Pages

Thursday, 9 February 2023

7 CARA BUAT DIET INTERMITTENT FASTING YANG BETUL

Korang pernah buat Diet Intermittent Fasting (IF)? Haa! Mesti korang baru nak cuba-cuba kan? Sebab tu korang sedang berada di sini. Lately Diet Intermittent Fasting adalah salah satu diet yang saaangat popular di dalam banyak-banyak diet seperti Diet NECK, Diet Keto, Diet Kalori, Diet Atkins dan juga diet yang lain-lain.

Tapi hari ni, saya nak share pasal Intermittent Fasting atau DIET IF. Actually Diet IF ni lebih healthy dan lebih relax. Korang boleh klik baca di sini : Apa Itu Intermittent Fasting?

Pada pandangan saya dari sudut agama ia akan mendidik diri kita supaya lebih terbiasa dengan amalan berpuasa sunat atau puasa di Bulan Ramadhan. Cuma bezanya korang tetap boleh makan minum. Sebab timing yang kebiasaannya dilakukan oleh mereka yang amalkan Diet IF ni seakan-akan kita sedang berpuasa.

Timingnya adalah antara :

Pilihan 1 >12 Jam Puasa : 12 Jam Makan, atau
Pilihan 2 > 14 Jam Puasa : 10 Jam Makan, atau
Pilihan 3 > 16 Jam Puasa : 8 Jam Makan, atau
Pilihan 4 > 18 Jam Puasa : 6 Jam Makan, atau
Pilihan 5 > 20 Jam Puasa : 4 Jam Makan.

Banyakkan? Ada lima corak pilihan masa yang berbeza yang boleh korang lakukan. Dan nasihat saya, kalau baru nak start better buat yang asas dahulu, iaitu 12 Jam Puasa : 12 Jam Makan. Bila dah okey, baru boleh ubah masa yang lebih extreme.

Kat sini kita tak nak buat Diet Extreme, end up kecundang di tengah jalan. Okey.

So, bagaimana nak buat Intermittent Fasting atau Diet IF yang betul ni? Ada 7 cara yang betul untuk mulakan Diet IF pertama korang.

7 CARA TERBAIK BUAT DIET INTERMITTENT FASTING DENGAN BETUL

1. Mulakan dengan Niat

Setiap perkara yang kita lakukan dalam kehidupan ini bermula dengan niat. So, begitu juga dengan Intermittent Fasting atau Diet IF, korang kena tetapkan niat yang betul. Buat untuk perbaiki kesihatan supaya dapat tingkatkan kualiti kehidupan dan juga amal ibadah yang lebih baik. Bab nak pakai baju cantik, melawa, nak buktikan pada orang yang selalu menghina "ko gemuk lah, ko nampak tua lah.. ko tak boleh kurus lah".. itu tolak tepi.

Ingat! pesan saya. Yang utama adalah untuk sihat. Secara automatic bila kita Set In Mind untuk sihat, andai kata berat kita tak turun banyak tapi saya pasti kesihatan anda akan semakin bertambah baik. In Shaa Allah.

Sebab saya dah buat macam-macam diet sebelum ini. Bila kita buat untuk kurus, ia hanya akan sementara. Sebagai manusia, kita akan ada fasa up and down. Bukan mudah untuk istiqamah (consistent) meneruskan satu habit yang baik. Pasti ada cabarannya.

Terutama untuk kaum wanita dan orang-orang macam saya. Pantang nampak makanan sedap, pantang ada makanan tak habis, selalu ada majlis makan-makan. Tak sampai hati nak biarkan. Sebab kita tak suka membazirkan. Bagus sifat tu. Tapi, kerana sikap elak membazir ni lah selalunya makan diri. Hehehe.

2. Kena Pasti Masa

Seperti di atas saya ada kongsikan 5 pilihan corak masa yang selalu diamalkan oleh mereka yang buat Diet Intermittent Fasting. Jadi korang decide sahaja. Dan pastikan masa untuk berpuasa tu sebaik-baiknya tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat.

Tetapi korang jangan risau sepanjang tempoh berpuasa itu, korang masih boleh minum air kosong kecuali bukan makan makanan berat.

3. Rajin Minum Air Kosong

Bab ini saya selalu tekankan kepada rakan-rakan pelanggan saya yang sebenarnya badan kita sangat memerlukan air kosong yang cukup setiap hari. Cukup yang bagaimana tu?

Cukup di sini adalah mengikut Formula Nisbah Berat Badan setiap individu :

25kg Berat Badan : 1 liter air kosong.

Air kosong ya, rakan-rakan. Bukan air manis. So bagi mengelak daripada was-was atau terlupa adakah korang minum air kosong cukup sepanjang buat Intermittent Fasting ni, saya cadangkan begini : 5 Langkah minum air kosong dengan mudah untuk Diet intermittent Fasting (Klik link untuk baca).

4. Kurangkan Makan Lewat Malam

Untuk beginner (yang baru nak bermula) yang terbiasa makan lewat malam, mungkin ini agak mencabar.

Tetapi tidak mengapa. Korang cuba dulu. Kalau rasa lapar, boleh pilih makanan yang sihat, berkhasiat dan dan memberi rasa kenyang yang lebih lama.

Tips nya, elakkan makanan di bawah (No. 5).

5. Kurangkan Makanan di Bawah

Untuk menjayakan Diet Intermittent Fasting ini, korang kena mula mengelak dari mengambil makanan atau minuman yang menjadi penyumbang kepada penyakit ataupun kenaikan berat badan.

Antaranya kumpulan makanan yang terdiri daripada :

> Makanan Berminyak kecuali Minyak Zaiton.
> Makanan atau Minuman Manis.
> Makanan atau Minuman Masin.
> Makanan atau Minuman Bersantan/ Berlemak yang tinggi kolestrol jahat.
> Minuman atau Makanan segera (Fast Food).

6. Ambil Makanan Tambahan

Korang dah pernah diet atau baru nak try Diet Intermittent Fasting ni? Tak kisah diet apa pun.

Okey saya dah banyak kali buat diet dan pelbagai jenis diet. Sejujurnya untuk diet bergantung kepada 100% makanan yang dimasak bagus. Tetapi.. sangat mencabar untuk berjaya. Macam saya cakap lah.

Kita nak buat diet yang relax kan.

So, korang kena ambil Makanan Tambahan yang tinggi protein, leucine dan serat untuk memberi rasa lebih kenyang dan tahan lama serta membina otot supaya badan lebih solid tidak menggelebeh akibat daripada kesan diet seperti Energizing Soy Protein (ESP) dan Cinch Shaklee Shaklee sebagai Meal Replacement di waktu pagi atau malam.


Then vitamin-vitamin  lain seperti Vivix, Omega Guard, Lecithin, Cinch Tea mix, Alfalfa Complex, herblax untuk bantu membakar lemak, tingkatkan tenaga dan metabolisma serta dalam masa yang sama bantu detox secara keseluruhan.

Best kan.

Cam mana nak dapatkan, korang boleh contact saya direct WHATSAPP DI SINI. Saya bantu uruskan order. Rezeki korang lah baca entry saya masa ni. Kesemua Makanan Tambahan di atas sedang promo murah dan jimat berbaloi-baloi.

7. Buat Bersama Rakan-Rakan atau Berkumpulan

Ok, last. Ajaklah rakan-rakan, ahli keluarga buat sama-sama Diet Intermittent Fasting. Selalu inilah cabaran bila kita nak diet. Orang sekeliling akan menolak. Korang bertuah kalau mereka setuju buat bersama-sama.

Jangan risau. Kita ada group Diet Intermittent Fasting. Jadi once korang membeli Makanan Tambahan di atas, kita akan add masuk group Diet IF. Dengan syarat korang kena commit. If nak buat sendiri pun boleh. Sebab saya pun ramai je monitor dan guide pelanggan-pelanggan yang buat Diet IF secara relax.

Okey. Terima kasih kerana korang membaca entry ini sehingga habis. All the best for your journey Diet Intermittent Fasting. Kat bawah ni, saya share sedikit result terkini rakan-rakan pelanggan yang mengamalkan Diet IF bersama kami.

Klik untuk besarkan foto untuk penglihatan yang lebih jelas.


Klik untuk besarkan foto untuk penglihatan yang lebih jelas.


#blogmegashaklee 
#shakleethrive2023 
#shakleethriumph2023

1 comment:

Siti Aisah Ibrahim said...

Terima kasih perkongsian yg diberikan

Post a Comment