Pages

Friday, 3 November 2017

DIARI AZZAHRA : PENGALAMAN PERTAMA ANAK JAUNDICE (PART 2)

Baby Zahra Jaundice.
Assalamualaikum wbt..

Bersambung kembali kisah pengalaman pertama saya bersama anak sulong yang disahkan Jaundice selepas 2 hari dilahirkan.

Anda boleh baca kisahnya (di sini : Anak Jaundice kali pertama).

Pagi tu saya call en.suami minta dia doakan banyak-banyak. Doakan saya dan baby Azzahra boleh keluar hari nie.

Kami mintak emak, emak mertua, semua ahli keluarga doakan jugak.

Sebab doktor pelatih cakap tadi, kemungkinan besar saya dah boleh discharged.

Luka dah ok. Plaster dah ditanggalkan.

Saya dah boleh buang air kecil, air besar, bergerak ke tandas.

Tak de apa-apa masalah.

Cumanya kena tunggu result dari doktor pakar kanak-kanak dulu. Apa kata dorang pasal baby Azzahra.

Kalau result Jaundice, turun banyak.. Azzahra pun boleh keluar hari nie.

Hurmm.. rasa macam lambatnya masa berlalu sebab ternanti-nanti perkataan keramat keluar dari mulut doktor yang akan approve untuk kita discharged.

Sedih tak yah cakap lah. Nurse datang check BP, bagi ubat, cucuk ubat. Sorang demi sorang. Silih berganti.

Jawapan tetap sama. Kena tunggu doktor pakar, yang buat keputusan.

Ibu-ibu di katil sebelah dah happy bersiap nak balik. Kebanyakkan mereka anak tiada masalah. Kalau ada pun, anak duduk di NICU sehingga baby matang atau sihat sepenuhnya.

Ibu yang katil sebelah kanan saya, anak dia lahir tak cukup bulan. Lagi kecian. Berjauhan dari anak. Anak di NICU.

Relax je orangnya. Pengalaman anak ketiga kalau tak silap saya.

Dia lah yang banyak tenangkan saya.

Kalau saya ada di tempat dia.. tak tahu cam mana nak face ujian tue. Sedangkan yang ni pun, tak kuat.

Kiranya saya ni bersyukur sesangat. Walaupun Jaundice. Masih dapat jaga dan susukan anak. Tatap dia hari-hari.

Ada ibu yang anak meninggal.

Allahuakhbar.

Yang ni pun, tak dapat saya bayangkan bagaimana perasaan jika diuji hingga ke tahap itu.

Hidup ni, macam-macam ujian. Muhasabah termenung saya melihat gelagat setiap orang yang datang dan pergi.

Suasana di wad bersalin agak crowded dan bising dari hari-hari biasa.

Doktor pelatih lebih ramai dari waktu-waktu biasa. Ketua doktor pun nampaknya ada dua orang (Dari Jauh). Normally, sorang je.

Aku bermonolog sendiri.

"Bila lah my turn nie. Nak balik rumah. Huhuhu.."

Dalam duk kekalutan tu, kami didatangi seorang doktor wanita yang bertujuan untuk meminta izin saya memberi pinjam baby Azzahra sekejap.

Nak tunjuk pada pelajar dia contoh baby Jaundice.

Pada asalnya, saya tak setuju sebab tak tahu apa yang dorang nak buat. Kecian Azzahra.

Tapi, bila fikir balik. Tak pe, lah.

Mana tahu nanti (oneday), Azzahra jadi someone yang hebat sebab dari kecil dia dah terdedah dengan dengan orang-orang yang hebat jugak.

Doktor tu cakap.."Bagus baby Azzahra. Dia tak menangis pun sepanjang berjauhan dari ibu."

Alhamdulillah..good job! my dear. Ibu tahu anak ibu insan yang bertuah dan sangat hebat.

Masa berlalu, sehingga sampai waktu melawat.

Tapi, saya belum boleh keluar.

Ada patient baru check in di katil sebelah saya dan juga di hadapan katil sebelah saya setentang dengan patient baru tadi.

Laluan lorong katil menjadi sempit dan semakin crowded dengan kunjungan family masing-masing.

Suasana agak bising buat seketika.

Kecoh dengan sorang mommy kepada anak muda yang baru je bersalin dan check in tadi.

Kelihatan ala-ala macam mak datin.

Satu wad dengar suaranya yang bercakap kepada si anak,

"Mommy terlupa nak tekan periuk nasik tadi. Mommy bawak lauk je. Tak de nasik ko.. "

Ok. Tak kisah lah.

Saya tengok si anak relax je.

Kebetulan masa tu, masa makan tengah hari. 

Pastu, saya berikan makanan saya kepada dorang. Saya memang tak makan makanan hospital.

Tunggu makanan pantang yang emak masak sampai.

Dari membazir baik sedekah pada orang memerlukan, kan.

Seronok si mommy tadi.

Lucu pun ada dengan gelagatnya. Ingatkan dia nak bagi pada si anak. Rupanya, dia yang nak makan. Hahahaha..

Saya pulak?

Menanti dan terus menanti.

Sehingga waktu melawat dah tamat. Emak pun dah keluar balik.

Tinggal saya dan beberapa orang pesakit yang lain.

Wad yang tadinya, riuh-rendah macam pasar kembali sunyi.

Yang kedengaran hanya tangisan baby yang mungkin kelaparan.

Kakak di sebelah dan di depan saya pun dah packing baju untuk discharged.

Saya masih setia menunggu jawapan. Huhuhu..

Perasaaan nak balik memang sangat tinggi dan yakin dapat keluar dengan baby.

So, saya persiapkan diri mengikut langkah ibu-ibu lain.

Tukar baju hospital. Sementara en.suami jaga baby.

Selepas beberapa minit kemudian, kami didatangi oleh doktor pakar yang membawa keputusan yang amat menghampakan hati kecil ini.

"Mintak maaf, puan. Anak puan belum boleh balik lagi. Bacaan kuningnya, masih lagi tinggi. Kami tak dapat benarkan puan bawak balik baby. Kalau puan nak keluar wad hari ni, tiada masalah. tapi, kami terpaksa menahan baby untuk pemantauan di sini.

Puan tahu kan risiko kuning kepada baby?"

Saya terkedu. Semakin tertekan.

Doktor tadi menyambung explaination nya.

"Risiko nya banyak puan, kalau kuning baby makin tinggi. Kebarangkalian baby puan pekak, bisu dan mempunyai masalah dalaman amat berbahaya untuk baby.

Puan jangan risau. Kita ada doktor pakar. Biarkan baby di bawah pemantauan kita.

InsyaAllah, kalau baby dah ok, nanti. Kita boleh lah discharged.

Sekarang tengah tunggu result lain untuk jenis anak puan. Kalau darah dia................ (saya pun dah tak ingat apa term yang disebutnya). So, puan tak perlu risau."

Saya redha dan pasrah.

After discharged dari wad ibu bersalin, naik ke tingkat atas untuk penempatan baby Jaundice.

So, apa yang berlaku di sana nanti? Saya akan kongsikan di entry seterusnya.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
Diari Azzahra.


"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment