Pages

Sunday, 9 December 2018

DULU SAYA TIADA KEPENTINGAN BERNIAGA

Dulu saya sibuk mencari kerja. Selepas satu kerja ke satu kerja. Sehingga saya mendapat sepucuk surat rasmi 5 tahun lepas.
Surat tersebut menyatakan saya ditamatkan kontrak mengajar dalam tempoh sebulan dari tarikh surat berkuatkuasa.

Apa yang saya buat?

First saya buat rayuan untuk sambung kontrak kerja. Dengan harapan masih ada lagi 50-50% peluang.

Namun gagal.

Dalam masa yang sama saya mencari peluang kerja baru. Still dalam dunia pendidikan.

Bukan tak cuba kerja luar dari bidang tapi tak de yang nak terima sebab pengalaman kerja kebanyakkannya teaching. Kelayakkan yang dorang nak terlalu minima. Lebih kepada kemahiran kerja dan kreativiti bukan teaching development.

Mereka menasihatkan untuk cuba ditempat lain. Dorang nak yang biasa-biasa je. Dorang tak mampu nak bayar dengan pengalaman dan kelayakkan yang Kinah ada.

Kinah bukan memilih. Sampai tahap Kinah dah tak kisah nak kerja apa asalkan halal dan ada pendapatan serta pengamalan. Tak kisah berapa pun gaji dari langsung tak bekerja pada waktu itu.

Setiap malam, Kinah usahakan bangun Tahajjud dan Istikharah. Mohon petunjuk yang terbaik.

Dunia Online?

Langsung tak ambil tahu, melainkan post gambar-gambar  aktiviti sendiri kat FB dan IG. Itu pun jarang lah sangat-sangat.

Sehinggalah Allah gerakkan hati untuk mula berniaga.

"Aku ada Ijazah. Kenapa aku tak mohon Program Siswazah PUNB? (Korang boleh baca di sini). At least PUNB akan bantu aku sehingga berjaya (Rujuk kepada syarat dan kelebihan program)."

Proses permohonan dan maklum balas jawapan mengambil masa 3 bulan kalau tak silap Kinah.

Kinah tak berhenti di situ.

Kinah terus mencari kerja dan cari kerja. Search Google, mudah.my, job.street. Apa lagi? Semua lah Kinah apply. Setiap hari itu yang Kinah buat.

Ada dipanggil untuk temuduga, ada yang Kinah tolak awal-awal sebab jauh dan faktor kewangan yang tak mengizinkan.

Ada yang pergi tetapi gagal.

Interview Kerajaan dan peperiksaan pun dapat dan pergi. Tapi, still lagi GAGAL.
- Pegawai Diplomatik
- Designer
- Kurator
- MARA
- Kindergarten

Selepas 3 bulan

Permohonan PUNB yang Kinah apply BERJAYA. Tempat latihan di Shah Alam, dalam bidang percetakkan dan elaun RM600 ke RM800 (Antara 2 nilai. Dah lama, jadi lupa. Hehehe).

Kinah tanya emak. Emak cakap, emak tak kisah. Buatlah keputusan terbaik.

Buat Istikharah

Kebetulan ketika itu Kinah sedang membaca Ebook "Sorry Boss ! Saya Terpaksa Berhenti Kerja.
Wasap untuk dapatkan
Ebook ini : 019-9164276

Kinah Istikharah.

Korang rasa apa jadi?

Kinah TOLAK, walau tahu nama akan blacklist jika reject tawaran. Peluang untuk apply dan berjaya kali kedua nanti susah.

Selepas baca Ebook itu, Kinah tak sangka banyak sangat kesedaran yang Kinah peroleh. Terutama kerjaya makan gaji dan dunia perniagaan online.

Dari situ Kinah mula tahu dengan berniaga kita boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT, bantu lebih ramai orang dengan kepakaran dan kelebihan yang kita ada.

Dengan berniaga kita boleh kumpul saham akhirat banyak-banyak.

Dengan berniaga kebergantungan harap rezeki itu sepenuhnya terletak kepada Allah SWT.

Dengan berniaga ni lah Kinah mula sedar tentang keberkatan hidup dan kepentingan menguruskan masa dan emosi diri

Banyak lagi, kepentingan-kepentingan yang tidak tersenarai.

Amacam? Korang cam mana pula?

Nak berniaga tetapi risau dan takut rugi? Korang wasap Kinah untuk share pengalaman dan nasihat serta dapatkan Ebook Sorry Boss ! Saya Terpaksa Berhenti Kerja ;019-9164276 secara percuma segera.

Nak berniaga tetapi modal kecil je.

Modal kecil atau besar, itu tidak penting. Yang penting kita hidup sihat, kaya, bahagia, berjaya dan diberkati Allah SWT.

InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment