Pages

Thursday, 15 June 2023

KANSER PAYUDARA BOLEH SEMBUH KE?

Perkara yang paling menakutkan bagi kaum wanita seluruh dunia adalah Kanser Payudara. Hari ini tiba-tiba saya dan rakan-rakan Alumni UiTM Machang dikhabarkan dengan berita duka seorang rakan wanita kami telah meninggal dunia seawal jam 3.15 pagi kerana menghidap Kanser Payudara Stage 4 dan meninggalkan seorang anak yang masih kecil berusia 5 tahun. Allahuakhbar. Saya sedih. Sebab usia kami sebaya, anak saya pun baru enam tahun dan sangat manja dengan saya. Bagaimanalah keadaan anak arwah.

Al-Fatihah dan salam Takziah buat arwah rakan kami, Nad. Terkejut dan sangat-sangat sedih kerana saya masih ingat susuk wajah orangnya walau kami tidak pernah rapat kerana berbeza jabatan. Tetapi arwah pernah menjadi sebahagian dari diari kehidupan saya semasa zaman belajar UiTM dahulu.

Innalillahi wainna ilahi rojiun.. sebenarnya berita kematian adalah sebuah peringatan buat kita yang masih hidup. Yang pergi telah selesai amanah dan tanggungjawabnya di dunia. Perginya arwah disebabkan oleh bertahun-tahun melawan Penyakit Kanser Payudara. In Shaa Allah syurga buatnya. Kita yang masih hidup ini.. belum pasti lagi bagaimana dan bila masanya. Adakah di saat sihat atau di saat sakit atau kerana kemalangan. Sudah semestinya kita ingin kematian dalam Husnul Khatimah (Pengakhiran yang baik yang dimuliakan). In Shaa Allah.

Saya pun takut bila sebut pasal mati. Saya pun tidak tahu kenapa semalam saya boleh bermimpi pasal kematian. Tapi, mimpi ini tentang kematian Emak saya. Saya terkejut bila mendapat tahu Emak meninggal. Beberapa watak di dalamnya pun orang yang telah tiada. Secara realitinya jalan mimpi saya itu tidak logik. Sebab Emak kami dah setahun lebih meninggal dunia. Saya pun tidak tahu adakah ia mimpi mainan tidur atau mimpi peringatan. Walau apa-pun sebaik-baiknya saya bacakan Al-Fatihah buat kedua orang tua kami yang telah lama kembali ke alam sana.

Al-Fatihah.. buat bonda Hjh Hasanah Binti Mohamad dan ayahanda Hj Mat Said Bin Mamat.

Berbalik kepada berita kematian rakan saya tadi.. kita perlu sentiasa sedar. Sebagai wanita kita kena menjadi seorang yang sangat kuat dan belajar berdikari walaupun telah berumahtangga. Walau anda mungkin direzekikan mempunyai seorang suami dan anak-anak yang bertanggungjwab, ringan tulang, penyayang dan memudahkan segala urusan harian dalam keluarga. Sebaik-baik pasangan pun kita tidak tahu sampai bila mereka akan bersama kita dan kita sendiri tidak tahu sampai bila dapat bersama anak-anak dan suami.

Mendapat suami yang memudahkan dan memahami serta berusaha sama-sama meringankan urusan membina keluarga itu adalah bonus buat kaum isteri. Kerana mendidik dan membesarkan anak-anak ni tidak mudah di era zaman sekarang. Dan si suami yang faham agama kena sedar perkahwinan ini adalah tanggungjawab bersama. Tambahan kalau dua-dua suami isteri bekerja.

Inikan pula isteri yang sepenuh masa sebagai pengurus rumahtangga. Cabarannya sangat berbeza.

Penat.. tertekan. Dunianya 24 jam hanya di rumah. Kalau advance sikit.. dapatlah keluar mencari barangan dapur dan hantar anak ke sekolah serta pulang dari sekolah. Kebanyakkan ramai kaum isteri yang tidak lari dari menjadi multi-tasking dalam keluarga. Tak ramai pun suami yang melayan isteri seperti bidadari. Kerana budaya masyarakat melayu urusan rumah semua di bahu isteri.

Sebagai seorang isteri kita tidak mengharap dilayan seperti bidadari. Cukup membantu dan meringankan kerja bersama. Beri ruang isteri ber me-time. Ada masa untuk healing dan buat rawatan urutan wajah dan badan di spa atau Mobile Spa BOTG.

Beli jiwa isteri tidak semestinya perlu berhabis duit. Banyak perkara yang boleh suami lakukan seperti pastikan buang sampah setiap hari, mandikan anak-anak, ajar anak buat kerja sekolah, basuh pinggan mangkuk, basuh kain baju dan keringkan. Kan ringan kerja-kerja isteri bila kita buat begitu. Ya, kebanyakkan kaum suami sendiri tak mampu lakukan sehebat kaum isteri.

Tak salah mencuba dan perbaiki from time to time. Isteri pun tidak sempurna. Dia pun manusia biasa perlu istirehat dan layanan istimewa. Bukan susah pun nak meraih jiwa isteri. Buat kaum suami yang membaca entry ini, cuba try. Agak-agak happy tak isteri korang nanti?

In Shaa Allah happy dan isteri sangat bersyukur.

Syukur sejak internet di hujung jari ni, ramai mula ada pendedahan yang mana memasak, mengurus pakaian, anak-anak, segala kerja yang selama ini dilakukan oleh si isteri itu adalah tanggungjawab suami. Bukan balik dari tempat kerja bersenang-senang mengadap tv, phone atau tunggu masa dipanggil untuk makan dan berangan dilayan seperti raja. Anak menangis, berak kencing dibiarkan begitu sahaja. Sedangkan isteri ni terkejar-kejar nak buat segala benda. Multi-tasking kan.

Apa yang isteri buat selama ini itu adalah ehsan nya.

Lain lah kalau suami mampu menyediakan pembantu rumah. Ini pembantu rumah pun tak mampu. Kadang mampu tetapi nak ada privacy. Tidak suka ada orang luar di dalam rumah, tidak suka makan air tangan orang lain selain masakan isteri sendiri. Tak de masalah tak de pembantu rumah kalau sama-sama bantu uruskan keluarga. Kerja siap awal, dapat berehat sama-sama. Dapat hidup yang berkualiti, hubungan suami isteri menjadi lebih akrab. Kan seronok begitu.

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kan bagus begitu.

Sebagai seorang isteri muda, di sini lah penting untuk menjadi bijak dan kekal sihat bertenaga. Elak dari stress yang boleh mengundang kanser payudara. Nasihat saya ambillah Suplemen Terbaik! Shaklee Special untuk membantu meringankan beban sakit anda. Jaga pemakanan, jauhi makanan yang boleh mengaktifkan sel-sel abnormal kanser seperti gula dan makanan-makanan yang tinggi karbohidrat. Lazimkan bersukan. Saya pun kena fight setiap hari bersukan dan bergerak aktif melakukan aktiviti yang membuatkan kita terasa tenang dan detox peluh.

Sebaliknya amalkan secara consistent ResVivix Shaklee yang tinggi kandungan Polifenol yang mana ianya mampu melindungi sel-sel sihat dan memberi tenaga kepada badan kita yang lemah dan kepenatan. Dan yang lebih penting Resveratrol di dalam main ingredients Vivix boleh merencatkan sel-sel kanser.

Ok, jadi boleh sembuh ke Kanser Payudara ni? Anda boleh baca kisah Kanser Payudara Survivor yang penuh ceria dan inspirasi ini.

Alhamdulillah hari ini dah banyak kes-kes pesakit kanser sembuh dengan izinNya dan semestinya kena disiplin. Semoga Allah merahmati kita sekeluarga.

Nak produk promosi Shaklee ResVivix dengan plan pembayaran yang jimat 5% dan menguntungkan 0% interest EzyPay Installment Plan 6 months serendah RM248.05, hubungi saya segera.

Atau anda boleh sahaja melayari website kami di atas talian di sini ; https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P807?sid=1168494

Nak buat bisnes Shaklee dan menjadi pengedar sah Shaklee, boleh whatsapp saya untuk details.

Sehingga berjumpa lagi di lain waktu.

Sekian, wassalam.

#NextLevelBlogging #blogmegashaklee #projekblogmega2 #shakleethrive2023 #shakleethriumph202#SetRahmahShaklee2023 #ResVivixCampaign #testimonishaklee #sakinahshaklee #shakleekualaterengganu


No comments:

Post a Comment