Pages

Saturday, 25 February 2023

9 SEBAB KENAPA COMMUNITY BISNES SHAKLEE SANGAT BEST

Sebelum saya memulakan penulisan kali ini, saya ingin membuat pengakuan jujur.

Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi saya berdasarkan kepada pengalaman selama 15 tahun dalam dunia perniagaan MLM, Conventional, Online Mahupun Offline. Ia tiada kata siapa salah atau sesiapa yang betul . Kerana pengalaman, cabaran dan ujian perniagaan setiap orang adalah berbeza.

Bacalah dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Pandanglah setiap point yang disampaikan secara positif. Semoga yang baik-baik sahaja dikurniakan buat korang.

First tanya kepada diri kenapa korang berada di posting ini? Saya tidak tahu kenapa dan apa tujuannya?

Namun saya sangat percaya setiap mereka yang hadir membaca penulisan saya di sini, berlaku dengan izin Allah. Mungkin ia adalah petunjuk yang sedang Allah aturkan kepada korang yang ingin membuat bisnes tetapi tidak tahu bisnes apa untuk bermula.

Korang search Google, korang jumpa Bisnes Shaklee. Korang search berulang kali keluar pasal Community Bisnes Shaklee pulak. Thats is why you was here.

Ok, kenapa saya ingin berkongsi 9 Sebab Community Bisnes Shaklee Sangat Best!

9 SEBAB KENAPA COMMUNITY BISNES SHAKLEE SANGAT BEST

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini saya dah pernah buat beberapa bisnes selain daripada Shaklee seperti jual fabrik, alatan seni, makanan, baja, to up telefon, education, buku dan apa lagi ya. Hahaha. Saya pun dah tak ingat. Actually dari kecil lagi dah berjinak-jinak berniaga tanpa sedar. Bantu family sediakan bahan-bahan untuk berniaga semasa cuti sekolah, semasa tunggu result SPM. Tapi, secara kecil-kecilan lah. Kami jual barang pukal kepada pembeli yang berniaga jugak. Kebanyakkannya melibatkan makanan yang boleh disimpan lama mahupun sebaliknya.

Dalam banyak-banyak bisnes yang saya ceburi, hanya di Shaklee saya rasa lebih seronok, harmoni serta serasi, mampu bertahan lama. Korang boleh juga baca sharing saya di sini, 5 tahun dan 7 tahun dalam Shaklee.


1. Ramai Guru-guru Yang Pakar dan Berpengalaman lama dalam Community Bisnes Shaklee kami. Mereka berkongsi tanpa mengambil kira kita ni baru atau orang lama. Mereka tidak kira siapa kita sama ada sideline ataupun downline sendiri. Contoh : Korang boleh klik baca sharing saya di sini : Master Hj Roslan 27 Tahun dalam Shaklee, 10 orang Master berpendapatan 5, 6 angka sebulan, Bekas Peguam Hebat Buat Bisnes Shaklee dan Bekas Enginneer Benci MLM akhirnya buat Bisnes Shaklee

**Dalam bisnes shaklee kita memanggil sideline untuk ejen orang lain. Dan downline untuk ejen sendiri.

Ada sesetengah bisnes, kita sukar untuk mencari guru yang faham dengan keperluan bidang bisnes kita. Kalau ada pun mereka mementingkan return/ ada pulangan untuk company mereka. Dan ada yang perlu berbayar mahal kerana kita membeli masa mereka. Normal lah kan. Sebab bagi orang berjaya setiap masa mereka itu emas. Bukan untuk dibazirkan atau dipersia-siakan. 

Tidak dinafikan dalam Community Bisnes Shaklee kami tetap ada kelas berbayar. Tetapi yang berbayar ni selalunya untuk cover perbelanjaan makan, minum dan tempat sekiranya kita menjemput pihak luar selain orang Shaklee sendiri atau majlis dilakukan di luar premis Shaklee yang perlu dibayar sewa dewan.


2. Banyak Majlis-majlis Ilmu dalam Bidang Nutrisi dan Kesihatan yang disampaikan Doktor-doktor dan Nutritionist Yang Bertauliah secara online ataupun offline setiap hari dan berkala. Antara nak dengan tak nak je korang follow dan join. Kalau online, ada yang boleh ulang dengar berulang kali. Ada recording di dalam group secret.

Ada juga kita menjemput Doktor-doktor seperti Dr Hafiz Sulaiman dan Prof Dr Redza Benjamin untuk memantapkan pemahaman terhadap suplemen dari segi sudut perubatan.


Ok, sebut pasal bidang kesihatan, bidang nutrisi bukan semua orang minat.

Sama juga macam saya suatu masa dahulu. Kurang sikitlah minat sebab saya sedar ia disebabkan kita kurang faham dengan sesuatu bidang tersebut. Then, kena faham banyak benda kan zaman sekolah dulu. Pasal Vitamin A, Vitamin Larut Air, Vitamin Tak Larut Air, vitamin-vitamin basic. Saya jadi menyampah dan suka skip part nak kena menghafal contoh-contoh makanan beserta kumpulan nutrien nya. Hahaha.

Bukan salah guru tersebut pun. Lagipun, zaman sekolah apa lah yang kita tahu kan. 

Sekarang ni saya jadi tersuka, terminat sebab ia sebenarnya berkaitan dengan diri kita, ilmu kesihatan ini berkaitan dengan kehidupan seharian kita. Apa kita makan, apa kita lakukan setiap hari semuanya saling berkaitan. So, bukan perkara asing untuk mendalaminya. 

Sebagai contoh, kalau korang sedang mengamalkan diet seperti Diet Intermittent Fasting, korang kena tahu apa nutrient yang sesuai oleh badan bagi membantu proses diet supaya kekal sihat dan tidak memudaratkan diri sendiri selepas kurus.


3. Alhamdulillah, bonus taw kalau korang buat bisnes ada support sistem sama ada dari founder sendiri atau pun syarikat yang terlibat. Sebagai mereka yang baru nak bermula penting buat bisnes yang bersistem.

Jika tidak korang akan terkapai-kapai mencari apa perlu dibuat, cam mana nak membuat pembelian? Cam mana nak kira percentage untung runcit, untung jualan, bonus leadership, bonus lawatan, dan banyak lagi.

Selain itu, syarikat sendiri menyediakan tools marketing untuk support pengedar-pengedarnya sendiri. Bahkan leaders yang introduce Shaklee kepada kita pun bertanggungjawab dalam membantu dan membimbing kita step by step sehingga faham dan berjaya.

Kira apa yang syarikat sediakan tu, kita just buat dan follow sahaja. 

Saya share sedikit antara kelebihan kecil yang Shaklee sediakan buat semua community nya iaitu proses penghantaran barangan kepada pelanggan. Bagi setiap langganan RM300 atau lebih atau RM150 (Semasa Promosi) syarikat akan berikan Free Postage siap beserta dengan insurans. Kalau bisnes yang saya pernah buat sebelum ini, barang yang akan kita post perlu ikut berat produk. Makin berat makin mahal cost penghantarannya dan insurans jaminan keselamatan barang dikira harga lain pulak.

Jadi tak ramai pelanggan sanggup membayar nilai penghantaran yang terlalu mahal semata-mata untuk dapatkan barangan yang dorang boleh cari di tempat lain yang jauh lebih murah.

Saya nampak ini antara salah satu support sistem kecil yang memberi impak besar yang mana syarikat jaga untuk kita as Community Shaklee.


4. Bagi saya Community Bisnes Shaklee seriusly sangat-sangat best. Ukhuwah yang terbina tidak kira siapa pun kita, sebagai suri rumah ke, berpangkat Dato' Datin ke, golongan proffesional mahupun golongan berpendapatan 5, 6 angka sebulan.

Community ini banyak mengajak kepada mengenali Allah sebagai Pemberi Rezeki. Buat bisnes bukan sebab mencari untung dan kejar pangkat semata-mata. Tambahan kita sentiasa diingatkan untuk memperbaiki amalan-amalan bagi menjaga keberkatan rezeki, menjaga hubungan dan tanggungjawab kepada pasangan, anak-anak dan keluarga, saudara-mara, masyarakat dan juga agama.

Suka saya nasihatkan korang, kalau korang nak buat bisnes pilihlah bisnes yang akan membuat korang makin dekat kepada Allah, biar dunia akhirat seimbang agar masa yang berlalu tidak sia-sia. Terutama masa bersama anak-anak.

Jangan kerana sibuk kejar sales, sedar-sedar anak dah besar. Itu yang saya cuba elakkan. Memang agak struggle untuk membesarkan anak di saat kita berniaga. Kerana kita tidak terikat dengan majikan (bagi yang full time working-at-home-mom). Jadi kita perlu mengurus masa sebaik-baiknya. Bahkan Community ini siap mengadakan perkongsian istimewa untuk berkongsi bagaimana menguruskan anak-anak yang ramai tanpa abaikan perniagaan.


Kami selalu diingatkan akan perkara-perkara yang baik, yang positive. Dalam rezeki kita ada rezeki anak-anak. Jangan jadikan anak sebagai alasan tidak boleh fokus.


5. Ya, banyak kelas-kelas percuma yang disampaikan oleh speaker-speaker hebat yang setaraf dengan pasaran luar seperti Master Naquib yang amat dikenali oleh orang-orang Petronas. Mereka sangat respect dengan Master Naquib kerana penyampaiannya di luar imaginasi kita. Saya pun pernah berpeluang menghadiri workshop bisnes secara offline bersama beliau sebelum ini. 

Bukan itu sahaja, terlalu banyak kelas-kelas online Percuma setiap bulan di dalam group secret tanpa henti. Contoh kelas-kelas terbaru bersama Pakar SEO Master Salwa tentang penulisan blog, Master Amin untuk ilmu Youtube, Master-master lain untuk Sosial Media dan terlalu ramai korang. Tak tercatat kat sini. Panjang list nya. Hehehe.


6. Banyak anugerah-anugerah penghargaan yang ber prestij level antarabangsa yang disediakan dalam Community sepanjang saya bersama Shaklee. Setiap tahun akan ada Bisnes Leader National Conference (BLNC) yang berbeza tema dan sentiasa fresh yang membuat kita semua pasti akan teruja. 

Kerana di dalam BLNC ini nanti akan ada penyampaian penerima-penerima Anugerah seperti Leadership Reward, Car Bonus Reward, Incentive Trip dan banyak lagi serta di dalam BLNC ini juga lah kita akan mendapat tahu apakah Good News untuk next cycle . Masa tu korang boleh lah nak melawa, ber fesyen bersama rakan-rakan bisnes yang hadir dan qualified. 

Yang penting anugerah-anugerah tersebut dibayar oleh syarikat tanpa limit. Kalau kita bekerja dalam syarikat, normally tak ramai kan yang akan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pekerja Cemerlang walaupun korang rasa diri dah cukup-cukup cemerlang. Hehehe. 


7. Syoknya! join Community Bisnes Shaklee kerana korang berpeluang peroleh income sama atau lebih daripada Upline ataupun Sideline korang secara beramai-ramai tanpa batasan.

Tak banyak perniagaan yang macam ni. Biasanya bisnes yang berkonsepkan MLM sahaja. Nak pilih bisnes MLM bagaimana? Itu korang kena lah semak. Sebab saya tidak pernah ambil tahu bisnes MLM lain walau pernah terlibat selain Shaklee. Dan Bisnes tu dah tak wujud rasanya. Introducer saya pun dah buat bisnes lain.

Dalam Community ini, kita lebih suka ramai-ramai berjaya, ramai-ramai berpendapatan besar supaya dapat tunaikan Impian masing-masing, bahagiakan orang-orang yang kita sayang, dapat menyumbang kepada ummah melalui zakat dan sedeqah, dapat membantu keluarga dan golongan fakir miskin, asnaf serta orang sekeliling tidak kira masa dan juga keadaan.


8. Team Community Bisnes Shaklee daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Dalam team kami, ada ramai bekas Peguam, Doktor, Ahli Farmasi, Jurutera, Pensyarah, Guru-guru, Pegawai-pegawai kerajaan mahupun swasta, Doktor Falsafah (PHD), Nurse, Pelajar-pelajar yang belajar di Luar Negara, Spa Beautician pun ada dan kebanyakkan mereka ini sudah pun menjadi Suri Rumah Half Time. 

Selalu saya duk sebut wanita kan. Dalam Community kita pun ada golongan lelaki taw yang merangkap bisnes partner kepada pasangan mereka. Ada juga anak muda yang lelaki yang masih bujang belum berkeluarga.

So, Community ini sangat fleksible. Bukan untuk wanita sahaja. Semua golongan, jantina dan usia boleh join.


9. Sebagai Community Bisnes Shaklee, kita semua berpeluang untuk menghadiri event-event bersama Team seperti sebab ke-6 yang saya sebutkan di atas.

Kadang syarikat mengadakan event yang menjemput ahli-ahli Saintis sendiri datang ke Malaysia seperti Ketua Saintis Shaklee yang didatangkan dari US iaitu Dr. Bruce Daggy ataupun semasa menghadiri trip International di luar negara bersama Legasi Bisnes Leaders yang lain. Syarikat pernah menjemput Dr Yasuhiko Kojima, Immunologist yang telah mencipta Nutriferon Shaklee dalam Trip Lawatan ke Japan, 2017.


10. Last bonus korang berada dalam Community ini.

Bisnes Shaklee adalah Bisnes Family, Bisnes untuk keluarga sebab kita makan Shaklee untuk sihat satu keluarga. Kita buat Bisnes Shaklee, pasangan pun dapat penghargaan yang sama. Tidak tertinggal walau seorang. Di atas pentas nanti, nama korang yang dah berkahwin akan dipanggil bersama-sama pasangan taw untuk menerima anugerah.

Selain itu, sekiranya kita meninggal Shaklee sangat menjaga kebajikan keluarga kita dengan mewarisi legasi bisnes kepada anak-anak sekiranya bisnes kita sudah stabil bersama ahli kumpulan yang sangat ramai dan besar. If baru seminggu dua lain cerita lah. Kihkihkih.

Cam mana? Terlalu banyak kan kenapa Community Bisnes Shaklee ni best! Korang nak join? Klik di sini : Coach Bisnes Sakinah Shaklee 

Ok, sehingga kita bertemu di next entry.

Sekian, wassalam.

#blogmegashaklee 
#shakleethrive2023 
#shakleethriumph2023

Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

CONTACT : Click to CALL (019-916 4276)
Click to Whatsapp
FACEBOOK : Sakinah Mat Said
INSTAGRAM : sakinah_mat_said
YOUTUBE CHANNEL : Sakinah Mat Said
EMAIL : sakinahmatsaid@gmail.com
TIKTOK : @sakinah_sms

No comments:

Post a Comment