Pages

Sunday, 24 May 2015

PERUT BAYI SEBESAR BIJI GULI

Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog Cinta Hati SMS sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT dalam apa jua urusan.

InsyaAllah.

Entry hari ni, khas untuk ibu-ibu muda dan juga bakal-bakal ibu.

Saya selalu mendengar luahan hati si ibu yang baru melahirkan anak pertama.

Masalahnya, tiada susu. Anak lapar.

Maka, susu formula lah yang menjadi jalan terakhir.

Kecian, saya dengar.

PERUT BAYI SEBESAR BIJI GULI

Sahabat,

Sebenarnya, perut bayi yang baru dilahirkan kecik je. Diumpamakan seperti besar biji guli. Ini lah kata-kata yang pernah dikongsikan oleh beberapa orang ibu muda sekeliling saya.

Dan tiap anak itu telah ada rezeki oleh Allah SWT untuk si kecil.

Jangan risau.

Sentiasalah berdoa memohon kepadaNya semoga dilimpahi rezeki untuk anak kita.

Elakkan daripada bergantung kepada susu formula. Kerana susu ibu lebih berkhasiat dari segala jenis susu di dunia ini.

Dalam Al-Quran sendiri ada termaktub mengenai kisah susu ibu (Saya ada kongsikan DI SINI).

TIPS MENYUSU BAYI UNTUK TEMPOH 2 TAHUN

1. Kerapkan menyusu bayi anda. Semakin kerap anda menyusu, semakin mudah susu dihasilkan.

Menyusu atau mengepam setiap 2-3 jam sekali lebih baik.

Susu ibarat seperti air sungai yang mana ianya merujuk kepada rezeki anak anda (Boleh baca di sini).

2. Si ibu perlu sentiasa tenang, ceria, positif dan yakin.

3. Elakkan minum ais batu. Ia sangat tidak elok untuk susu ibu.

4. Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

5. Jangan skip makan ye, kawan-kawan.

Ibu menyusu nie cepat membakar kalori. Sebab tue, siapa yang fully breastfeeding boleh kurus dengan mudah.

6. Si ibu perlu amalkan pemakanan yang berkhasiat dan penuh dengan nutrisi.

Anda boleh cuba set Menyusu Shaklee yang terbaik untuk meriahkan susu anda untuk si bayi yang comel.

Cukupkan keperluan nutrisi anda dan anak anda dengan Set Menyusu Ibu & Anak.
Bukan setakat meriahkan susu.

Bahkan banyak kesan sampingan lain jika anda ambil dengan cara panduan yang betul.

Pastikan anda dapatkan dari pihak pengedar yang berilmu yer.

Kerana di luar sana, sangat ramai yang consume supplement Shaklee tetapi tiada ilmu dan membazir. At last, katanya Shaklee tak menjadi. Tak berkesan.

Sebenarnya, dorang ambil tanpa panduan yang betul dan consultancy berterusan.

Kalau kita ada masalah kesihatan.. kita pergi ke hospital. Doktor mesti bagi jadual, next temujanji kan..?

Tak pun, kalau sakit biasa-biasa je cam demam ke. Pasti, ada pesanan kat kaunter atau bungkusan ubat. Jika keadaan berterusan atau ada kesan sampingan.. sila rujuk klinik berdekatan atau doktor yang berkenaan.

Betul, betul?

Kat bawah nie, saya ada kongsikan sedikit testimoni pengguna Set Menyusu Shaklee :-

SET MENYUSU SHAKLEE #1
SET MENYUSU SHAKLEE #2
SET MENYUSU SHAKLEE #3
SET MENYUSU SHAKLEE #4
SET MENYUSU SHAKLEE #5
SET MENYUSU SHAKLEE #6
SET MENYUSU SHAKLEE #7
SET MENYUSU SHAKLEE #8
SET MENYUSU SHAKLEE #9 #10
SET MENYUSU SHAKLEE #11 #12
Semoga dengan sharing ini dapat membantu mengurangkan masalah mahupun kesulitan yang sedang anda lalui.

Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini memberi manfaat kepada rakan-rakan atau saudara-mara di luar sana.

InsyaAllah.

SMS doakan anda semua sihat, kaya dan bahagia dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment