Pages

Saturday, 6 June 2015

RESEPI KEBAHAGIAAN DAN KEJAYAAN CINTA HATI SAKINAH

Berkawan dengan insan-insan berjaya dan positive.
Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog Cinta Hati Sakinah berada dalam keadaan sihat walafiat dan berbahagia sentiasa disamping insan tersayang.

InsyaAllah.

Kekayaan, kejayaan dan kebahagiaan adalah satu nikmat dan anugerah yang terindah.

Yang mana, kita semua layak untuk memilikinya. Tiada siapa yang berkecuali melainkan mereka yang tiada matlamat dan tujuan hidup.

Orang yang tiada matlamat, ibarat mati sebelum mati.

RESEPI KAYA, BAHAGIA DAN BERJAYA DARI SMS

Hari nie, saya nak kongsikan dengan anda semua, sedikit  resepi yang saya amalkan dari dulu lagi dan sentiasa diperbaiki serta upgrading dari semasa ke semasa.

Actually, resepi ini memang diaplikasikan oleh insan-insan yang telah berjaya. Ianya adalah amalan Jutawan kaya dan bahagia.

Resepi mudah yang ramai leka :-

1. Kita ada Allah SWT. Tunaikan kewajiban kita kepadaNya. Kerana takkan bergerak satu zarah tanpa izinNya.

Serah & pohonlah kepadaNya.

2. Pastikan anda tahu.. Apa matlamat hidup anda hari ini dan esok serta seterusnya. Orang yang tiada matlamat, hidupnya menjadi tiada tujuan.

Ibarat Mati sebelum Mati.

3. FOrget Others Commitment Untill Success (FOCUS). Focus kepada matlamat hidup anda.

Saya kurang menghabiskan masa tanpa hala tuju seperti lepak di kedai mamak hingga ke lewat malam. (sekadar contoh).

Bukan tak pernah. Sometimes, perlu jugak lepak dengan teman-teman, rakan niaga dan mereka yang positive.

Kerana environment positive/negative akan mempengaruhi siapa anda hari ini.

Jika yang mengenali saya.. Pasti tahu, cam mana life saya.

Zaman belajar pun.. Saya akan menolak dengan jujur bila ada kawan ajak keluar berfoya-foya.

Sebab dari kecik, saya tidak dididik untuk berbuat demikian.

Kadang-kadang, tu ada lah jugak.

Bukan tak de langsung. Tapi, berpada-pada.

4. Sentiasa memperbaiki dan muhasabah diri.

Alhamdulillah.. Syukur, dari semasa ke semasa saya sentiasa improve & upgrading diri ini.

Merujuk kepada yang pakar dalam apa jua bidang yang saya ceburi.

Bertanya kepada guru atau mentor.

Semasa saya bergelar seorang pendidik suatu masa dahulu, saya tetap mencari guru/mentor untuk tunjukki jalan dan ilmu yang betul.

5. Don't stress. We enjoy our life :-)

6. Don't give up walau seribu kali mencuba. Sebaliknya, try & adjust.

7. Amalkan solat Dhuha dan bersujud bertahajjud kepadaNya.

8. Sentiasa syukuri nikmat. Kerna bila kita bersyukur.  Allah akan berikan lagi nikmat kebahagiaan itu kepada hamba-hamba yang disukaiNya.

Buatlah Allah suka kita :-)


9. Sentiasa positive. Elakkan negative thinking.

10. Dan yang paling penting.. Dan sangat penting. Jangan lupa asal usul kita. Siapa kita. Dari mana kita.

Siapa yang lahirkan kita iaitu ibu kita. Ayah kita. Mereka adalah keramat hidup kita dunia akhirat.

Sentiasa berusaha membahagiakan mereka walau dalam jua keadaan sekali pun.

Hope, tips pagi ni memberi manfaat kepada anda semua.

InsyaAllah.

Sila SHARE, jika ia bermanfaat kepada mereka di luar sana.

Anda kaya dan berjaya.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang dan Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment