Pages

Thursday, 21 May 2015

KG. PULAU MANIS PULAU KELAHIRANKU

Nostalgia buah duku dengan bungkusan kain pelikat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

SMS doakan semoga sahabat pengunjung blog Cinta Hati SMS berada dalam keadaan sihat walafiat dan bahagia di samping keluarga tercinta.

Lagi, seminggu nak cuti sekolah yer.

SMS kecian tengok adik-adik kat rumah. Duk bandar tak sama cam duk di kampung halaman.

Segalanya, terhad.

Sebab, risaukan keselamatan dorang.

Hari ini, SMS nak share sedikit nostalgia di kampung Pulau Manis, Pulau Kelahiranku.

RINDU BERTANDANG

Rindu Udara Segar di Pulau Manis.



Bumi kelahiranku.

Kg. Pulau Manis memang terkenal dengan buah-buah dukunya yang manis.

Sangat manis. Manis buah tak sama manis gula.

Kecik dan comel je, buahnya. Warnanya pun bersih.

Rindu bau-bau pokok duku, semanis tanahnya.

NOSTALGIA KG. PULAU MANIS

Saya suka balik ke kampung, bila tiba cuti sekolah.

Kadang, saya mintak keizinan dengan emak dan arwah ayah untuk balik sendiri.

Sebab kalau nak balik satu family, take time pulak.

Bajet pun kurang mengizinkan.

Kenapa saya suka Kampung Kelahiran saya?


Sebab ada saudara-mara yang ramai.

Sebab, udaranya yang sangat segar. Redup dengan rimbunan pokok-pokok duku.

Bila bernafas.. Nampak wap pagi keluar dari rongga mulut dan hidung.

Nikmat sangat.

Syukur, Ya Allah.


Kebiasaannya, seawal jam 4.00 pagi.. Atok dan arwah nenek dah bangkit. Dorang bangun mandi dan bersolat serta mengaji menanti subuh. 

Bila dah nak subuh.. Dorang akan ke surau kalau tak ke pasar paginya. 

Biasa selepas selesai subuh, atok akan ke pasar untuk berniaga. 

Arwah nenek pulak pergi menoreh getah. 

Rupanya, darah bisnes dah lama dalam family kami. 

Bahkan dalam tamadun islam pun, kita terkenal dengan urusan perniagaan. 

Rasulullah SAW pun berniaga dan mengembala kambing dari usia kecil lagi. 

Not wonder lah 9/10 punca rezeki adalah datang dari perniagaan. 

Cuma generasi yang entah ke berapa ni je. Makin pupus ditelan arus kesenangan. 

Segalanya Fast Thing.. Cuma, tak Fast Action je. Hehehe.

Dorang merasa selesa dengan kehidupan sekarang. 

Hakikatnya, diri sendiri lebih tahu. Dimanakah keselesaannya.

Itu life atok dan arwah nenek yang saya cukup kagumi. Ayam belum berkokok, dorang dah bangkit terlebih dahulu mengadap sang pencipta.

Tiba-tiba teringat nostalgia musim buah duku.

Bila musim buah.. Saya dengan emak sedara dan pak sedara akan keluar seawal pagi.

Sebelum subuh lagi, tw.

Untuk kutip buah duku yang gugur.

Nanti akan penuh lah bakul rotan tue.

Best sangat moment tue.

Nyamuk dengan pacat, tak yah cakap lah.

Ada bau-bau lampu minyak tanah.

Sempat lah jugak kenal pelita minyak tanah.

Haa..

Bila dah penuh. Nanti, akan ada peraih akan beli buah yang kitorang kumpul.

Berbakul-bakul kitorang dapat.

Hasil gugur sendiri dengan pak sedara yang panjat.

Selepas tue, part yang paling seronok saat dapat duit upah.

Tak de lah sampai RM10.

Tapi, sebab usaha sendiri.

So, rasa bermakna sangat-sangat.

Alhamdulillah :-)

Inilah sedikit coretan nostalgia SMS di kampung kelahiran yang banyak mencorakkan diri SMS sehingga ke hari ini.

SMS doakan semoga sahabat semua kaya dan berjaya serta bahagia dunia dan akhirat.

Salam pagi. 
Salam subuh. 
Salam 3 Syaaban. 

Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment