Pages

Wednesday, 8 November 2017

3 BERANAK NYARIS KEMALANGAN SELEPAS 62 HARI BERPANTANG

3 beranak nyaris kemalangan jalan raya.
3 hari lepas, kami tiga beranak ke Muadzzam untuk berjumpa rakan en.suami atas beberapa urusan.

Saya sebenarnya agak keberatan nak follow sebab baru 62 hari berpantang.

Walaupun, perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam. Penat jugak, nak pi balik.. jadi lah 5-6 jam (berhenti 2 kali).

Bergilir-gilir solat dan jaga baby Azzahra.

Kami ke sana dengan menaiki kereta kecil kami yang dah terlalu banyak berbakti sepanjang perkahwinan ini.

Alhamdulillah, syukur padaNya.

Walaupun kecil.. kami ada sebuah kereta yang tak perlu pening kepala nak kena bayar tiap-tiap bulan.

Dipendekkan kisah,

Semasa perjalanan ke sana, selepas Chini.. terjadi sesuatu incident yang sangat sangat tak disangka.

Kami nyaris menjadi mangsa accident jalan raya.

Kejadian tu berlaku dalam sekelip mata di saat saya baru je nak lelap.

Kami baru je dengar berita di radio tentang kemalangan jiwa antara bas dan kereta di hadapan penjara Marang, Terengganu.

Siapa sangka, Allah itu Maha Berkuasa.

Saya tersedar semasa en.suami menekan brek kereta secara tiba-tiba dan ada trailer besar setentang laluan kami.

Ngeri nya tak dapat saya bayangkan.

Masa tu tak tahu nak cakap apa melainkan fikir mungkin ajal kami dah tiba sebab kereta kami sangat-sangat kecik. Serah pada Allah je.

Kalau trailer ni tak lepas brek.. kemungkinan besar badannya akan terbalik atas kereta kami. Remuk habis kereta.

Trailer tu cuba memotong lori (yang agak panjang) kat depan, dan di hadapan lori ada sebuah kereta pulak.

Nasib baik kat belakang kereta kami dan trailer tersebut, tak de kenderaan.

Kalau tak... tak mustahil, ada yang menghentam dari belakang.

Asap putih dah berkepul-kepul keluar dari bawah tayar trailer. Tayar bergeser teruk dengan jalan.

(Semasa on the way balik, kami lalu jalan yang sama. Memang nampak kesan geseran tayar yang panjang di atas permukaan jalan).

Alhamdulillah.. Allahuakhbar.

Syukur padaNya, Allah Maha Besar. DIA Maha Berkuasa.

Tiada kemalangan jiwa berlaku.

Allah SWT masih pelihara kami anak-beranak. Baby pun tak terjaga. Dia tidur lena.

Jika diikutkan saiz dan kelajuan kenderaan dengan jalan yang sempit.. kemungkinan besar, berlaku accident.

Tapi, Kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalang atau menahan walau sesaat.

DIA mengawal semuanya.

Sebagai hamba, kita serahkan sepenuh keyakinan dan hidup padaNya.

Yakin yang ajal maut di bawah kekuasaanNya.

Kun Faya Kun.

Jika DIA kata jadi.. Maka jadi lah.

Alhamdulillah.. Allah masih bagi peluang kami untuk hidup.

Allah bagi peluang kami berjumpa keluarga.

Pesanan saya buat pembaca semua, pastikan kita membaca doa menaiki kenderaan sebelum bergerak dan serahkan sepenuhnya padaNya untuk pelihara dan lindungi perjalanan kita.

Sepanjang perjalanan kalau boleh.. berzikir, bersolawat, beristiqfar.

Penuhi aktiviti dengan perkara-perkara yang berfaedah hatta dalam kenderaan.

Elakkan dari berfikir, bayangkan perkara-perkara negative.

Sebab apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita ucap.. semuanya adalah doa.

Pernah ada kes.. Seorang hamba Allah ni, dia just bayangkan ada kereta terbang lalu depan mata semasa drive kereta.

Dan ditakdirkan Allah.. Memang ada kereta terbang. Tapi, dalam keadaan yang tragis. Kereta accident.

Ingat, ye. Sekeliling kita ni, ada waves (gelombang) yang membuatkan doa kita termakbul tanpa sedar.

So, berhati-hati dengan setiap kata-kata ucapan dan imaginasi.

InsyaAllah.. kita serahkan semuanya padaNya.

Semoga kita semua selamat pulang ke Akhirat yang satu dalam keadaan Husnul Khatimah.

Aamin.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment