Pages

Sunday, 28 July 2019

METAMORPHOSIS REBORN (PART 3)

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah, Kinah panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah SWT sebab izinkan Kinah berada di sini untuk berkongsi kisah pengalaman sepanjang perjalanan Kinah attend kelas Metamorphosis Kuala Lumpur beberapa minggu lepas.

Alhamdulillah, syukur kepadaNya sebab memilih Kinah bersama insan-insan hebat yang terpilih.

For your information, bukan mudah taw nak join kelas ini sebab Tuan Afnan sangat menjaga masa dan energi beliau untuk dikongsikan kepada orang ramai. Alhamdulillah, rezeki kami. Anda boleh baca kisah Kinah sebelum ke kelas Metamorphosis ini di PART 1 dan PART 2.

Ok, seawal jam 4 pagi Kinah bangkit untuk persiapkan diri dan bekalan untuk anak Kinah Azzahra. Bukan mudah untuk tinggalkan sorang anak kecil yang masih menyusu badan. Tetapi, demi mencari kebahagiaan masa depan Kinah kuatkan hati untuk satu hari sahaja. Satu hari bertapa menuntut ilmu hidup happy dan bahagia.

Berat hati nak tinggal. Tapi, kena lawan perasaan dan doakan yang baik-baik. Serahkan kepada Allah untuk jaga dan lindungi anak Kinah di bawah jagaan kakak ipar.

Sebelum keluar sempat tengok dia bangun. Mula-mula macam susah jugak nak gerak keluar sebab dia nak ikut. Tapi, Kinah pancing dia mintak pergi kejutkan kakak sepupu yang sedang tidur bangun solat.

Masa tu lah Kinah cepat-cepat keluar tanpa toleh ke belakang lagi. Tinggal Azzahra seharian di rumah. Sebelah petang nanti suami Kinah akan datang selepas settle urusan di hotel.


Then, Kinah bergerak turun dari rumah untuk ke tempat yang dijanji menanti team Kinah ambil di kawasan perumahan berdekatan. Ini pun miracle jugak ni. Kinah tak pernah jumpa mereka dan nak sangat jumpa orangnya. Tapi, tahu lah mereka ni orang hebat-hebat sebab satu team dalam Alumni The Walking Beauty (TWB) projek.



Seorang daripadanya ialah bekas pesakit kanser Limfoma (Kak Ayu). Dan seorang (Kak Faridah) lagi, orang yang sangat aktif ber Spa dan memberi sumber inspirasi kepada kami (di Alumni TWB).

So, kita teruskan perjalanan untuk ke kelas.

Miracle berlaku lagi.

Sebaik sampai di kelas, peserta dah ramai yang sampai. Dah penuh bilik meeting Tuan Haji Roslan (Ayahanda Shaklee kami). Kami menumpang buat kelas kat situ.

Dalam ramai-ramai orang Kinah terus pergi ke bahagian hadapan. Tak tahu kenapa kaki ni laju je melangkah ke depan padahal masa still ada terfikirkan anak di rumah (not in present moment. But ! try lawan perasaan. Buang jauh-jauh ingatan kepada anak).

You know what?

Ada seat kosong kat depan. betul-betul kat hadapan dekat dengan meja Tuan Afnan. Bila Kinah bertanya kepada di sebelah, katanya kosong dan belum ada orang.

Duduk di sebelah Kak Hafizah yang dirindui. Kami dah lama kenal tetapi jarang berjumpa. Kami satu team. So, memang akrab dalam group online.

Wow ! Kinah rasa Allah seolah-olah sedang mengalukan dan meraikan Kinah dalam majlis ilmu ini untuk merawat duka, risau fikiran kepada anak di rumah. Tak tahu nak describe macam mana perasaan masa tue. Duduk pulak sebelah Master Ira, upline Kinah (Kinah > Kak Maria > Kak Ainul > Kak Chah > Kak Ira > Kak Laila ).

Pastu ada lagi miracle happend.

Before kelas Kinah Solat Dhuha dulu sementara Tuan Afnan belum sampai. Kinah pun mencelah masa masuk ke bilik khas untuk solat. Sebaik selesai solat, ada team kami bertanya Kinah : "Dah siap belum, Tuan Afnan nak masuk nie."

What? Tuan Afnan dah sampai dan nak masuk ke dalam bilik nie. Korang rasa apa perasaan Kinah masa tue. Nak menangis lagi sebab Allah bagi ekslusif sangat pertemuan kami. Kalau lah Tuan Afnan tu perempuan memang dah lama Kinah peluk kegembiraan. Tapi, Kinah masih waras. Hehehe.

Tuan Afnan pun tak sangka akan ada Kinah dalam bilik tue.

Sempat lah sembang sekejap, intro diri cakap Kinah follow dia dah lama. (bajet macam diri ni hot sangat lah. Dalam ramai-ramai followers dia, takkan lah ingat Kinah yang biasher biasher nie). Hahaha.

Ok, seterusnya kelas start dan happy sangat sebab hanya beberapa langkah je Tuan Afnan dengan Kinah. Kinah absorb aura orang hebat banyak-banyak. Ambil gambar banyak-banyak. Sebab Allah bagi peluang betul-betul menuntut ilmu nie. Bukan biasher biasher nie.


Sambil mendengar tu, sempat lah jugak merasa Caratomax Shaklee dari insan pemurah. Sedekah seorang sebiji untuk bekalan menuntut ilmu.

Tapi biasa lah, hati sorang ibu mana boleh lupa anak di rumah. Dalam tengah hari tu call kakak ipar bertanya Azzahra. Kakak Ipar kata Azzahra ok. Seronok bermain dengan kakak sepupu dia.

Alhamdulillah, syukur lega. Allah memang betul-betul bagi peluang Kinah menuntut ilmu. Lagi hebatnya, sessi petang tu hujan lebat sangat-sangat semasa kami buat doa minda.  Kami sedang dirahmati. Orang lain siap nangis-nangis, tapi Kinah hati keras atau mungkin something wrong somewhere.



Alhamdulillah sehingga ke malam, Azzahra sangat baik dan everything ok. Banyak yang Kinah belajar di kelas ini.

Sessi rehat, so masing-masing ambil peluang untuk
bertanya soalan.
Yang penting, Kinah dah Reborn. Kinah dah matikan image yang lama dan lahirkan image baru. Kinah happy sangat-sangat sehingga lah balik kelas pun happy dan bahagia walau badan dah keletihan.

Cukuplah sampai sini dulu. Nanti Kinah sambung lagi di entry seterusnya. InsyaAllah. Sebelum itu, Kinah kongsikan beberapa koleksi gambar Kinah berselfie dengan Master-master dan Upline tersayang Kinah sebagai kenangan dan pembakar semangat korang.








Stay Tuned.

Sakinah,
~Always be Happy.

No comments:

Post a Comment