Pages

Friday, 22 May 2015

KISAH KEIMANAN SEMUT DENGAN SEBIJII GANDUM


Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog Cinta Hati SMS, sentiasa dipayungi Rahmat dan keberkatan oleh Allah SWT.

InsyaAllah.

Hari ini, SMS nak share sedikit kisah teladan yang dikongsikan oleh sahabat.

SEMUT DENGAN NABI SULAIMAN AS DAN SEBIJI GANDUM

Ini sebuah peristiwa yang berlaku semasa zaman Nabi Sulaiman (as):

Nabi Sulaiman (as) ternampak seekor semut yang sedang melata di atas sebuah batu. Nabi merasa hairan bagaimana si semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus ini.

Semut sedang mencari makanan.
Lantas Nabi Sulaiman (as) pun bertanya kepada si semut tersebut;

" Wahai semut.. apakah engkau yakin ada makanan yang cukup untuk kamu? "

Si semut pun menjawap;

" Rezeki datang dari Allah, aku percaya rezeki datang Allah, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku.... "

Lantas Nabi Sulaiman (as) pun bertanya, " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah engkau gemar makan dan banyak mana engkau makan dalam sebulan? "

Jawab semut, " Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan... "

Nabi Sulaiman (as) pun mencadangkan sesuatu: " Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong. "

Lalu Nabi Sulaiman (as) mengambil satu bekas, dia angkat si semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas tersebut, kemudian nabi ambil gandum sebiji, dibubuhnya di dalam bekas dan tutup bekas itu.

Sekadar hiasan.

Maka tinggallah si semut tadi terkurung di dalam bekas bersama makanannya selama sebulan.

Genap sebulan kemudian, Nabi Sulaiman (as) kembali semula ke tempat bekas tadi ditinggalkan.

Nampaknya, biji gandum tadi masih ada lagi separuh.

Nabi membuka bekas tadi dan menemplak si semut tersebut: " Kamu rupanya berbohong kepada aku! Bulan lalu kamu kata, yang kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah.. "

Jawab semut : " Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong ! Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan.

Kerana makanan itu, aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa kepadaku. 

Tetapi, bila kamu masukkan aku ke dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kamu.

Sebab itulah, aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan.

Aku takut, kamu lupa. "

Inilah dia iman si semut..imam kita bagaimana pula?

Apakah sehebat iman si semut?

Actually, banyak version kisah ini. Ada yang cakap setahun. Ada yang cakap sebulan.

Walau apa pun, moralnya adalah mengenai tahap keimanan si semut dan juga diri kita.

Sentiasa bergantung harap kepada Allah bukan kepada makluknya. Kerana yang memberikan rezeki adalah DIA. DIA Yang Maha Esa.

Ayuh kita renung-renungkan dan muhasabah diri.

Wallahualam.

Semoga kisah ini memberi manfaat kepada kita semua dunia dan akhirat.

Sila SHARE, mudah-mudahan ia akan menjadi pencen kubur anda.

InsyaAllah.

Terima kasih, kepada pihak yang berkongsi kisah ini kepada SMS.

SMS doakan anda semua kaya dan bahagia dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment