Pages

Tuesday, 20 August 2019

KENAPA MASIH SETIA BERSAMA THE WALKING BEAUTY (TWB)

Assalamualaikum dan salam Merdeka. Mesti ramai yang bertanya :

Kenapa Kinah masih setia bersama The Walking Beauty (TWB)?

Jika difikirkan diri sendiri, Kinah tak perlu bersusah payah nak share tentang TWB, pasal cerita-cerita motivasi mahupun penulisan berbentuk inspirasi ni semua. Kinah tak perlu nak buat semua tue.

Kinah boleh decide untuk enjoy my freedom. Kinah fokus je besarkan anak-anak dan jadi isteri terbaik buat suami Kinah. Kinah tak perlu nak fikir untuk orang lain. Just bangun bagi, enjoy jalan-jalan, bermain dengan Azzahra dan spend masa berkualiti bersama keluarga.

Tak perlu nak sibukkan diri dengan bisnes. Just fokus apa yang Kinah dah ada, yang Kinah rasa dah cukup tenang dan bahagia hidup bersederhana. Fokus jaga hubungan dengan Allah dan keluarga itu jauh lebih penting.

Tetapi, thats not me.

Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada Kinah sehingga hari ini. Tak terbalas dengan apa yang Kinah buat. Dulu Kinah pernah depress, hidup berkelana di bandar metropolitan, hidup struggle untuk kekal dalam kerjaya, ditekan kiri, kanan, atas bawah. Hidup terkejar-kejar. Senang citer cukup dengan apa yang Allah dah beri saat ini.

Menjadi seorang isteri yang setia kepada suami dan menanti rezeki yang melimpah ruah dari arah tak di sangka-sangka. Alhamdulillah, sejak beberapa bulan ni (balik dari kelas Reborn Metamorphosis) Kinah faham sesuatu, bila kita bertenang semuanya mudah. Bila kita banyak spend masa dengan Allah everything become easy untuk Allah makbulkan apa yang kita mintak.

Kenapa Kinah masih setia dengan TWB dan juga bisnes Shaklee?

Ini merupakan platform perjuangan Kinah untuk bantu ummah especially kaum Wanita supaya mereka ada masa hadapan dan hidup bermatlamat, jadi Wanita yang berkarisma. Ramai wanita di luar sana ingin mempunyai masa berkualiti dengan keluarga tapi hidup dalam tekanan. Disebabkan faktor-faktor yang kita boleh control sebenarnya. Ramai wanita ada impian untuk bahagia tapi mereka tidak tahu cara. 

So, Kinah ingin mengajak anda semua kembali kepada fitrah. Buat apa pun refer kepada Allah, Rasul dan Al-Quran yang utama.

Tak perlu bersedih jika terasa hidup teruk sangat. Satu demi satu ujian Allah hadirkan. itu semua ada asbabnya. Allah sayang kita. Allah sayang kita, kawan-kawan.

"Di antara manusia ada sebahagian yang berkata 'kami beriman kepada Allah,' tetapi apabila dia disakiti (kerana beriman) kepada Allah, dia menganggap cubaan manusia itu sebagai seksaan Allah. Dan jika datang pertolongan daripada Tuhanmu, nescaya mereka akan berkata, 'sesungguhnya kami bersama kamu.' Bukan kah Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam dada semua manusia?" (Surah Al-'Ankabut 29, ayat 10).

Because i never ever give up in my life. Walau apa ujian dan cabaran, Kinah yakin ia satu tangga menuju kejayaan yang sedang Allah rencanakan untuk kita.

Allah tak suka melihat hamba-hambaNya give up.

"Dan orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Allah dan pertemuan denganNya, mereka berputus asa daripada rahmat-Ku, dan mereka itu akan mendapat azab yang pedih." (Surah Al-'Ankabut 29, ayat 23).

Ini adalah Jihad Kinah di hujung-hujung usia (dah 30-an) untuk tambah nilai hidup wanita, sebab Kinah tahu bagaimana sakitnya hidup menyerah diri kepada nasib. Kita semua diberi peluang untuk merasa nikmat bahagia, dikasihi dan disayangi, saling sayang-menyayangi tanpa benci mahupun dendam, cemburu melihat kejayaan orang lain.

Setiap daripada kita sudah ada rezeki masing-masing. Tak perlu berebut, Talk To Allah then usaha. Tapi, bukan dengan cara jauhkan diri dari Allah.

Kinah mengajak anda untuk memberi ruang dan peluang turut serta bersama team TWB kami sebab ini adalah satu bisnes yang fleksible yang sangat besar peluang untuk sebarkan kebaikan dan tambah nilai hidup orang lain yang jauh lebih bermakna bahkan resultnya akan dapat kepada kita semula bila sama-sama hidup dalam kebahagiaan.

Hidup ini konsep nya macam ni taw, semakin ramai yang kita bantu (Tambah nilai hidup orang lain) InsyaAllah hidup kita miracle sangat taw.

"What You Give You Will Get back" - Fahami maksud ayat ini.

Guys ! Wanita perlu ada TIME, MONEY & FAMILY FREEDOM 💪💪💪

Let's join us ! Saling berkongsi Aura dan Energi yang super duper power bantu diri anda, keluarga, agama dan masyarakat.

Jom ! Whastapp Kinah : 019-916 4276.
"Jadilah, sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat."

Sakinah💓
Whatsapp : 019-916 4276.

No comments:

Post a Comment