Pages

Wednesday, 2 October 2019

RESULT SCREENING HEALTH TEST

Beberapa hari lepas, saya ada share yang result Screening Health Test saya dah keluar. Saya buat 28 September (Sabtu) baru ni.

Pagi ni, saya nak share kenapa kita perlu buat Body Health Test? Tak kisah test macam mana asalkan ia dapat beri result kesihatan dalaman kita.

Bukan yang timbang berat, naik penimbang, ambil reading tekanan darah tue. Ini bagus kalau anda selalu buat. At least you monitor tekanan darah tinggi kan.

Orite yang saya nak cerita ni, you boleh tahu berapa per cent kolestrol jahat dan baik, antibodi badan you cam mana, tahap kesihatan buah pinggang you, hati ok ke, usus ada masalah atau tak, protein dalam darah dan banyak lagi. Kalau you boleh buat ni at least di usia 25 tahun ke atas dalam tempoh 5 tahun sekali itu sangat-sangat bagus dah.

Sebab environment dan lifestyle kita sekarang menyumbang kepada kehidupan yang kurang sihat. Semua nak cepat, semua nak express. Hingga lupa nikmati kehidupan yang sebenar.

Ok, saya tak nak berleter banyak.

Kenapa saya buat Screening Health Test?


Sebab utama ialah saya ada anak yang masih kecil. So, saya perlu tahu tahap kesihatan saya untuk memastikan saya mampu besarkan anak sehingga dia dewasa melainkan ajal dah sampai awal, itu memang tak dapat dielakkan.

Tapi, bab kesihatan kita boleh mencegah sebelum jatuh sakit.

Kedua usia saya dah 31 tahun. Menteri kata dah Warga Emas. So, kita terima lah status tue. Sepanjang saya hidup, saya tak pernah lagi buat full check up melainkan semasa hamil di tahun 2016-2017. Itu pun check up beberapa perkara sahaja.

Ketiga saya merupakan pengamal suplemen Shaklee sejak 5 tahun yang lepas. Orang kata makan suplemen akan buatkan buah pinggang dan hati rosak.

Ya tidak dinafikan jika ia tidak organik dan tidak selamat.

Bab ni, saya tak perlu risau sebenarnya. Sebab #ShakleeLivingProof sendiri dah buktikan ramai yang amalkan produk, tahap kesihatan mereka bertambah baik. Bahkan ada yang 10, 20, 30, 40, 50, 60 tahun yang consistent makan Shaklee sebagai nutrisi tambahan dalam hidangan harian mereka.

Kalau ia sampah, atau memudaratkan pasti dorang tak makan sampai tempoh 60 tahun. Ini bukan sorang tapi ramai.

Seterusnya sebab saya sendiri seperti anda. Ada masa makan jugak fast food, makanan harian pun tak lari dari process food seperti beras putih, roti putih, mee kuning. Itu adalah process food yangg dah melalui pelbagai saringan dan tambahan bahan kimia bagi memberi tempoh daya tahan yang lama.

Belum cerita lagi, ayam dicucuk, buah-buahan dicucuk, zaman sekarang semua express.

Cuma lately, saya berusaha elakkan makanan yang memudaratkan. Yang tak perlu ambil, saya tinggalkan terus. Tapi, kadang kalau travel, makan kat luar, berkenduri-kendara ambil jugak.

Saya pun selalu jugak tersasar tidur lewat malam, kurang rehat, always travel dan selalu stress dalam 5-6 tahun kebelakangan ni. 4 perkara ni akan menyebabkan kesihatan kita merosot kalau selalu diamalkan dan tidak diurus secara baik.

Exercise pun bukan selalu. I'm not atlet. Jadi tak de lah everyday workout 3 ke 4 jam.

Jadi, memang perlu ambil tahu kesihatan dalaman.

Alhamdulillah. Secara kesuluruhan tahap kesihatan saya amat memuaskan. Buah pinggang, hati semua berada dalam keadaan baik. Bahkan sangat baik. Semua ok.


Saya bebas dari Barah Payudara dan Ovari sebab saya ada ambil juga test ini yang merupakan antara penyakit pembunuh utama kaum wanita sekarang.

Syukur Alhamdulillah. Shaklee banyak membantu tahap kesihatan saya dalam tempoh 5 tahun ini.

So, korang.. Buatlah Screening Health Test. Saya buat semasa promosi. Jadi harga pun dalam promosi lagi. Ikutkan total harga asal lebih kurang RM500 (Kalau buat asing-asing).



Tapi, baru ni saya cuma perlu bayar RM198 sahaja. Sangat-sangat berbaloi.

Saya juga doakan semoga anda berpeluang buat test seperti ini. InsyaAllah.

Jika anda merasa tahap kesihatan anda kurang memuaskan, boleh join Program Detox Jutawan Shaklee. Sekarang, kita ada Promosi Istimewa khas untuk anda yang ingin turunkan berat badan atau ada masalah kesihatan seperti sukar hamil, kulit kusam dan berjerawat, perut buncit maju ke depan dan banyak lagi.


Untuk details, sila whatsapp saya di sini : 019-916 4276.

Sakinah,
~Mengajak Hidup Sihat & Bahagia.

No comments:

Post a Comment