Pages

Wednesday, 13 May 2015

400 RIBU RAKYAT MALAYSIA YANG SAH JADI PENGANGGUR PERLU BERALIH ARAH

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar?

SMS doakan anda semua, pengunjung blog sakinahms.blogspot.com sentiasa berada dalam keadaan sihat, ceria dan bahagia sentiasa.

Semalam, SMS ada terbaca satu keratan akhbar seperti sebelah.

400 000 INDIVIDU MENGANGGUR

Wow!! Ramai tue.

Seronok ke jadi penganggur?

Kalau tanya saya.. Jujur saya cakap sangat tak seronok.

Stress !!

Stress yang melampau.

Sebab, orang sekeliling duk cakap macam-macam.

Saya tak kisah dorang nak cakap apa pun.

Tapi, bila selalu diasak dengan pelbagai macam persoalan dan kata-kata panas. Lama-lama menggelegak jugak hati ini.

Betul?

Itu dulu, lah.

Ini kisah saya yang dulu.

Bukan selalu pun. Ia akan terjadi bila ada tetamu datang ke rumah tak pun, bila kita bertamu ke rumah orang.

Yang ni, boleh bersabar lagi. Pekakkan telinga.

Hehehe.

Saat paling best, bila pulang ke kampung di hari raya.

Wah ! ini sangat menguji kesabaran iman.

Tapi.. tetap, sabar.

Istiqfar banyak-banyak.

Sabar, Sakinah.

Sabar :-)

Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri ini. Belum tiba lagi rezeki dariNya.

Kena teruskan usaha dan banyak-banyakkan bersabar.

Tapi, sampai bila sahabat?

Alhamdulillah, saya bersyukur dengan nikmat dan rahmat kurnia olehNya.

Dulu, saya mengharapkan kerja makan gaji. Saya nak dapatkan income yang tetap tiap-tiap bulan.

Asal hujung bulan, pasti ada gaji masuk.

Sebab, nak bagi kat emak dan ayah. Untuk belanja adik-adik yang masih ramai. (Saya ada 8 orang adik yang perlu ditanggung. Ramai, kan.)

Kadang, ada jugak terfikir.. Bila gaji tetap, nak buat pinjaman akan jadi lebih mudah.

Haa..

Ini anggapan saya suatu masa dahulu.

Abang saya pun, nasihatkan saya kerja dengan kerajaan.

Saya kurang setuju.

Sebab, macam-macam yang saya dengar [ Kitakan suka dengar cerita orang :-) ].

Sehingga lah beberapa tahun bekerja tanpa status tetap. Bekerja di sana, sini. Dengan badan kerajaan dan badan berkanun serta swasta.

Baru saya faham.

Nak tahu apa yang saya faham?

INDAH KHABAR DARI RUPA

Kita pendekkan cerita yang mana, bercerita 30 hari 30 malam, takkan pernah habis. Hehehe.

Sahabat,

Bekerja kerajaan ke, kerja swasta ke.. sampai bila kita takkan hidup senang dan tenang serta bahagia.

Peluang kerjaya sekarang dengan dahulu, amat jauh berbeza.

Dulu.. persaingan kurang. Permintaan kerja banyak. Dan bakal pekerja yang berkelayakkan pun tak ramai.

So, not wonder lah emak ayah kita dulu mudah je nak serap masuk dalam kerajaan.

Penjawat kerajaan atau badan berkanun seronok je bekerja.

Senang, lah sangat. (Senang pada mata kita. Hakikatnya, hanya dorang yang lalui)

Tak lah. Sama je. Cuma, mungkin longgar cikit sebab tak banyak kerenah.

Sekarang ramai orang.. pekerja bersepah-sepah. Maka Term & Condition (T&C) nya banyak lah. Semakin ketat.

Bila dah dapat masuk kerajaan, belum tentu kita dapat status tetap. 

Anda akan bermula dengan status, percubaan. Kemudian, kontrak. Kontrak pulak banyak jenis.

Ada kontrak yang secure.

Ada kontrak yang kurang secure.

Anda perform cam mana sekali pun, kalau bos tak suka. Kawan-kawan, tak suka. Macam-macam lah cabarannya.

Ada yang kontrak berpuluh tahun sebab dorang tak upgrade diri. Pengalaman dorang ada. Tapi, dorang dah selesa. Tak mahu sambung study or follow T&C.

Namun, ada jugak yang follow T&C, tapi pihak majikan tak mampu bayar lebih.

Dan ada juga, yang berstatus sambilan. Yang ni, sangat kecian. Saya pernah bekerja dengan status nie.

Dorang tiada bajet lebih nak bayar gaji. So, dapat lah status sambilan.

Alhamdulillah, ada jugak rezeki dari tiada langsung, kan. Cuma tiada benefit sebagai pekerja lain.

Yang sadisnya, ada sesetengah tempat.. Mempertikaikan status sambilan. Mintak pekerja ini, bekerja cam orang status tetap.

Pastu, penyerahan gaji pekerja sambilan memang agak terabai. Selalu lewat. Kadang, dah habis kontrak pun belum tentu dapat.

Dorang tiada duit. Dorang perlukan tenaga kita. Tapi, kurang jujur dalam bab upah.

Kadang, bukan salah company. Tapi, silap pekerja yang tidak amanah. Peruntukkan gaji memang ada. Tetapi, duit tue digunakan untuk tujuan lain.

Banyak lagi, status-status lain.

Anda berjawatan tetap belum tentu tetap berpencen. Ada yang tetap, tapi tak berpencen. Dan benefit yang sepatutnya dapat, tak de pun.

Jangan ambil mudah ye, dengan status anda.


Semak status anda.
Ini berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan sekeliling.

Dulu, saya memang tak tahu menahu. Apa yang saya tahu. Dapat duit untuk sara family. Biarlah lambat. Asalkan dapat gaji.

Hehehe.

Inilah senario sebenar yang berlaku sebagai pekerja makan gaji.

Belum cerita lagi, tangga haji.

Anda jangan berangan lah. Banyak je kes, dibayar gaji ikut SPM even anda ada kelayakkan Master.

Sadis, kan?

Haa..

Tunggu lah offer kerja kerajaan tue.

Since berniaga.. memang saya selalu dapat offer kerja dari badan berkanun dan kerajaan.

Kerana problem ini lah, yang membuatkan saya pandang sepi. Buat apa, saya terima bekerja jika saya dah tahu cam mana ragam yang bakal dilalui.

Tak serik, ke?

Nak ke diperbodoh-bodohkan?

Dijadikan hamba kepuasan amarah bos hari-hari?

Tak mahu, lah.. saya prefer bekerja sendiri. Hati lebih bahagia dan freedom.

Mungkin, anda belum tahu.. SPA masih dibekukan. Terang lagi bersuluh. Setiap tahun, memang anda layak untuk memohon. Tetapi, anda belum pasti layak untuk mengisi kekosongan tersebut.

SAMPAI BILA NAK JADI PENGANGGUR TEGAR ??

Sampai bila, sahabat?

Senario kerja saya dah kongsikan. Apa lagi.. nak tunggu sampai tua berjanggut ke?

Untuk makluman anda semua. 9/ 10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Sebab itu semakin tinggi lambakan penganggur.

Cuba anda bayangkan :-

Data terkumpul rakyat Malaysia sehingga Februari 2014 adalah 30 juta.

1/ 10 dari punca rezeki adalah makan gaji yang anda duk terhegeh-hegeh menagih jawapan.

Berapa oranglah sangat yang dapat, tempat kan?

Kiraan saya menunjukkan 3 Juta yang layak bekerja makan gaji.

Itu yang layak, k?

Sekarang yang tak layak 400 Ribu.

400 Ribu tu mungkin, yang dah terkeluar senarai dari 1/10.

Tak ramai, lah. Sikit je.

Satu kampung pun, tak sampai seramai tue. So, tak terjejas lah (Sambil mata ke atas tangan ke bahu).

Tak ramai, lah.

TAPI..

Siapakah yang 400 Ribu itu?

Anda?

Anda?

Anda?

Atau

Anda?

Tepuk hati tanya diri.

Sampai bila aku harus begini?

Melakukan perkara yang sama tahun demi tahun..

Kerja tak de pun.

Harapkan emak ayah? Sampai bila?

Awak tue, lelaki..

Yang pompuan..??

Harapkan suami? Ok, lah.

Anak dah bertambah.. Rambut suami makin berkurang.


Hari-hari mintak wang. Silap haribulan, suami jatuh sakit sebab tekanan yang melampau.

Tak silap tarikh.. Malaikat maut datang menjemput.

Tinggal lah seorang diri, menyara anak yang kelaparan.

Time tue, baru nak menangis dan menagih simpati.

Berubah lah sahabat.

Dimanakah anda? E? S? B? I? 
Berubah untuk kecapi kebahagiaan dan kebebasan wang sendiri dan keluarga.

Kecian emak ayah. GST pun dan terlaksana.

Anak Dato' belum tentu hidup senang.

Inikan kita orang biasa-biasa.

Jadilah insan yang Hidup Luar Biasa.

DOWNLOAD SEKARANG !! SEMENTARA IA MASIH PERCUMA. CLICK & DOWNLOAD
Rebutlah 9/ 10 rezeki sebagai pilihan hidup anda. (27 Juta orang yang layak).

Dengan itu, anda mampu tambah nilai hidup orang lain.

Bahagiakan emak dan ayah. Keramat kita.

Anda akan lebih mampu tersenyum bahagia.

Anda mampu capai apa yang anda impikan selama ini.

InsyaAllah:grinning:

TIPS MULAKAN PERNIAGAAN

1. Tak pandai? Carilah Mentor yang telah terbukti berjaya dalam apa jua bidang yang ingin anda ceburi untuk bantu anda.

2. Sentiasa upgrade diri dengan ilmu-ilmu baru dan bermanfaat.

3. Berniagalah dengan modal yang kecil sebagai permulaan. Perniagaan yang modal kecil adalah perniagaan online. Kerana anda tidak memerlukan premis untuk mulakan langkah pertama.

Apa jenis perniagaan? Terpulang kepada anda.. Asalkan halal, memberi manfaat dan tidak menipu orang lain.

Jika ingin tahu lebih..? anda juga boleh hubungi (SMS :019-916 4276).

InsyaAllah, saya cuba bantu.

4. Mulakan dengan jual produk orang lain. Jangan merancang untuk jual produk sendiri melainkan warisan keluarga.

Itu cerita, lain pulak.

Atau buat servis mengikut kepakaran anda.

Haa..

Banyakkan?

Amacam?

Jangan tunggu lama-lama sehingga diri jadi rerama. Hehehe. [ Gurau, je :-) ]

SMS doakan anda semua kaya, bahagia dan berjaya dunia dan akhirat.

Sila SHARE jika anda rasa, entry kali ini memberi manfaat kepada saudara-mara atau rakan-rakan anda di luar sana.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment