Pages

Friday, 16 January 2015

ANAK MUDA TOLAK TAWARAN PENSYARAH KERANA KELUARGA

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat Cinta Hati Sakinah pada petang ini? SMS doakan sahabat semua sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT. InsyaAllah.

Saya nak berkongsi satu kisah hidup untuk pedoman sahabat semua dunia dan akhirat.

TANGGAL 29 JUN 2014

Bermulalah episod hidup baru saya sebagai seorang penganggur berjaya di abad ini. Saya ditamatkan kontrak kerja sebagai seorang pendidik. Boleh baca DI SINI.

Perasaan? Anda boleh baca DI SINI, perasaan saya ketika itu.

Since, saya tiada pekerjaan.. simpanan pun semakin susut. Pelbagai usaha saya lakukan untuk dapatkan kerja dalam tempoh 2 bulan. Saya pergi ke setiap company untuk mencari kerja-kerja kosong.

Kerana saya yakin.. pasti, ada majikan nak bagi saya kerja. Janji, saya usaha dan usaha. Tak memilih kerja.

Tapi, saya memilih jugak.. Hehehe..

Saya pilih kerja yang menjaga pemakaian saya sebagai seorang wanita muslimah. Kiranya, saya letakkan kepentingan agama sebagai syarat untuk terima kerja.

Kalau siapa mengenali saya.. Mesti, taw siapa saya. Saya merupakan seorang pendidik. Baru nak mengenali dunia pendidikan. Ada lah pengalaman kerja dalam 4 tahun. Tak hebat mana pun, nak dibandingkan dengan pendidik-pendidik lain.

Saya pergi shopping mall, IPTA, IPTS, Butik, kedai dan macam-macam lah.

Saya apply, jawatan kosong secara online.

Jawatan kosong dan peluang pekerjaan
Tapi, satu pun tak ada yang sangkut. Uhh..!!

Saya cukup stress sebenarnya, bila hari berganti hari.. minggu berganti minggu, bulan berganti bulan.. sebab, saya telah melalui fasa tanam anggur, sebelum nie.

Tambahan makin stress bila fikirkan tanggungjawab kepada mak, adik-adik dan hutang yang belum habis bayar.

PERBELANJAAN RUMAH

Saya mula mencongak-congak perbelanjaan bulanan bila duit simpanan saya makin susut dan tiada penambahan langsung.



Allahukahbar.

Hanya Allah je, yang taw perasaan saya.

Saya tak pernah berhenti berusaha dan berdoa kepada-Nya. Saya bersabar kerana saya yakin dengan kuasa Allah. Pasti, ada sesuatu yang Allah nak berikan untuk saya.

Think Positive & Keep Smiling :-)

1. Perbelanjaan untuk 8 orang adik-beradik dan Emak:

     Belanja Emak - RM500
     Belanja Sekolah adik-adik - RM500
     Belanja Rumah - RM500
     2 Loan Belajar - RM300
     Installment Kereta - RM600
     Insurans saya dan adik-adik - RM420 (yang lain, abang saya yang cover)
     Bil-bil -RM200
     Saving - RM200
     Belanja barang wanita - RM100 (paling sikit)
     Kecemasan - RM150
     Outsation - RM200
     Minyak - RM300
     Belanja sendiri -RM300 (makan kat luar sebab tak sempat nak masak)
     Sedekah - RM100

     TOTAL : RM4 370

Ini perbelanjaan bulanan saya sebelum diberhentikan kerja. Banyakkan..

So, sekarang terpaksa cut expenses saya. Beberapa bulan yang lepas.

2. Perbelanjaan untuk 8 orang adik-beradik dan Emak selepas tiada sumber pendapatan:

     Belanja Emak - RM50
     Belanja Sekolah adik-adik - RM50
     Belanja Rumah - RM50
     2 Loan Belajar - RM0
     Installment Kereta - RM600 (wajib)
     Insurans saya dan adik-adik - RM0
     Bil-bil -RM80 (wifi kat rumah)
     Saving - RM0
     Belanja barang wanita - RM30 (Keperluan yang paling penting)
     Kecemasan - RM0
     Outsation - RM0
     Minyak - RM30 (Nak cari kerja)
     Belanja sendiri -RM0
     Sedekah - RM30

     TOTAL : RM920

Sedekah atau zakat adalah penyubur rezeki. So, jangan teragak-agak untuk jadikan ianya sebagai sebahagian daripada amalan kita.

Ini je lah, perbelanjaan yang saya mampu tanggung dengan saving bekerja sebelum ini. Teruk,kan saya..

Terasa jatuh dan terus jatuh. Susahnya, nak bangun.

TEMUDUGA CIKGU TADIKA

Alhamdulillah.. permohonan saya untuk jadi cikgu tadika Little Caliph diterima. Saya perlu menghadiri temuduga oleh pihak tadika.

Selepas seminggu, hari yang ditunggu-tunggu pun tiba.

Hatiku berdebar-debar tak keruan. Ramainya, orang datang temuduga. 



Sempat jugak bersembang-sembang dengan candidate yang terlibat. Majoriti, adik-adik lagi. Hatiku, mula rasa sesuatu.

Rasa rendah diri dan serba salah sangat-sangat.

Sebab, mereka lebih layak. Saya hanya berpengalaman handle pelajar yang dah besar,, belum pernah mengajar kanak-kanak.

Kerana memikirkan tujuan utama nak bukak private kindergarten dan perlu mencari pengalaman.. saya gagahkan jugak usaha untuk mencuba. Rezeki kan, milik Allah. InsyaAllah, ada untuk mak dan adik-adik saya. 

Selepas, temuduga saya berdoa. Saya mintak dengan Allah.. Jika ini, rezeki saya. Saya mohon dipermudahkan dan berjaya.

Jika sebaliknya, saya yakin Aisyah (bukan nama sebenar. Saya sempat sembang-sembang dengan dia time interview. Adik ini, lebih layak dari pengalaman saya sendiri sebagai pendidik).

Dia ada ciri-ciri cikgu tadika yang tak de pada saya dan mereka yang lain. Ini, pandangan saya lah. Saya kan berborak dengan dorang. Saya yang interview dorang dulu. Hahaha..

Hati pun, tak rasa saya akan dapat. Seolah-olah ada sesuatu yang lain. Bukan ini, rezeki saya. 

Kalau sahabat nak tahu.. Saya memang dari dulu lagi sentiasa meminta satu je dengan Allah. Tiada dua, atau tiga. Saya fokus dalam doa. Supaya mudah Allah nak bagi kepada saya.

Alhamdulillah.. benar, lah. Memang, bukan rezeki mak dan adik-adik pun. (Sahabat boleh baca DI SINI)

KUNCI KEJAYAAN SAYA YANG RAMAI KAWAN-KAWAN CEMBURU

Saya meminta melalui doa.. kemudian, saya doa dan terus berdoa serta yakin dengan kuasa Allah SWT yang ramai kawan-kawan saya tak tahu.

Saya sentiasa berusaha untuk membahagiakan Emak, ayah dan adik-adik. Siapa saya hari ini, adalah kerana mereka kekuatan saya.

Disamping berdoa, saya berusaha dan memberi seberapa banyak usaha dengan tulang empat kerat dan nikmat kesempurnaan ini.

Jika orang kurang upaya, mampu.. Saya lagi lah, mampu berjaya dan bahagia. Alhamdulillah.

Saya akan mencari seberapa banyak peluang yang ada untuk berjaya. Saya akan buat apa yang orang biasa tak buat. Di kala, orang lain dibuai mimpi lena, saya berjaga untuk sebuah pengorbanan dan kejayaan.

Time belajar.. kawan-kawan keluar jalan-jalan hujung minggu. Saya antara insan yang terperap kat hostel untuk siapkan kerja dan fokus. Saya akan gunakan masa yang ada untuk ke perpustakaan dan menyelesaikan tugasan yang diberi.

Sebab, masa saya sangat emas.

Begitulah, hidup saya sebagai seorang anak dan kakak sulong yang ramai tak tahu.

Alhamdulillah, setelah saya berniaga online sebagai Working-At-Home-Woman (WAHW).. banyak pulak tawaran meenjadi pensyarah yang saya dapat.

Tapi, saya tolak sebab saya lebih suka menjana ekonomi keluarga dan agama dengan berniaga.

Banyak perkara yang mampu saya lakukan setelah jadi WAHW nie, rupanya. Rezeki datang dari sumber yang tak disangka-sangka.


Syukur sangat-sangat.

Alhamdulillah..

K,lah sahabat. Sampai di sini dulu kisah perkongsian saya untuk hari ini. Mudah-mudahan ianya memberi 1001 pedoman kepada anda semua.

Sila LIKE & SHARE untuk kebaikan dan manfaat mereka di luar sana dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Sama-samalah kita berusaha untuk membahagiakan keluarga dan mereka disekeliling kita. 

SMS doakan sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

Thanks For Reading :-)

Sekian, wassalam,

Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment