Pages

Tuesday, 7 November 2017

DIARI AZZAHRA : PENGALAMAN PERTAMA ANAK JAUNDICE (PART 4)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersambung kembali dari entry sebelum ini tentang Pengalaman Pertama Anak Jaundice (Part 3).

Anda boleh baca kisahnya di sini :


Ok, kisah seterusnya.

Selepas saya selesai makan malam.. mengemas apa yang patut, belum sempat nak berehat.. baby Azzahra menangis semula. Huhuhu..

Saya ambilnya dari kot, check lampin dan tukar yang baru.

Untuk makluman ibu-ibu muda semua, baby Jaundice yang menyusu badan sangat kerap kencing dan berak.

Jangan risau, ini petanda yang sangat baik.

Bila baby kencing dan berak, jaundice nya akan lebih cepat akan hilang.

So, saya teruskan menyusu Azzahra macam biasa.

Alhamdulillah...

Syukur.

Cuma saya tak tahan sebab terasa badan sangat-sangat lemah dan tak kuat sebab tak cukup rehat dan belum tidur sepanjang hari.

Hanya sempat tidur-tidur ayam.

Lewat malam itu, baby Azzahra tak nak tidur bawah lampu.

Dia nak berkepit je dengan saya baru dia senyap.

Saya memang cepat lemah bila dengar baby menangis.

Dalam duk tertekan berfikir cam mana nak bagi Azzahra tidur bawah lampu dengan aman tue, tiba-tiba datang doktor pakar kanak-kanak ke katil kami.

Doktor lelaki berbangsa cina.

Doktor tanya beberapa soalan :

"Bacaan Jaundice Azzahra berapa?" Sebab full report bacaannya belum sampai ke tangannya lagi.

"Baby menyusu badan ke, Puan?"

"Berapa kali dia berak kencing setakat nie?"

"Najis berwarna apa?"

"Berapa lama baby menyusu untuk setiap sessi?"  Mana lah saya catat dan tengok jam, berapa lama. Tak terfikir pun. Huhuhu..

Doktor kata penyusuan terbaik adalah 45 minit untuk per sessi. (Confius saya, lama nya. Biar betul. Baby baru lahir bukan minum susu banyak).

Tak pe. Biarlah doktor.. yang pasti Azzahra tak pernah sampai 45 minit duk menyusu badan setakat lahir.

Maybe, 15 ke 20 minit sahaja.

Apa lagi doktor tanya.

Hurmmm..

Seingat saya, ini je lah antara soalan-soalan yang ditanya.

Then, disebabkan ini pengalaman pertama saya berhadapan dengan anak Jaundice.. off course saya tiada pengalaman.

Jadi saya bertanya doktor :

"Berapa bacaan yang membolehkan anak saya discharged doktor?" See !

Nampak sangat saya tahu nak balik je. Huhuhu..

Stress wooo..

Anda yang baca sharing saya pun dapat rasa bertapa stress nya saya menulis. Itu lah perasaan saya pada saat dan ketika itu. Hehehe..

"Berapa lama baby perlu tidur bawah lampu ni, doktor? Sebab lampu ni, panas."

"Kenapa perlu tutup mata baby? Kecian dia."

Jawapan doktor :

Kita tak boleh bagi exact figure berapa result untuk baby discharged. Sebab kita ada formula yang menyatakan baby dah bebas Jaundice.

Kiraannya agak rumit, sebab kena ambil kira berat bayi mengikut hari dan setiap hari tidak sama.

Ok.

Pasal tempoh letak bayi bawah lampu tue, maksimum dalam 2jam.

Baby Azzahra tak sampai 2 jam pun. Sebab dia kerap menangis nak menyusu, tukar lampin dan tak selesa.

Mata baby perlu ditutup untuk mengelak dari cahaya terus masuk ke dalam mata nya. Ia agak membahayakan penglihatan baby.

Selepas tu saya terus menyusu dan tidurkan Azzahra di katil.

Azzahra tetap menangis macam lapar tak cukup susu (itu pada agakkan saya).

Tapi, setahu saya baby baru lahir sangat kecil perutnya. Dia hanya minum sikit. Saya jadi stress. Tak tahu apa masalah Azzahra.

Beberapa minit kemudian masuk nurse yang lain pulak.

Dia bantu saya susukan baby dengan betul.

Mayb, cara saya menyusu tidak betul yang membuatkan baby menangis.

Dalam duk stress tu, ada jugak hamba Allah datang membantu.

Ahamdulillah.

Saya teruskan susukan Azzahra sehingga hampir terlepas dari ribaan sebab saya terlelap.

Allahuakhbar.

Allah masih sayangkan saya dan Azzahra.

Nasib Azzahra tidak terjatuh kebawah.

Cuma saya je yang tersengguk terlanggar lampu fototerapi sehingga berganjak ke tepi.

Saya nak menangis.. tak dapat bayangkan macam mana kalau Azzahra tergolek jatuh dari katil yang tinggi tadi. Huhuhu..

Dalam tekanan tu, saya terus berdoa memohon kepada Yang Maha Esa sembuhkan baby Azzahra. Turunkan bacaannya ke paras normal. Saya nak keluar wad dengan baby.

Saya tak berdaya dah. Badan terasa lemah sengal-sengal sakit semua sendi.

Sepatutnya, ibu bersalin berpantang. Kena banyakkan berehat.

Baby Azzahra jaundice.
Tapi sebaliknya sekarang.

Non-stop saya berdoa. Mintak suami, emak dan keluarga semua doakan kami boleh keluar esok.

Walau baru satu malam di wad fototerapi kanak-kanak ini.. saya rasa seperti dan berbulan kat sini.

Letih, penat.. stress.

Emosi selalu terusik.

Kalau saya tak kuat.. kalau saya tidur, siapa nak jaga Azzahra?

Tak de siapa melainkan hanya serahkan sepenuh kuasa di bawah lindungan Allah SWT.

Agak-agak apa lah ye keputusan pagi esok?

Maafkan saya.

Kita citer di next entry ye. Dah panjang duk bercerita, nanti anda bosan pulak.

Kita bahagikan kepada part by part mengikut kronologi supaya anda lebih mudah faham dan hayati.

Kepada yang belum baca kisah baby Azzahra Juandice, boleh click link di bawah ini ye :


Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
Diari Azzahra.

Jom! order Set Vitamin Ibu Bersalin, Berpantang, dan Menyusu lengkap untuk keperluan nutrisi ibu semasa berpantang dan mengelak dari meroyan akibat tekanan yang tidak terkawal dengan segera.

WhatsApp saya (Sakinah : 019-9164276) untuk khidmat nasihat percuma secara berterusan.



"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment