Hai, Assalamualaikum dan Salam Bahagia.
MY BIG WHY (SEBAB UTAMA) BUAT BISNES SHAKLEE
Sejak 5 tahun yang lalu saya buat bisnes Shaklee, inilah kunci utama yang selalu diutarakan dan ditujukan kepada kami. Bila bisnes stuck, cuba semak balik. Apa tujuan utama kita buat bisnes Shaklee?
Ramai orang sangka dengan bisnes kita boleh jadi kaya. Ya, semua bisnes boleh buatkan kita jadi kaya-raya. Jika, kita tahu cara bagaimana untuk jadi kaya.
Tapi, bukan semua orang boleh berjaya untuk jadi kaya walau dah ada proven result dalam bisnes tersebut.
Rahsianya di sini, ialah The Power of Action. Kuasa Tindakan yang akan membuatkan seseorang itu berjaya dan kaya-raya walau lambat mahupun cepat.
Kenapa saya cakap cam tue. 5 tahun saya berniaga dalam bisnes Shaklee. Ia bukan tempoh yang singkat. Ia satu tempoh yang sangat matang untuk melihat perjalanan career saya dalam bisnes.
Ia adalah proses untuk grow dan sustained. Ia ibarat seperti anda menanam 1 biji benih pokok durian. Dari biji, anda semai. Anda baja, siram, jaga setiap hari. Sampai usia matang, ia membuahkan hasil. Dituai dengan nilai yang sangat tinggi.
Di kala orang lain, letih melihat dan menunggu hasil, saya masih setia bersama bisnes Shaklee. Sebab saya tahu tujuan utama buat bisnes Shaklee bukan untuk jadi kaya-raya semata-mata. It's beyond than that.
Tujuan utama adalah merasai kesihatan yang lebih baik. Kemudian, bila dah sihat. Kongsikan kepada orang ramai. Bila orang lain pun sihat dan jalani kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya, InsyaAllah kekayaan itu akan datang tanpa putus.
Point kat sini adalah bisnes Shaklee akan membuatkan kita jadi kaya jiwa. You become a Rich person to giving (betul ke ayat mat salleh aku nie. Hahahaha).
Ada orang sangka nak kena tunggu kaya wang ringgit baru boleh memberi. Itu juga kesilapan saya suatu masa dahulu. So, tak kaya-kaya pun. Masa berjalan dan terus berjalan. Usia makin bertambah, dari satu angka ke satu angka.
5 tahun lepas, saya baru 26 tahun. Sangat muda dan mentah untuk bergelar jutawan. Sekarang, dah masuk kumpulan warga emas (kata Tuan Sadiq). Masih belum officially jutawan. Cuma sinar tu dah nampak.
Jadi apa BIG WHY saya buat bisnes Shaklee ini sebenarnya?
KESIHATAN
Ya, saya buat bisnes Shaklee sebab saya nak hidup sihat. Amalkan suplemen Shaklee menggunakan bonus Shaklee sendiri setiap bulan.
Bila mana arwah ayah saya meninggal 5 tahun yang lepas, kemudian disusuli dengan arwah bapak sedara, atuk dan sorang demi sorang pergi dalam keadaan mereka sakit, ia memberikan satu tamparan yang sangat hebat kepada kehidupan saya.
Sebab di saat itu, saya merasakan duit bukan segala-galanya. Banyak duit belum tentu dapat beli kesihatan. Ada duit belum tentu saya dapat sembuhkan arwah ayah yang dah uzur serta disahkan sakit kencing manis waktu itu.
Namun bukan bermakna duit itu tak penting. Bukan kata kalau cam tu tak payah lah susah susah berpenat lelah cari duit. At the end kalau sakit, duit tu jadi seperti debu berterbangan.
Sebenarnya, biarlah kita balance mencari rezeki melimpah ruah dan menjaga kesihatan. Ada duit, reward diri untuk mencegah dari jatuh sakit. Bukan tunggu sakit baru nak jaga. Masa tu dah susah. Susah nak rawat dalaman yang dah sakit.
Jadi mulai hari ini, always rewards diri untuk ambil at least sebotol Vivix setiap 1 bulan setengah. You just spend almost RM270 (sebulan) untuk menikmati kehidupan hari tua yang lebih baik. Compare you kena spend almost minima RM1 000 setiap bulan plus masa ulang-alik untuk medical treatment.
Anda boleh baca : Pengalaman saya buat Screening Test selepas 5 tahun amalkan Produk Shaklee.
ANAK & EMAK
Saya kena sihat untuk memastikan saya mampu melihat anak-anak membesar kat depan mata. Anak adalah BIG WHY saya sekarang plus of course my mom.
Dua insan ini, dua nyawa ini adalah BIG WHY untuk saya terus kuat dan bertahan sehingga hari ini.
My mom yang mengandung, melahirkan dan membesarkan saya adalah insan paling mulia, paling penting setiap langkah perjalanan saya bersama Shaklee. Walaupun my mom selalu jugak (suatu masa dahulu) cakap :
"Tak payah lah buat Shaklee. Ramai dah orang buat Shaklee, tapi tak berjaya pun. Cari kerja je, tak payah susah-susah buat bisnes."
Tapi lain pada pandangan saya.
Saya tak nampak ramai orang gagal buat Shaklee. Yang saya nampak ramai orang berjaya buat Shaklee sampai 20, 30, 40, 50, 60 tahun. Shaklee masih mampu bayar leaders nya bonus setiap bulan tanpa miss termasuk saya sendiri.
Master Hj. Roslan : 28 tahun dalam bisnes Shaklee. |
Besarkan gambar untuk lihat berapa tahun mereka bersama Shaklee pada Tag masing-masing. |
Dan saya nampak dengan bekerja pun kena bersusah. Dengan bisnes pun bersusah jugak. Tapi, kita akan bersusah dalam bisnes untuk bina empayar bisnes kita. Bukan bina empayar orang lain. Kita enjoy membina hasil yang akan dituai selepas matang.
So, tiada istilah bersenang-lenang dalam perkerjaan makan gaji mahupun dalam apa jua bisnes yang kita ceburi. Semua perlukan usaha.
Perbezaan nya ialah kita work smart atau work hard.
SUAMI
Setiap bulan boleh dikatakan suami saya akan berkunjung ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan kesihatannya.
Kenapa?
Anda boleh baca kisahnya di sini : BIG WHY saya dalam Shaklee dan 4 tahun si dia bersama Shaklee.
SAHAM AKHIRAT
Ya, Shaklee adalah bisnes yang hebat. Sebab, misi utama kewujudan produk Shaklee untuk memberi manfaat kesihatan kepada penggunanya.
Manfaat kesihatan berasaskan sumber semulajadi yang InsyaAllah berkesan dan selamat.
Bayangkan ada sorang wanita yang mempunyai masalah untuk solat berdiri bertahun-tahun akibat lututnya yang tidak kuat. Bila mana dia amalkan Set Sendi & Lutut, keadaan kesihatannya bertambah baik.
Dia mampu berdiri dan solat seperti sediakala. Bukan kah kita dah menumpang amal dia. Selagi dia sihat asbab makan produk Shaklee.
Bayangkan lagi, asbab Set Sendi & Tulang ini, pelanggan kita tak perlu operate lututnya yang memerlukan perbelanjaan hampir 10K bagi sebelah lutut.
Asbab Shaklee, kita banyak beri kebahagiaan kepada ramai pelanggan yang memerlukan.
Dan asbab bisnes ini, jugak banyak Saham Akhirat yang boleh kita kumpul.
IMPIAN
Alhamdulillah dengan bisnes ini, banyak Impian saya terlaksana time by time.
Antaranya :
TIME FREEDOM
Saya bebas menguruskan masa saya untuk capai Impian-impian saya. Jika saya rasa nak ke mana-mana, anytime sahaja tanpa perlu apply cuti dari majikan. Kerana saya majikan kepada bisnes saya.
Saya bebas melihat anak membesar di depan mata walau berniaga sendiri ini ada Pro & Cons nya. Tapi, saya sangat sensitif bab penjagaan anak. Saya tak sanggup melihat anak dibesarkan oleh orang lain lebih dari masa saya bersama mereka.
Bayangkan jika saya bekerja dan hantar anak di rumah pengasuh. Lebih kurang 10 ke 12 jam mereka dengan orang asing.
Sepatutnya masa kecil mereka lah moment penting untuk kita hargai. Sebab bila mereka dah mula bersekolah, masa mereka dah terbatas untuk kita.
Takkan mungkin untuk kita reverse balik masa lalu. Biarlah tak kaya tapi anak terdidik dengan acuan kita dari awal. Biar susah sekarang, jangan menangis kemudian hari.
Saya tidak nafikan ada je Ibu yang bekerja berjaya harungi moment ini dengan mudah. Saya respect mereka. Cuma saya tidak sekuat mereka. Melepaskan anak setiap hari di rumah pengasuh mahupun dengan sesiapa sahaja.
Saya tidak kuat menahan diri untuk pejamkan mata di kala anak demam, tapi permohonan cuti tidak diluluskan. Sebab dah banyak rekod permohonan cuti
anak sakit.
FINANCIAL FREEDOM
Alhamdulillah walau belum kaya-raya as millionaires. Saya dapat rasa income yang diperoleh dari bisnes ini lebih berkat.
Saya tak perlu curi-curi masa di pejabat untuk buat part time job. Saya tak perlu curi-curi masa berehat bukak FB tengok apa yang menarik.
Kita sangka take a rest (5 minit ke 20 minit) itu adalah untuk release tension mengadap file di pejabat.
Kita tidak sedar rupanya kita telah menggunakan masa yang telah dibayar oleh bos kita. Melainkan anda guna waktu rest yang telah diperuntukkan oleh syarikat.
Dalam Projek Spa The Walking Beauty (TWB) anda layak peroleh extra income anytime anywhere tanpa perlu tunggu gaji bulanan atau bonus dari bisnes anda.
Nak instant cash, kita ada caranya. Nak pasif income pun ada caranya. Bahkan ada 6 penjuru income dalam TWB dan 11 Pintu Rezeki dalam bisnes Shaklee.
Tunggu usaha tindakan kita sahaja. Kebergantungan kita kepada Allah yang memberikan rezeki.
Bisnes ini membuatkan saya semakin dekat kepada Allah berbanding masa-masa lalu.
Saya lalui ujan dalam membina empayar bisnes dengan berlapang dada sebagaimana dikongsikan oleh Master Norita, orang lama buat Shaklee selama 20 tahun di atas ini. (Klik untuk tonton dan dengar apa kata beliau).
Rasanya cukuplah sampai sini dulu, saya menulis. Nanti kita sambung lagi, dari semasa ke semasa.
Jika anda ingin bersama dengan saya susah, senang berniaga Shaklee boleh hubungi saya dengan segera : 019-916 4276. Dan baca apa istimewa bisnes Shaklee (3C) di sini.
Jika anda sedang mencari peluang bisnes yang selamat dan masa depan yang cerah, ini lah satu daripada banyak-banyak bisnes.
Anda tidak perlu pening kepala memikirkan pengeluaran, keberkesanan dan kualiti produk. Kerana Shaklee telah menyediakan pasukan pakar Saintis untuk membuat Research & Development (R&D). R&D Shaklee bukan main-main. Shaklee sangat komited untuk membelanjakan almost 300 usd setiap tahun bagi tujuan kualitinya.
Ada yang tanya halal ke produk Shaklee ni? Ye lah, dari US kan. Bukan negara Islam. Alhamdulillah semua produk yang masuk ke dalam Malaysia disahkan halal oleh badan terlibat.
Bukan mudah barang luar negara nak masuk negara kita. Ia melalui pelbagai peringkat saringan. Jika kita rasa di Malaysia susah. Jauh lagi di US. Saringan kualiti produk di sana sangat lah tinggi.
Di Malaysia, Shaklee perlu melalui pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga. So, tiada apa-apa nak diragukan kecuali anda membeli di talian e-commerce. Ini memang tiada jaminan insurans dari pihak syarikat. Sebab kemungkinan, produk yang dibeli adalah tiruan. Zaman sekarang semua boleh jadi.
Jadi beli lah Produk Shaklee dari Pengedar Sah yang berdaftar. Dan anda berhak untuk dapatkan khidmat nasihat daripada kami.
Sekian, Wassalam.
Salam Sayang, Salam Sihat.
No comments:
Post a Comment