Pages

Thursday, 29 January 2015

10 PERKARA BAHAGIA APABILA MENJADI WORKING-AT-HOME-WOMAN

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar, sahabat Cinta Hati Sakinah semua?

SMS doakan, semoga sahabat sentiasa berbahagia seperti SMS. Malah, doa SMS kepada anda agar sahabat semua lebih bahagia lagi. InsyaAllah :-)

Pejam celik, pejam celik.. Januari dah nak sampai ke penghujungnya. Sekejap, je masa berlalu.

Baru, je kita duk sibuk pasal banjir, persediaan anak-anak ke sekolah, azam dan harapan tahun baru dan macam-macam lah. 

Sedar tak sedar, masa amat mencemburui kita. Huhuhu..

SMS pun, dah hampir 5 bulan menjadi Working-At-Home-Woman (WAHW). Alhamdulillah, terasa indah dan bahagianya hidup ini.

Perkara yang tak pernah terlintas dek akal fikiran. Perkara yang tiada dalam perancangan hidup sebelum ini.

Tapi, itulah.. Kita hanya mampu merancang, selebihnya Allah SWT yang menentukan.

Allahuakhbar..

Besarnya, kuasa Allah SWT.

*Maaf! banyak backlink yang berkaitan.

MUDAHNYA KEPUTUSAN DIBUAT

Syukur, kepada-Nya sekali lagi. Sebab, ujian demi ujian (boleh baca DI SINI dan DI SINI) yang dilalui telah memudahkan saya membuat keputusan jadi WAHW.

Alhamdulillah..

Sebenarnya, impian untuk berada dekat dengan keluarga yang membuatkan jalan saya lebih mudah.

Even, saya belum kahwin.. Sebagai seorang wanita, saya selalu berfikir :

"Sampai bila aku harus begini? Pergi kerja, keluar pagi..balik malam. Akhir bulan, dapat gaji... tolak hutang. Nak bagi duit belanja keluarga pun, kadang-kadang sesak. huhuhu "

Ada jugak suara berbisik :

" Alah.. Ko nak risau apa, Sakinah. Ko, kan perempuan. Bukan tanggungjawab ko pun nak tanggung family. Itu tanggungjawab lelaki. Itu, kerja lelaki lah. Kalau ko, kahwin nanti.. Ko, goyang kaki je lah. Bukan susah, pun. Suami ko, kan ada."

Perghhh...!!!!

Ayat, tak boleh bla.. Hahaha.

Kalau saya nie, dapat kahwin dengan millionaires tak pe lah. Ni, ada ke millionaires nak kat saya. Huhuhu..

sekadar gambar hiasan
Cop!!

Berapa orang je, millionaires kat Malaysia nie, sahabat. Kalau ada pun, laki orang. Nak, ke?

Hahaha.. Tak nak! Tak nak! Dorang pun, tak ingin kat ko, sakinah.

BAHAGIA KE JADI WAHW....??

Ramai orang selalu duk tanya saya. Mereka memang suka stalk saya agaknya. Hehehe..

Tak kisah, pun.. saya jawab selagi mampu.

Jangan, lepas baca nie.. segan-segan nak tanya pulak. 

10 PERKARA BAHAGIA YANG SAYA SENDIRI RASAI APABILA MENJADI WAHW:

 1.  Saya mempunyai ruang masa yang amat-amat berkualiti dan produktif.

Sekarang, saya mampu bersama keluarga dari rumah sahaja (Kerja dari rumah). Tanpa perlu risau, memikirkan emak dan adik-adik yang tiada siapa boleh tengok-tengokkan.

Adik yang dah besar, ada je. Abang pun, ada. Tapi, dorang pun bekerja.

Hati saya semakin risau since ayah dah tak de. Rasa setiap saat dan setiap masa nak berada dekat je dengan emak dan adik-adik. Baru senang hati.

Tambahan, saya risau dengan adik perempuan yang kembar tue (boleh baca DI SINI).

 2.  Selain, daripada keluarga.. perkara yang sangat-sangat penting dalam hidup saya ialah Allah SWT.

Jika sebelum ini, saya selalu teralpa dengan utamakan tuntutan kerja dari kewajipan kepada-Nya (boleh baca DI SINI). Sekarang, saya lebih bahagia dengan mencari cinta, menambah ilmu dan dekatkan diri kepada Yang Esa.

 3.  Tak perlu dah nak berkejar-kejar untuk punch card sebelum jam 8.00 pagi. Time kerja dulu kan, selalu je berhati-hati dengan time-in dan time-out.



Begitu, berhati-hati saya menjaga masa untuk prestasi dan kualiti kerja, Tapi, ada je yang tak puas hati. 

Kata orang.. kalau orang tak puas hati nie, ada dua sebab je. Sama ada saya nie, sorang pekerja yang bagus ataupun pekerja teruk!. Hahaha..

Siapa yang kenal saya, je taw bagus ke Sakinah nie?

 4.  Sekali sekala merasa jugak, jamp. Saya terpaksa berebut-rebut tunggu lampu hijau time orang balik kerja. Ni, padah pi shopping tak ingat dunia. Hahaha.

Tapi, sekejap je. Tak macam, dulu. Time Kerja kat KL. Berjam-jam menunggu train. Pastu, crowded pulak. Macam-macam bau ada.

Stress!

 5.  Tiada lagi perasaan takut dan kejut perut bila kena panggil dengan bos. Hati jadi, senang je. Sebab, saya lah pekerja. Saya lah bos!

 6.  Jadi WAHW nie, lagi mudah rupanya. Kita ada pendapatan sendiri. Masa sendiri. Bila-bila masa je, kita bebas (Freedom) nak buat apa-apa pun.



 7.  Kalau ahli keluarga demam atau jatuh sakit ke.. Kita tak perlu dah nak ambil Emergency Leave atau Cuti Khas. Senang citer, tak perlu nak mengadap bos. Nak kena disoal macam-macam.

Ini yang syoknya.. cuti ikut kita. Bukan kita, ikut bilangan cuti yang tinggal. (Tiba -tiba mengimbau kembali kenangan menghitung baki cuti suatu masa dahulu)

 8.  Bila berniaga nie, hidup saya sentiasa lebih positif dari sebelumnya. Dikelilingi oleh insan-insan yang positif.

Mereka-mereka yang positif dalam Mariafirdaus group.
 9.  Setiap hari, ada je ilmu-ilmu baru yang dikongsi bersama mentor dan rakan-rakan niaga melalui online.

 10. Majlis-majlis ilmu dan keraian yang dianjurkan lebih mementingkan kekeluargaan. Dimana, anak-anak boleh turut serta. Jadi, kerja lebih mudah untuk ibu bersosial sekali-sekala.


Credit to Master Ira
Alhamdulillah.. ini, antara kebahagiaan yang SMS perolehi. Banyak lagi, perkara-perkara lain yang sedang menyusul. 

Doakan SMS ya, sahabat.. Semoga SMS terus istiqamah dan improve diri dunia dan akhirat.

Jangan lupa, follow SMS selalu untuk setiap perkembangan menjadi WAHW dan insyaAllah akan datang hidup yang lebih mencabar sebagai WAHM.

Ok, sahabat. Sampai sini, dulu. Thanks for reading :-)

Sila LIKE dan SHARE sekiranya, anda rasa ia bermanfaat kepada rakan-rakan atau saudara-mara di luar sana.

SMS doakan sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat. Dan tidak lupa juga, mampu menjadi WAHW ataupun WAHM.

Sekian, wassalam,
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment