Pages

Sunday, 17 May 2015

1001 RAHSIA DI SEBALIK KEJADIAN ALAM- BANJIR PANTAI TIMUR 2014

Keadaan selepas banjir Disember 2014.
Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog SMS, sentiasa dikurniakan kebahagiaan dan kekayaan hidup dunia dan akhirat.

InsyaAllah.

Sudah hampir 5 bulan berlalu, bencana alam yang berlaku di Pantai Timur terutamanya Kelantan Darul Naim yang terkenal dengan Negeri Serambi Mekah.

Keadaan selepas surut banjir.
Negeri yang mungkin pada orang lain agak mundur.

Tapi, bagi saya cukup mendamaikan.

Berbeza dengan bandaraya Kuala Lumpur yang penuh dengan hutan konkrit di sana-sini.

Pada Disember, hujung tahun 2014.. kita semua dikejutkan dengan satu bencana alam yang cukup menyedihkan iaitu Banjir Besar yang boleh dikatakan telah melumpuhkan seluruh negeri Kelantan dan beberapa kawasan di negeri Terengganu serta Pahang. (Boleh baca DI SINI).


Memasak menggunakan kayu api.
Satu demi satu, ujian diturunkan kepada hamba-hambaNya di muka bumi ini selepas kehilangan kapal terbang MH370 sehingga kini tiada jejak dan berakhirnya hayat MH 170 di Ukraine.

Allahuakhbar.

Allah Maha Besar.

Tiada mana kekuasaan pun yang dapat menandingi kuasaNya.

1001 RAHSIA DI SEBALIK KEJADIAN BANJIR DI PANTAI TIMUR

Hari ini, saya ingin kongsikan sedikit perkembangan terkini apa yang berlaku di Negeri Kelantan sehingga saat ini.


Mereka tidur di bawah khemah.
Penempatan sementara mangsa banjir.
Jambatan sementara kesan dari banjir yang lepas telah memusnahkan sistem perhubungan jalan raya di sesetengah kawasan.
Keadaan rumah yang hanyut dan roboh akibat banjir 2014.
Banjir telah memusnahkan banyak harta benda mereka.
Pada awal kejadian dulu.. memang diakui penuh di wall FB mengenai banjir ini.

Hari-hari, ada sahaja pihak yang menghulur bantuan.

Kanak-kanak ke sekolah menaiki pengangkutan air.
Tapi, sekarang dah slow sikit.

Normal lah, media kan.

Mestilah yang sentiasa terkini. Hehehe.

Saya sebenarnya, sentiasa follow seorang hamba Allah ini. Saya suka cara beliau. Saya respect dengan pengorbanan dan usaha team beliau sehingga ke hari ini. (FORCE 3 yang diketuai oleh Abang Raja).



Mereka tidak pernah berputus asa dan berhenti membantu untuk kerahkan tenaga dan pasukan sukan rela turut sama meringankan beban.

Misi bantuan rumah.
Misi bantuan banjir keperluan rumah.
Alhamdulillah.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati usaha murni mereka ini.

Sahabat, 

Bukan mereka sahaja, masih ramai yang membantu. Cuma tidak perlu lah di war-warkan :-)

BERTERIMA KASIH DAN BERSYUKUR DENGAN RAHSIA ALAM DARI ILLAHI

Hikmah di sebalik kejadian ini, yang saya nampak dan ingin mengajak sahabat semua bermuhasabah diri.

Allah SWT ingin memberi peluang kepada kita merenungi dan menghayati nikmat dan rahmat yang diberikan selama ini kepada hamba-hambaNya.

Satu peringatan kepada anak-anak muda di luar sana agar sentiasa menghargaI ibu dan ayah mereka walaupun telah dimamah usia.

Kerana terdapat kes yang mana, anak-anak tidak pulang melihat dan merawat ayahnya yang telah tiada rumah. Hanya tidur berlapikkan kain pelikat buruk di pondok usang yang telah roboh.

Nahuzubillah.

Bukan semua.. tapi, segelintir sahaja.

Yang bagusnya, mereka yang membantu telah mendapat balasan rahmat dari Allah SWT.

Walaupun, pemberian dan bantuan itu ikhlas semata-mata kerana Allah tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Siapa sangka Allah itu kan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Abang Raja ada share sedikit perkongsian dari beberapa insan yang bahagia seperti mendapat kejayaan dalam pengajian, dikurniakan anak dan banyak lagi hikmah yang Allah cuba sampaikan kepada kita.


Rezeki anak setelah 8 tahun.
Dapat sales 20K.
Tempahan baju.
Hidup mula berubah dan dimurahkan rezeki.
Oren sunkist.
Sahabat,

SMS pernah terbaca satu kata-kata yang berbunyi begini :

" Ujian yang sebenar adalah apabila kita melihat kesusahan dan kesengsaraan orang lain. Bukan mereka yang sedang diuji. Sebaliknya, kita yang berada di sekeliling mereka sedang dinilai dan diuji oleh Allah SWT. "

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Setiap apa yang berlaku dalam hidup ini, jangan dilihat dari sudut pandangan negative

Sebaliknya, pandang lah ia dari kaca mata positive seperti orang bahagia melihat peluang keemasan. Seperti kita melihat peluang membuat kebajikan dan menambah saham akhirat.

Bukan mudah nak dapat peluang keemasan ini.

DIA berikan kepada semua rakyat Malaysia dan dunia tanpa mengira warna kulit dan agama.

Alhamdulillah.

Peringatan ini untuk diri SMS jugak, ye sahabat.

Marilah kita saling ingat memperingati, bantu-membantu mereka yang memerlukan.

InsyaAllah.

SMS doakan semoga anda semua kaya, berjaya dan bahagia hidup dunia dan akhirat.

Amin..

Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini memberi manfaat kepada saudara-mara atau rakan-rakan kita di luar sana.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment