Pages

Friday, 16 June 2023

3 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT DARI RUMAH

Amalan Gaya Hidup Sihat akan berjaya membentuk sebuah keluarga yang ceria, harmoni dan bahagia. Dan ianya bermula dari rumah, dari new habit yang ditunjukkan oleh kedua-dua ibu-bapa kepada anak-anak mereka. Namun bukan semua Ibu Bapa mempunyai kesedaran mengamalkan gaya hidup sihat ini. Tidak mengapa. Jangan risau. Anda masih belum terlambat lagi.

Saya percaya anda yang sedang membaca posting ini tengah berusaha mengubah kehidupan anda dan juga keluarga ke arah yang lebih baik. Betul? Tahniah saya ucapkan. Kerana anda dipilih oleh Allah untuk berubah.

Badan kita adalah anugerah Allah yang paling berharga yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Namun di era yang semakin moden ini, sedar tidak sedar mungkin kita menjadi salah seorang yang disahkan oleh doktor mempunyai penyakit kronik, penyakit 3 serangkai ataupun BMI melebihi berat yang ideal atau mempunyai masalah kesihatan mental yang semakin merisaukan.

Menurut laporan dari Laman Web Rasmi Majlis Keselamatan Negara pada 13 April 2023, Kesihatan Mental di Malaysia semakin membimbangkan.

Amalan Gaya Hidup Sihat Jaminan Keluarga Bahagia
Pada Oktober 2022, Menteri kesihatan Malaysia melaporkan bahawa pada tahun 2021, sebanyak 212 319 panggilan diterima oleh Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) berbanding pada tahun sebelumnya dengan 44 061 panggilan.

Manakala menurut laporan Bernama di Astro Awani bertarikh 11 Mac 2023, Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Zaliha Mustafa menyatakan statistik kajian tempatan mendapati satu daripada setiap tujuh rakyat Malaysia mengalami penyakit buah pinggang kronik dan 9,000 pesakit telah dikenal pasti perlu menjalani rawatan dialisis setiap tahun.

Amalan gaya hidup sihat
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) tahun 2015.

Lebih separuh populasi dewasa Malaysia iaitu satu daripada dua orang bersamaan 50.1 peratus adalah Obesiti atau berlebihan berat badan berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS 2019) sekali gus menunjukkan peningkatan daripada 47.7 peratus (NHMS 2015).

cara lakukan amalan gaya hidup sihat yang mudah
Ini pula adalah graf perbanding Obesiti dikalangan orang dewasa dan kanak-kanak di Malaysia dengan negara-negara di Asia Tenggara. Graf menunjukkan Golongan Dewasa Malaysia berada di kadar tertinggi berbanding negara-negara lain. Manakala untuk Golongan Kanak-kanak dan Remaja pula kita berada di tangga kedua tertinggi selepas Brunei.

Jadi melihat kepada statistik ini semua, penting untuk kita mengurangkan kadar peratusan peningkatan masalah kesihatan di Malaysia dengan melakukan amalan-amalan gaya hidup sihat seperti di bawah :

  1. Ambil pemakanan yang seimbang
  2. Memastikan berat badan berada dalam keadaan normal
  3. Bersukan atau beriadah
  4. Jaga pola tidur
  5. Bangun awal pagi
  6. Minum air yang cukup
  7. Membaca ilmu-ilmu bermanfaat yang positive

AMBIL PEMAKANAN SEIMBANG

3 Amalan gaya Hidup Sihat

Ya, mulai ubah pemakanan kurang sihat kepada pemakanan yang lebih sihat, berzat, bernutrisi dan berkhasiat yang seimbang dalam setiap hidangan harian anda.

Jika sebelum ini anda sekeluarga banyak mengambil makanan fast food, process food atau makanan yang tinggi garam, manis, bergula dan protein dari daging merah seperti daging lembu dan ayam. Bermula hari ini boleh rancang pemakanan harian anda sekeluarga dengan pilihan pemakanan yang lebih baik dalam portion yang sederhana seperti :

  • Masak sendiri dari rumah hidangan yang mudah dan sihat
  • Masak lauk berasaskan protein yang kurang kolestrol tetapi mempunyai asid lemak Omega 3 yang bagus untuk kesihatan jantung, hati dan minda serta maintain berat badan seperti Ikan kembung, Cencaru, Patin, Keli, Tongkol/Aya, Sardin/ Selayang, Siakap, Bawal, Salmon dan banyak lagi.
  • Jika sebelum ini buat stok makanan sebulan sekali, mungkin boleh kurangkan 1 minggu sekali. Kerana makanan yang disimpan lebih lama di dalam peti ais sejukbeku mempunyai risiko penyumbang kepada kanser. Ini ilmu kesihatan yang saya peroleh dari class Gaya Hidup mengundang Cancer dan Pencegahan dengan Polifenol by Prof. Dr Haresh.
  • Selain itu, banyakkan sayur-sayur hijau seperti salad, timun jepun, bendi dan ulam-ulaman lain. Jadi kita akan lebih jimat masa. Masak satu lauk sahaja. Lebihkan buah dan sayur-sayuran segar.
  • Beras boleh tukar kepada beras yang Indeks Glisemiknya rendah.
Pilihan Amalan Gaya hidup Sihat

MEMASTIKAN BERAT BADAN NORMAL

Peringatan bersama, kita perlu sentiasa memastikan berat sentiasa berada di tahap normal atau berat Ideal. Jika kita mula merasa perubahan yang ketara seperti baju dah mula ketat, saiz badan dah mula berubah, itu bermaksud berat semakin bertambah.

Terutama untuk kaum wanita selepas mengandung dan melahirkan. Ini cabaran kita sebagai wanita. Jangan berputus asa jika anda telah banyak kali gagal untuk kurus. Cuba follow dulu amalan gaya hidup sihat ini. In Shaa Allah berat badan akan mula menyusut.

BERSUKAN ATAU BERIADAH

Lazimkan bergerak aktif, fokus untuk mengeluarkan peluh minima 30 minit setiap hari.

Ada pelbagai cara untuk berpeluh secara sihat seperti bercucuk tanam sayur-sayuran yang mudah diurus dan dijaga. Aktiviti ini mampu membuatkan kita happy dan hasil tanaman dapat dipetik untuk makanan dapur sihat keluarga kita nanti.

Selain itu boleh berbasikal, jogging, bermain badminton, atau senaman indoor yang memberi impak yang baik. Anda boleh follow video-video senaman pendek di channel youtebe. Ada banyak pilihan untuk beginner.

Bagi mengelak cepat bosan dengan sesuatu aktiviti, anda boleh pelbagaikannya setiap hari mengikut kesesuain tempat dan masa.

JAGA POLA TIDUR

Jaga pola tidur anda kerana badan yang sihat dan bertenaga di siang hari bergantung dengan tidur yang berkualiti di malam hari nya. Waktu tidur terbaik adalah di antara jam 9 malam hingga 12 tengah malam. Tidur 1 jam pada waktu ini bersamaan kualiti tidur 3 jam.

Anda perasan tak, bila anda tidur lewat melepasi jam 12 tengah malam, badan terasa sangat penat. Kita sangka dah tidur lama walaupun bangun jam 6 pagi.

Lagi pun tidur awal mampu mengaktifkan hormon Melatonin yang mana ia hormon tidur yang akan keluar bila kita tidur di antara waktu yang saya sebutkan di atas.

Dan pastikan suasana bilik tidur anda berada dalam keadaan gelap. Kerana hormon ini akan keluar tanpa cahaya. Bersyukur kita berada di Malaysia mendapat waktu siang dan malam yang seimbang. Ada setengah negara seperti 5 negara ini langsung tidak mendapat malam.

5 Negara sentiasa bersinar tanpa malam.

BANGUN AWAL PAGI

Kebaikan tidur awal di malam harinya kita dapat bangun lebih awal di waktu pagi sebelum subuh. Kelebihannya anda boleh gunakan masa ini untuk menunaikan Solat Sunat Tahajjud, Solat Hajat, Solat Taubat dan ibadah lain seperti mengaji, berzikir, bersolawat dan bertahmid.

Dari ilmu-ilmu yang saya pernah pelajari, waktu ini alam mempunyai energi yang luar biasa, aura yang sejuk. Kerana hanya mereka yang terpilih sahaja akan bangun dan bermunajat bagi ummat Islam dan bermeditasi bagi non-muslim.

Jadi untuk menjadi hambaNya yang terpilih kita kena jaga amalan-amalan gaya hidup sihat yang saya telah kongsikan di point 1 hingga 4. In Shaa Allah.

MINUM AIR KOSONG YANG CUKUP

Untuk badan kita sentiasa kekal sihat, pastikan anda dan keluarga anda mengambil air kosong yang cukup untuk keperluan badan setiap hari minima 2 liter.

Lebih bagus jika dapat mengikuti formula keperluan air yang pernah saya kongsikan di sini.

MEMBACA ILMU-ILMU BERMANFAAT DAN POSITIVE

Ramai billionaires, hartawan yang telah berjaya mempunyai satu habit yang sama. Iaitu habit membaca. Jadi, nak jadi orang yang berjaya dan hebat perbanyakkan lah membaca buku kata-kata motivasi, buku berilmiah, buku bisnes, buku pembangunan diri dan bermanfaat untuk anda, keluarga serta orang sekeliling.

Anda dapat sesuatu.

Semoga sharing saya tentang Amalam Gaya Hidup Sihat ini menjadi asbab kadar permasalahan kesihatan di Malaysia semakin menunjukkan penurunan yang memberansangkan. Anda pula dikurniakan sebuah keluarga yang sihat, ceria dan bahagia dunia akhirat dalam membina keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah. In Shaa Allah.

Nak produk Shaklee untuk membantu melengkapi nutrien gap anda, boleh hubungi saya di sini : Sakinah Shaklee.

Atau klik baca Testimoni-Testimoni Terkini Shaklee.

Nak join kami untuk buat bisnes Shaklee bersama-sama, jana pendapatan tambahan 3 ke 4 angka setiap bulan, hubungi saya direct.

Sekian, wassalam.

#NextLevelBlogging #blogmegashaklee #projekblogmega2 #shakleethrive2023 #shakleethriumph202#SetRahmahShaklee2023 #ResVivixCampaign #testimonishaklee #sakinahshaklee #shakleekualaterengganu


No comments:

Post a Comment