Ini contoh Kits untuk check up bacaan gula dalam darah ibu dan ayah kita yang ada kencing manis.
Saya beli 2 tahun lepas (Hujung tahun 2014). Masih lagi elok. Harganya RM100++ sekali dengan mesin elektronik, jarum, chips bacaan dan kapas basah.
Yang pasti, ia yang terbaik antara yang dicadangkan oleh ahli farmasi tersebut. Farmasi dekat Malay Town. Apa lah namanya. Yang pasti, Farmasi cina.
Asal saya pergi ke farmasi melayu untuk survey. Niat dihati untuk bantu anak melayu.
Tapi, saya kecewa dengan servis dorang. Berbanding farmasi cina.. mereka sangat menjaga hati pelanggan dan berikan servis terbaik.
From A to Z. Bahkan dapat discount sebab saya ambil full set dan automatik mendapat keahlian percuma. So, next time setiap belian saya ada discounts.