Pages

Sunday, 7 June 2015

10 TIPS UNTUK MEMPEROLEHI PASANGAN HIDUP YANG DIIMPIKAN MENURUT CARA ISLAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang non-muslim..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog Cinta Hati Sakinah sentiasa berada di bawah rahmat kebahagiaan dan kejayaan dari Allah SWT.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Nak bahagia dan berjaya?

Salah satu tips mudah adalah senyum dan sentiasa berfikiran positive walau dalam apa jua keadaan mahupun dimana jua anda berada.

TIPS MEMPEROLEHI PASANGAN HIDUP MENURUT ISLAM

Hari ini, genap usia SMS 27 tahun.

Ini bermakna semakin pendek lah usiaku. 

Syukur ke hadrat Allah SWT, di atas nikmat dan rahmat hidup sehingga ke saat ini. Walaupun, diri ini telah banyak membuat kesilapan dan tidak lari dari kekhilafan.. Allah tetap masih sayangkan kita semua.

Alhamdulillah.

Actually, saya tak pernah meraikan pun besday sendiri. Dari kecik, kitorang sekeluarga memang tidak pernah dididik untuk bermewah mahupun meraikan apa-apa yang istimewa melainkan sujud syukur atas setiap nikmat pemberian olehNya.

Memandangkan hari ini, saya rasa happy dan lebih bahagia dari tahun-tahun sebelumnya, saya nak kongsikan sedikit tips dengan sahabat.

10 TIPS MEMPEROLEHI PASANGAN HIDUP YANG DIIMPIKAN

1. Perkara pertama yang sangat penting adalah kita perlu kenali diri kita. Siapa kita? Dari mana asal usul kejadian kita.

Bermula dari situ, kita akan kenal siapa kita yang sebenar.

Baikkah?

Buta ke hati ini?

Sebab, kebanyakkan antara kita inginkan yang indah-indah. Mahu kan yang cantik-cantik, yang baik-baik.

Seteruk mana pun kita.. tiada siapa mahukan pasangan yang tidak berguna mahupun teruk perangainya.

Betul, betul..

Tetapi, adakah diri kita sebaik yang kita dambakan dari bakal pasangan kita.

Layakkah kita untuk si dia.

Ketuk hati.. tanya, iman.

2. Bila kita dah tahu yang kita tidak sempurna.. ada cacat cela dari segi tingkah laku mahupun hati, perlulah perbaiki kekurangan dan kelemahan diri terlebih dahulu.

Jika impikan seseorang yang baik budi pekertinya.. kita pun, kena lah berusaha untuk jadi seperti itu.


Berbuat baik kepada semua makhluk di muka bumi ini untuk mendidik hati dan diri supaya saling perlu memerlukan.

3. Hati perlu ikhlas dalam setiap perkara. Ikhlas dalam perhubungan mahupun tindakan dan juga niat.

4. Serahkan segala-galanya kepada Allah SWT. Hati kita, jodoh kita adalah hak milikNya.

5. Walaupun kita berserah.. kita juga wajib berusaha untuk itu. Serah sahaja, takkan dapat apa yang diimpikan.

Sesiapa yang ada buku 21 Formula Hidup Luar biasa, boleh semak bagaimana The Power of Serah yang dimaksudkan.

Untuk TEMPAHAN : Hubungi : 019-916 4276
(Type : 21 Formula HLB)
6. Tulis dan senaraikan lelaki/ wanita idaman kita.

Contoh : " Saya Sakinah Mat Said, bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT kerana pada 31 Disember 2015, saya mempunyai seorang suami yang beriman (solat 5 waktu dan sebagainya), penyayang, sangat memahami, bertanggungjawab, sihat tubuh badan, yang sentiasa berfikiran positive, kaya jiwa dan harta serta berusaha untuk membahagiakan perkahwinan kami ini. Dia lah iman saya, dialah kekasih dunia akhirat saya. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. "

Anda bebas untuk menulis dan berfikir. Kerana setiap apa yang anda fikirkan itu adalah doa. Dan Allah memberi berdasarkan sangkaan hamba-hambaNya.

InsyaAllah.

7. Sewaktu saya menghadiri program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) Dr. Azizan Osman yang lalu.. beliau kongsikan kepada kami.

Jika anda impikan perkara tersebut.. anda TULIS & VISUALKAN. Hatta anda ingin bertemu jodoh dengan insan yang baik-baik.

Nak tambah cawangan pun boleh.

Hehehe..

Ada berani, mau tambah? Ala.. gurau, je.

Mohon dijauhkan dari itu semua.

8. Dah ada ciri-ciri itu, semua. Tampal dan tengok hari-hari. Bila anda akan berkahwin.

Anda tak percaya?

Anda cuba dulu.



Mimpi itu adalah percuma. Tak perlu bayar pun.

Ia bukan khurafat taw. Nanti, ada pulak yang cakap khurafat.

Actually, ia adalah satu terapi minda supaya kita bergerak dan berusaha ke arah itu.

Dalam Islam, kita disuruh berusaha setelah kita berserah. Bukan serah sebulat-bulatnya, tanpa sebarang usaha.

So, kena sentiasa berusaha.

9. Lengkapi dan persiapkan diri dengan ilmu-ilmu rumah tangga dan keibubapaan sebagai persediaan menjadi pasangan yang terbaik untuk si dia yang terbaik.

Bila sama-sama baik.. Kebahagiaan itu, pasti akan menjadi milik anda.

10. Sentiasa melakukan Solat Sunat Istikharah. Tak perlu tunggu orang datang melamar, baru buat.


Start from now. 

So, sahabat.. mudah-mudahan anda semua bertemu pasangan hidup yang baik-baik untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sama-sama lah kita berusaha ke arah itu.

Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini bermanfaat kepada rakan-rakan kita yang bujang di luar sana.

InsyaAllah.

Anda kaya dan berjaya.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment