Pages

Saturday, 27 July 2019

SEMINGGU SEBELUM KELAS OFFLINE METAMORPHOSIS DI KL (PART 2)

Tiba-tiba seminggu sebelum hari kelas.
Master Ira bertanya dalam group nak tak
buat private class dengan Tuan Afnan?
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Hari ini, Kinah nak sambung cerita cam mana Kinah seminggu sebelum attend kelas Metamorphosis. Ianya bukan mudah jika difikir logik akal manusia. Tapi, logik akal Allah tiada apa yang mustahil.

Jom ! baca sharing Kinah sebelum ini di sini Metamorphosis Part 1 dan kisah Kinah di bawah ini :

"Now ! Kinah On the way ke KL untuk private class under LAT & GLC group. Ber #Metamorphosis kita esok dengan Tuan Afnan Rosli.

Bawak Azzahra sekali.

Husband ada meeting di Glenmarie. Kebetulan atau suratan? Bila follow sharing Tuan Afnan, Kinah faham bagaimana Allah aturkan ia buat Kinah. Ia bukan kebetulan.

That's Feeling Are Prayers.

Menangis nak citer. Tapi, itu lah jangan sekali-kali tersalah sangka dengan Allah, ye korang.

Actually Kinah plan nak ke kelas Shaklee anjuran Master Norita di Kuala Terengganu. Date yang sama (esok jugak). Dah lama nantikan kelas itu. Tapi, tak register pun lagi sehingga hari terakhir pendaftaran (30 Jun 2019).

Dan 30 Jun jugaklah, Master Nur Zahirah buat announcement dalam group LAT family secara tiba-tiba. Hari closing untuk bulan Jun 2019, di tengah hari Ahad.

Masa tu Master mintak bagi nama je sape nak join. Yuran, tempat tak tahu lagi kat mana. Yang pasti di KL/ Selangor.

Kinah memang nak join sangat kelas offline nie. Dah lama. Bila Tuan Afnan cakap akan ada di Terengganu nanti. Syukur sangat. Anak boleh mintak emak dengan adik-adik jaga. Sebab kampung Kinah kat Kuala Terengganu. Tak risau dah pasal siapa nak jaga Azzahra. Lagi satu dekat je.

Tapi, lambat lagi masanya. Hujung tahun.

Tak pe lah. Feeling je ada dalam kelas Metamorphosis kat Terengganu. Last time tak dapat pergi (Kelas Mega Metamorphosis), InsyaAllah this time pasti confirm (Feeling Are Prayers).

Dan dipendekkan cerita.

Tanpa fikir panjang, terus isi nama (No.10). Masa tu tak taw cam mana nak pergi, berapa yuran, kat mana nak cekau duit bayar yuran, tak tahu pun lagi husband ada meeting kat Glenmarie, siapa nak jaga anak. Submit je nama.

Dah submit tu tanya balik kepada diri sendiri. "Betul ke ko buat ni Sakinah?" Hahaha.

Keesokkan pulak kami plan nak balik kampung (3 hari) yang for sure line internet kurang mesra alam. Ada phone belum tentu ada line. Nama je area Bandar Kuala Terengganu. Tapi, kampung Kinah memang line kurang ok. Walau dah report banyak kali.

Kinah tak stress tak de line. Cuma nak cakap kalau balik kampung memang betul-betul bercuti dah sekarang. Phone tengok sekejap je. Itu pun menggagau jugak lah panjat tangga, duduk depan pintu rumah, tepi tingkap.

Bila dapat line ciput, banyak notifications whatsapp masuk dari LAT group. "Kting !Kting ! Kting !" Dah macam bunyi duit masyuk.

Tak senang duduk. Kinah jadi cacing kepanasan. Hahahha.

Husband pun tak tahu perancangan bini dia nak pi KL nie. Masa tu Kinah dah taw husband kena pi KL. Sujud syukur Kinah. Alhamdulillah pintu terbuka luas (Ya Fattah) untuk terbang melangkah ke kelas. Bayaran belum buat lagi tu sehingga hari khamis baru settle dari rezeki yang tak disangka-sangka. Menangis Kinah.

Sebab husband tak setuju Kinah pi. Dia cakap Kinah fanatik dengan Afnan Rosli. Kelas online tak habis belajar lagi nak pi kelas offline pulak. Bini dia memang cam ni. Degil nakkan sesuatu (untuk kebaikan bersama jugak).

Siapa nak jaga anak. Banyak belanja. Dia terlalu banyak fikir (Not in present moment. Abang jangan marah ye kalau baca nie).

Husband kata tak payah pergi, Kinah relax je. Duk feelings dalam kereta dengan dia ke KL. Duk usaha macam-macam jugak. Akal ni, duk fikir nak check in hotel dekat kelas lah. Tapi, anak siapa nak jaga? Hurmm..

Dalam tak bagi tu, rupanya dia usaha jugak tanya kakak dia di KL tue. Seronok anak Kakak Ipar, bila dapat taw Azzahra nak datang. Siap tak nak pi sekolah katanya. Sebab nak tolong jaga Azzahra.

Alhamdulillah. Kinah ni, jenis bukan suka susahkan orang taw. So, tak teringat langsung kakak ipar ada duk KL.

Siapa tak sayang bini yang penyabar nie. Selagi belum sampai masa, Kinah pasti yakin Allah sedang izinkan ia berlaku.

Alhamdulillah Allah permudahkan.

Siapa sangka Allah beri Kinah peluang untuk ke kelas Metamorphosis yang bagi Kinah itu pilihan terbaik buat kami.

It's not about bisnes. Tapi, tentang sesuatu di sebalik Metamorphosis itu sendiri.

Korang, tak faham apa Kinah share ni dan ingin tahu. Sila lah go thru fb : Tuan Afnan Rosli. Kinah tak reti nak cakap banyak. Nanti terpesong fahaman pulak.



Kinah cuma ingin mengajak korang sama-sama hidup tenang dan bahagia. Rezeki datang dengan mudah. Apa yang penting adalah kebahagiaan😍"

Ok, sekiranya korang sedang mencari peluang jana income tambahan dengan tenang dan bahagia tanpa desperate boleh whatsapp Kinah untuk peluang-peluang yang terbuka luas dalam bisnes Shaklee dan juga The Walking Beauty (TWB). Kinah guide sehingga korang menjadi leader yang hebat dan berjaya dunia akhirat.


Bina legasi bisnes anda bersama kami. Jom ! daftar training Spa Terendah dan Termurah di pasaran Malaysia dengan nilai RM2 999 sekarang ! Anda jimat hampir RM7 000 taw dan anda juga berpeluang untuk peroleh Percutian Mewah PERCUMA bersama Shaklee ke Korea dan Switzerland pada tahun hadapan. Untuk makluman anda, bagi memulakan bisnes SPA pertama at least memerlukan perbelanjaan sebanyak RM10 000 tidak termasuk training course. Tapi, di TWB all in one. Whatsapp segera untuk mendaftar : 019-916 4276.



Sehingga bertemu lagi kita di entry seterusnya Metamorphosis (Part 3).

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

No comments:

Post a Comment