Pages

Thursday, 2 November 2017

DIARI AZZAHRA : TEMU JANJI DENGAN DOKTOR UNTUK DUA BULAN

Azzahra Day-59
Assalamualaikum wbt..

Hari ni, baby Azzahra dah 59 hari.

Ibu dan Ayah bawa saya ke Poliklinik Beserah untuk temu janji selepas dua bulan.

Macam biasa, sebelum ke Wad Ibu dan Anak.. kena ambil no. giliran kat kaunter.

Sepanjang menunggu tue, ramai yang tegur rambut Azzahra yang hitam, lebat. Dorang tak sangka yang anak ibu ni baru 2 bulan. Hehehe..

Alhamdulillah.. Ibu cakap lah belum cukur lagi, ni rambut dalam perut sebab tue lebat.

Ibu belum berani nak cukur.

Kepala anak ibu 'still fragile'.

So, ibu dapat lah beberapa tips dan nasihat cam mana nak cukur rambut anak ibu nie.

InsyaAllah, nanti ibu praktikkan.

Lama jugak menunggu.

Dah tiba giliran anak ibu dipanggil.

Saat yang ibu paling tak suka. Nurse membebel tegur sebab ibu tak cucuk Azzahra untuk sebulan.

"Awak nak cucuk dua belah ke anak awak hari nie?"

Hurmmm.. alasan saya sakit. Luka caesar terbuka.

Pastu nurse lain tanya pulak,

"Awak tak pergi hospital? Awak buat macam mana luka tue?

Awak taw dok.. baru ni, ada sorang ibu dalam pantang luka teruk dari awak. Macam longkang terbukak nya. Lagi kecian."

Dengar je lah, malas nak panjang-panjangkan cerita.

Sambil-sambil tue, ibu timbang Azzahra dengan ibu. Nurse ambil ukuran panjang dan berat.

Resultnya :

AZZAHRA
Suhu ; 35.7 darjah celcius
Berat Azzahra ; 5.6kg
Panjang Azzahra ; 56cm
Ukur lilit kepala ; 39cm
BMI ; 16.2

IBU
Suhu ; 37 darjah celcius
Berat Ibu ; 64kg (turun 14kg)
Tekanan Darah ; 100/68
HB ; 12.57
BMI ; 27 (Overweight)

Baby Azzahra semakin membesar bahagia (perkembangan yang baik) dan Alhamdulillah berat ibu turun 14kg. Tapi, BMI masih overweight. Huhuhu..

Hope, berat ibu lagi sebulan 56kg.

Ibu tak diet sebab Azzahra kerap menyusu. Ibu pulak kerap makan dan minum.

Kecian ibu selalu lapar.

Alhamdulillah.. ibu amalkan Set Bersalin, Berpantang dan Menyusu.

So, sedikit sebanyak ia membantu penurunan berat badan ibu. Elak susu drop. Baby tetap kenyang dan peroleh zat dan khasiat untuk tumbesarannya.

Doakan, semoga BMI ibu kembali normal dan yang penting ibu berjaya susukan baby Azzahra sehingga 2 tahun.

Aaaminn.

Selepas appointment, ibu dan ayah bawa saya pi jalan-jalan ke bandar.

Pi TM Point je pun. Hehehe..

Ok, lah. Sekian dulu untuk hari ini.

Sehingga bersua kembali di entry seterusnya.

Sekian, wassalam.

Salam Sayang, Salam Bahagia.
Diari Azzahra.


"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment