa.

At last, saya pun tak tahu apa yang memulihkan penyakit tue.

Saya punyer sakit dan gatal.. tak de nya, makan masa sampai 30 tahun.

Cuma ada seorang sahabat nie.. Dia dah 30 tahun menanggung penyakit Psoriasis.

Mungkin, masih ramai di luar sana tertanya-tanya dan tercari-cari penawar untuk masalah ini.

30 TAHUN CEKAL DAN TABAH TERCARI-CARI PENAWAR

Di sini, saya kongsikan sendiri pengakuan seorang teman yang dirasakan beliau seorang yang cukup tabah dan cekal menghadapi dugaan hidupnya :

"Saya dah lama tanggung penyakit nie.

Sejak dari usia saya kecik, lagi. 

Saya pernah melakukan pemindahan darah sebab, kekurangan darah dalam badan.

Sejak dari itu, saya mengalami gatal-gatal merah di bahagian belakang badan.

Berkuping-kuping.

Bila cuaca panas je, kulit akan menjadi perit dan pedih.

Kadang terasa rendah diri dan malu, sangat-sangat bila ada kawan-kawan atau saudara mara ternampak kulit saya yang cam nie.

Sekarang, saya bergantung kepada cream sapu yang doktor berikan.

Alhamdulillah, kurang sedikit gatal-gatal.

Tapi, tu lah.. saya masih lagi mencari penawar yang mujarab untuk masalah ini.

Sebab, setahu saya.. cream sapu kurang elok diambil berterusan.

Tambahan sakit ini, banyak menguji saya untuk beramal ibadat kepadaNya.

Namun, itu bukan alasan saya untuk melupakan sang pencipta kita.

Saya usahakan cara lain.

Saya pernah mengikuti satu program rawatan XXXX. Dan telah berhabis duit sebanyak RM400 Sebulan.

Namun, hasilnya tetap sama.

Tiada perubahan yang positive.

Sehinggalah saya berjumpa dengan produk Kulit dan Psoriasis Shaklee.

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah SWT."


Set Psoriasis.
Ini sedikit kisah yang dapat saya kongsikan dengan anda semua.

Actually, saya pun pernah melalui beberapa kali pembedahan di zaman kanak-kanak di bahagian tempurung kepala dan lutut tempat jangkitan kulit yang saya ceritakan di atas tadi.

Namun, sakit yang saya alami tidak sehebat yang pesakit Psoriasis lalui.

Kecian, bila saya melihat dan mendengar kisah-kisah mereka.

Sesungguhnya, ia banyak menyedarkan saya kan nikmat kesihatan hari ini.

Syukur, Alhamdulillah.

Papepun, kita hanya mampu berusaha dan berdoa.. selebihnya, Allah SWT yang tentukan.

Jika sahabat, ada apa-apa persoalan dan pertanyaan lanjut boleh hubungi saya untuk free consultation.

InsyaAllah.

Setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Dan setiap yang buruk itu, datang dari kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri.

Wallahualam.

Sila SHARE jika, sahabat rasa entry kali ini.. banyak memberi manfaat kepada mereka di luar sana.

SMS doakan anda kaya, bahagia dan berjaya dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.

Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment