Pages

Thursday, 28 March 2019

POWER OF TWB : 10 ORANG PELANGGAN DALAM MASA SEMINGGU

Buat bisnes Spa The Walking Beauty secara Part Time
memberi pulangan RM600++ seminggu.
Alhamdulillah syukur atas nikmat dariNya.

Terima Kasih founder TWB Master Ainul Shahrazad tanpa pernah berhenti membakar kami as AlumniTWB.

Actually Kinah join TWB dah lama. Since 2015 lagi. Masa tu bujang. Dan TWB belum lagi ada sistem yang power macam sekarang.

Kinah join dengan pakej RM750. Dapat produk, training skill 1 course facial sahaja beserta dengan sijil Pengesahan Training TWB.

Bila balik training Kinah buat cam mana trainer advice. Masa tu trainer Kinah, Kak Ainul sendiri. Kebetulan Kinah pi ke KL. So, lock date terus.

Kinah buat, cuma kurang effort. Masa tu Kinah rasa geli nak pegang-pegang muka orang. Seriusly, geli tahap dewa dewi dah. Kinah try buat kak emak Kinah. Buat kat orang terdekat.

Aishh ! tak boleh pergi jauh nie. Kinah sendiri tak mampu nak buang rasa geli tue.

Duit nak. Tapi, kalau ada rasa geli cam mana duit nak datang kan.

So, journey Kinah di TWB tu terhenti di pertengahan jalan. Group support ada cuma sejujurnya Kinah cakap tak sehebat sekarang.

Seriusly.

Kinah respect dengan Kak Ainul. Dia tak pernah berhenti berusaha memperbaiki, try & adjust sistem TWB ni supaya menjadi satu trend dan demand yang tinggi dalam bisnes Mobile Spa TWB kat Malaysia.

Awal 2018, Shaklee launched Produk Skincare baru iaitu Youth.

Fuh ! TWB meletop.

Kinah terbakar rentung😝 Setiap hari Kak Ainul post pasal TWB. Kinah selalu follow FB Kak Ainul.

Kinah kata tak boleh jadi ni. Senang nya AlumniTWB buat duit sekarang. Aku mesti ambil tahu.

Aku mesti come back.

Ok, korang tengok ye. Dari 2015 ke 2018 = 4 tahun. Then awal 2018 ke date sebenar Kinah serius come back is 10 Ogos 2018. 8 bulan Kinah ambil masa.

Banyak masa Kinah dah berlalu dengan melihat progress kejayaan orang lain di TWB.

Rasa dan keinginan untuk serius dalam TWB tu ada. Cuma perasaan geli-geli tu membuatkan 4 tahun 8 bulan Kinah biarkan ia merantai diri.

Perjalanan Kinah di TWB tak seindah orang lain. Hari ni, buat terus dapat hasil.

Sebab Kinah sendiri ada ketakutan yang Kinah tak buang jauh-jauh. Ketakutan yang Kinah tak atasi.

Ramai orang takut. Apa ketakutannya. Orang takut gagal.

Yes ! Kinah juga takut gagal.

Kinah takut Kinah gagal untuk gosok muka orang. Penggeli kan. Geli nak pegang muka orang. Nak dapat duit tak geli. Kihkihkih.

Ok. Itu kisah Kinah sebelum come back.

When i'm come back..

Kinah hubungi Kak Ainul cakap nak upgrade skill. Sekarang dah ada 6 - 7 skill dalam TWB.

Kitorang proceed.

Masa training kali kedua.. Kinah sangat-sangat tak sangka. TWB dah jadi sehebat sekarang.

Dengan sistemnya yang superb ! Tak de kat mana-mana training Spa lain. Nak buat duit pun senang. Dengan skill dan modul TWB yang dah improvised.

Ada pulak 6 penjuru income. Dulu tak di highlight. Masa tu ada 3 penjuru sahaja.

Sekarang sape join TWB boleh fokus nak penjuru income mana. Macam Kinah fokus ke semuanya sekarang. Penjuru pertama hanya buat bila available (Part Time).

Yang menariknya, cam mana TWB boleh meletop sebab produk Skincare Youth Shaklee.

Produk yang TWB guna sekarang, buat sikit je kat pelanggan terus jadi macam magic. Nak cakap nya lah. Tak de lah buat facial terus jadi bidadari.

Tapi gabungan skill dan produk sangat-sangat berkesan untuk semua jadi kulit muka, usia dan jantina.

Alhamdulillah tak salah langkah dah Kinah buat come back. Balik je training, Kinah ikut Modul dan sistem TWB.

Kinah share kat kawan-kawan, sedara-mara, semua orang terdekat yang ada area Kuantan.

Again, Alhamdulillah syukur. Dalam masa seminggu Kinah dapat 10 orang pelanggan. Masa tu dah tak de rasa geli. Tak tahu kemana dia menghilang. Kihkihkih.

10 Ogos 2018 launch SMS D'Secret Spa terus dapat sorang Mak Datin. Rezeki anak Kinah. So, hari pertama selepas settle task wajib TWB Kinah servis Mak Datin dengan anak sedara dia. Then, berjangkit-jangkit.

Kinah share kat FB jugak. Sebab teruja kan. Close lah kawan FB pulak. Alhamdulillah.

Share dan terus share.

Sedar tak sedar, dalam seminggu dapat around RM600++ untuk 10 orang pertama.

Masa ni mood panas enjin, tengah promo servis. Jadi Kinah tak letak harga tinggi. (Cara meletakkan harga ada diajar dalam Training TWB nanti).

For me, Alhamdulillah lah berbaloi sebab Kinah buat pun sejam lebih je untuk seorang pelanggan bergantung kepada pakej.

Rupanya tak de lah geli mana bila kita dah expert dengan skill nya. Jadi mudah sangat dengan bantuan produk Youth Shaklee yang dah powerful.

So, inilah sedikit sharing pengalaman Kinah.

FYI, Kinah ada anak kecil umur lebih kurang 11 bulan masa tue. Jadi Kinah just buat as Part Time job.

Kinah boleh pilih untuk tak buat. Tapi pada Kinah, i have my vision & mision.

Kinah nak bantu wanita-wanita di luar sana ada Instant Cash, kebebasan kewangan dan dalam masa yang sama kebebasan masa bersama keluarga, kebebasan masa travel.

Ini semua dengan duit sahaja yang dapat merealisasikan cita-cita kita.

Ye lah kalau tak de income cam mana nak travel?

Kalau tak de income cam mana nak balik kampung ziarah emak ayah.

Kalau tak de income cam mana nak belanja keperluan dapur dan anak-anak.

Dengan income TWB, banyak perkara yang boleh diselesaikan.

Zaman sekarang, wanita tak boleh bergantung harap kepada suami. Sebab kita tak pasti sampai bila suami kita sihat, sampai bila suami kita mampu sara kita, sampai bila Allah pinjamkan suami untuk kita.

Banyak kes berlaku depan mata Kinah. Husband meninggal secara mengejut anak kecik lagi. Allahu..

Wanita diceraikan suami kerana sakit diusia 40-an. Nak bekerja, tak de company nak terima. Dah tua kan.

Suami tidak mampu memberi nafkah kepada isteri kerana pendapatan suami cukup-cukup makan.

Suami berhenti kerja tiba-tiba, isteri hilang punca. Banyak sangat berlaku.

Ia teguran buat Kinah untuk serius membantu lebih ramai wanita peroleh manfaat dari TWB nie.

Sebab tu Kinah buat dan buktikan sistem TWB memang betul-betul power.

So, korang andai korang sedang mencari peluang untuk tambah pendapatan keluarga.. TWB adalah yang terbaik. Tidak kira siapa pun korang (Baca di sini, 9 golongan yang layak join TWB).




Ok, dah baca. Korang dah faham.. jom ! daftar sekarang untuk training date dan jalankan bisnes Mobile Spa atas nama korang sendiri.

Korang boleh juga baca kisah-kisah menarik TWB di sini : 23 topik menarik Mobile Spa TWB 

Whatsapp - Sakinah : 019-9164276, Training TWB di tempat anda atau anda datang ke tempat kami.







Fast Action! Fast Result!

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

No comments:

Post a Comment