Tuesday 11 February 2020

KENAPA SAYA BUAT BISNES HARI INI?

Dari kecil, saya ada banyak cita-cita. Saya yakin, anda yang sedang membaca ini pun sama. Pasti ada cita-cita zaman kanak-kanak.

Antara cita-cita saya ialah nak jadi seorang pelukis, Alhamdulillah dah boleh melukis ala-ala seorang pelukis proffesional. Dah berjaya hasil pelbagai karya sendiri.

Selain itu, saya pun nak jadi arkitek. Tapi, tak sangka aturan Allah itu indah. Saya dilorongkan rezeki untuk mengajar budak yang mengambil jurusan arkitek. Walau bukan saya arkiteknya.

Dan ada tiga cita-cita lagi, yang selalu menjadi pilihan hati saya bila orang tanya, besar nanti nak jadi apa?

Iaitu Peguam, doktor dan Ahli Perniagaan. Saya sangat terinpirasi apabila melihat kewibawaan dan karisma seorang peguam berada di mahkamah (Menerusi kisah-kisah cerita di TV. Dasyat, kan. Betapa besarnya impak TV zaman kecil kepada minda saya).

You know what? Bila dah semakin dewasa, saya mula nampak yang mustahil untuk saya jadi peguam. Hehehe.

Apabila keluar result SPM pada tahun 2005, saya tak layak langsung untuk mengambil aliran yang melayakkan saya jadi seorang doktor. Mula dari situ, saya lupakan cita-cita nak jadi doktor, lupakan bayangan menjadi seorang peguam berjaya. Saya tak sanggup untuk spend masa yang panjang untuk dapatkan title seorang doktor apatah lagi peguam. Saya cepat bosan. Walau harapan masih ada kalau berkehendak.

Banyak cita-cita saya kan.

Kenapa saya cerita semua ini? Saya nak jadi macam-macam? Tamak betul Sakinah ni. Tapi, itu lah hakikatnya.

Kita boleh je nak jadi sesiapa pun. Tiada halangan.

Dalam banyak-banyak cita-cita, tak sangka hari ini saya berada dalam perniagaan yang mana 10 tahun lepas saya hanya nampak career pensyarah suatu career yang boleh ubah masa depan keluarga saya. Namun ia hanya tinggal sejarah.

Saya mula berhenti kerjaya sebagai seorang tenaga pengajar pada pertengahan tahun 2014 di saat arwah ayah saya jatuh sakit dan meninggal dalam masa yang amat singkat bagi saya.

Bermula dari situ, saya bertanya kepada diri apa yang saya nak sebenarnya dalam hidup ini?

Saya terduduk. Saya mula mencari sebuah kehidupan selepas sorang demi seorang ahli keluarga saya pergi buat selama-lamanya akibat sakit, mati mengejut, mati accident. Ini memberi mesej kepada saya, yang kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja tanpa syarat.

Saya ada emak dan adik-adik. Saya takut kehilangan emak saya pulak sebab sibuk bekerja. Saya jenis, bila bekerja memang sangat fokus dan boleh abaikan masa dengan family. Sanggup tak cuti semata-mata untuk urusan kerja yang tak pernah selesai.

Selama ini, saya lah role model kepada adik-adik sebagai sorang kakak yang sulong. Walau susah macam mana pun saya akan pastikan mereka bahagia. Saya takkan tunjukkan kesusahan saya dalam keluarga. Cukuplah saya melihat emak bersusah payah untuk memastikan saya berjaya hingga mendapat segulung ijazah. Bertahun emak ayah berkorban untuk saya sahaja.

At the end, saya kata takkan begini kesudahan hidup aku. Takkan ini balasan aku kepada orang tua yang telah banyak berkorban untuk aku? Ayah dah tiada. Tinggal emak sahaja lagi keramat saya pada waktu itu.

Saya mengadu kepada Allah, kenapa saya rasa susahnya untuk dapat kerjaya yang memberi jaminan masa depan untuk keluarga. Bukan mudah untuk mendapat kerjaya tetap yang memberi income stabil bagi support my big family waktu itu.

Bulan September 2014, saya nekad untuk mula berniaga. Saya kata, kenapa nak susah-susah bekerja dengan orang. Why not, berniaga? Ia jauh lebih bagus. Saya boleh beri peluang berkongsi rezeki dengan lebih ramai orang compare saya terkejar-kejar kerja makan gaji.

Saya tanya emak saya, dan emak ok sahaja jika itu yang baik untuk saya.

Yes ! cita-cita zaman kecil yang dilupakan bakal jadi kenyataan.

Tapi, saya cetek ilmu bisnes. Saya pernah ber bisnes zaman sekolah, zaman uitm dulu. Tapi, bukan serius pun. Just suka-suka. Senang cerita zero knowledge lah untuk set up my first bisnes.

Saya terus berdoa kepada Allah mohon pertunjuk. Alhamdulillah Allah lorongkan saya bisnes yang saya buat hari ini. Walau pada asalnya, saya mendapat tawaran Program Usahawan Perintis Siswazah anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di selangor dengan elaun bulanan RM800-RM900 sebulan. Everything disediakan bersama mentor bisnes.

Saya menolak tawaran tersebut dan menerima lamaran Mentor saya sekarang (Kak Maria) untuk buat bisnes Shaklee sebagai permulaan.

Banyak sangat yang tak terjangka berlaku sejak iterlibat dalam dunia bisnes Shaklee ni. Memang niat saya nak cari duit dan dalam masa yang sama membuka peluang kerjaya kepada mereka di luar sana yang mungkin sekapal dengan saya.

Bisnes ini mencabar jika tidak sabar.

Nak buat bisnes bukan sebab wang semata-mata. Tapi, apa value yang nak diberikan kepada orang ramai terutama pelanggan kita di luar sana.

Buat lah apa bisnes pun. Semua bisnes boleh buat kita jadi kaya. Semua bisnes boleh beri kita duit. Yang membezakan apa yang kita nak dalam bisnes ini. Apa yang bisnes kita dapat berikan kepada orang lain.

Sebaik-baik bisnes biarlah yang mendekatkan diri kita dengan Allah SWT, Yang Memberi Rezeki. Alhamdulillah, bisnes sekarang banyak mendidik jiwa dan diri saya. Kebergantungan harap saya sepenuhnya kepada Allah Ya Somad.

Dalam tempoh ini, saya ada juga buat bisnes lain untuk bantu family. Saya tolong promote bisnes karipap emak dan bisnes baja suami.

Sejujurnya, setiap bidang bisnes ada cabarannya yang tersendiri.

Bisnes makanan, tak habis tak boleh simpan untuk dijual semula melainkan frozen atau buat delivery servis mengikut permintaan pelanggan. Letih kalau kita yang buat from A to Z. Emak saya banyak buat frozen atas permintaan pelanggan. Margin untung tak besar. Dapat untung untuk sara family sahaja. Nak berjaya kena ada mentor dalam bidang ini.

Buat lah apa bisnes pun. Boleh kaya-raya.

Kalau ada Mentor yang guide, mereka adalah short-cut buat anda. Kalau tiada mentor, memang letih dan akan banyak langgar dinding kegagalan.

Pesan saya, walau sehebat mana cabarannya, berbalik lah kepada nawaitu kita dan semestinya Allah Yang Memberi Kekayaan dan Memberi Pertolongan.

Sekarang, saya berkata kepada hati setelah masuk tahun ke-7 (Tahun 2020) dalam dunia perniagaan :

✔ Dunia ini adalah sementara. Apa yang saya cari dalam hidup ini? Apa yang saya cari dalam bisnes ini? Apa yang dah saya buat 6 tahun sebelum ini?

✔Saya tak tahu bila saya akan mati. Setiap saat malaikat maut sentiasa menghitung perjalanan baki usia saya di dunia.

✔Bagaimana anak saya dan suami saya? Emak dan adik-adik saya jika saya mati sekarang? Kematian itu pasti. Saya tak boleh lari. Tapi, sudah bersediakah saya?

✔Bila kita mati ada 3 perkara sahaja yang boleh dibawa ke alam sana.

1. Ilmu Bermanfaat
2. Amal Kebajikan dan Sedekah Jariah
3. Doa anak-anak yang soleh/ Solehah

So, bisnes ini lah yang akan membantu saya selesaikan apa yang saya nak sebelum mati.

Saya usahakan bisnes ini, untuk jambatan Ilmu saya selepas mati. Saya ada masa khas untuk menulis ilmu-ilmu di blog dan FB serta platform lain. Yang mana, In Shaa Allah perkongsian ini akan terus dibaca walau saya sudah tiada di dunia suatu hari nanti. (Singgah lah blog saya : sakinahms.blogspot.my)

Saya usahakan bisnes ini, untuk terus menggandakan amalan kebajikan saya kepada keluarga, masyarakat dan agama.

Bayangkan setiap pelanggan yang makan Vitamin Shaklee dapat kesihatan yang lebih baik, boleh pulak solat dengan kusyuk sebab tak batuk, selsema, bersin sehingga terkencing macam sebelum ini. Kita dah menumpang pahala amal mereka tanpa sedar. Sebab selesaikan masalah kesihatan mereka dengan Set Resdung Shaklee.

Bayangkan lagi, kalau kita guna duit untung bisnes ini untuk bagi makan vitamin untuk support kesihatan emak ayah yang dah banyak berkorban untuk kita. Bahagiakan.

Dengan duit bisnes ini, kita beri kepada parents at least RM500 sebulan tak sama dengan RM50 sebulan kan. Lagi besar kita beri lagi senang hati kita. Ini style saya. Saya tak kisah berbelanja untuk family. Sebab saya buat bisnes ini untuk balas jasa mereka melahirkan dan membesarkan saya tanpa syarat.

Besar sangat peluang kebajikan dalam bisnes ini. Selain, usaha-usaha luar bidang. (Ya, betul. Tak buat bisnes pun boleh buat kebajikan).

Saya buat bisnes ini juga untuk saya banyak masa berkualiti mendidik anak menjadi anak yang soleh/ solehah.

Saya tak pasti kalau saya bekerja makan gaji adakah saya ada masa bersama anak-anak? Kalau ada pun, mungkin sedikit sangat. Sedangkan masa kita dengan anak-anak di zaman mereka kecil. Bila dah besar, mereka dah ada kehidupan masing-masing.

Saya respect kaum ibu yang berjaya keluar rumah untuk bekerja dan tinggalkan anak-anak kepada pengasuh. Saya tak sekuat dan sekental mereka.

Anda wanita yang hebat. Sangat hebat.

Sebab itu, saya memilih jalan bisnes ini sebagai persiapan saya sebelum mati. Bantu bahagiakan keluarga dan ramai orang dengan cara saya.

Bisnes ini, bisnes leadership. Walau dah tak jadi tenaga pengajar saya tetap mendidik dan membentuk leader-leader dalam organisasi bisnes saya ibarat seperti guru mengajar anak murid. Cuma bezanya adalah cara, platform dan misi kita.


Ada juga, yang ajak saya buat bisnes lain. Macam saya cakap di atas tadi. Saya dah pernah buat beberapa bisnes lain. Dan Shaklee bukan setakat bagi pendapatan bulanan, kesihatan yang lebih baik, tetapi keluarga dan pelanggan saya pun turut peroleh manfaat yang sangat banyak.

Dalam mereka makan sendiri, mereka pun dapat extra money dari Shaklee hasil langganan mereka.

Walaupun shaklee adalah produk International, mentor-mentor dan rakan-rakan sentiasa saling berkongsi dan memperingati kami supaya dekatkan diri dengan Allah dengan menjaga dan memperbaiki amalan-amalan wajib, menambah amalan yang sunat, menjaga hubungan dengan keluarga, pasangan dan anak-anak serta dengan pelanggan. Senang cerita bukan ilmu bisnes semata-mata yang saya dapat. Tapi, ilmu akhirat pun diberi untuk pemantapan jiwa.

Shaklee adalah dunia kesihatan berasaskan makanan nutrisi organik. Sedangkan kesihatan itu adalah urusan yang menjadi tanggungjawab wajib setiap manusia kepada badan masing-masing. Bayangkan di sekeliling anda, sangat ramai orang memerlukan Shaklee ini. So, bakal pelanggan anda ada di sekeliling anda sahaja berbanding dengan bisnes properties yang perlukan modal besar.

Contoh : Badan manusia memerlukan Vitamin C. Tetapi, badan kita tidak boleh menghasilkan atau simpan Vitamin C tersebut. Sebab ia vitamin larut air. Jadi semua orang perlukan Vitamin C melainkan mereka yakin dan pasti boleh dapatkan Vitamin C dari sumber makanan lain. Tambahan musim Novel CoronaVirus ni, lagi lah perlukan extra Vitamin C untuk perlindungan dan Imunisasi badan kita. 


Ok.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan jalan penyelesaian kepada perjalanan hidup anda semua. Jika anda ingin bersama dengan team kami untuk berniaga, boleh contact saya personally di sini : 019-916 4276.

Kami sedang membantu kaum wanita terutamanya untuk buat bisnes dengan mudah melalui beberapa projek yang sedang kami jalankan.

Antaranya ialah :

✔️Vitamin C Organik by Dr. Forrest - Untuk mereka yang tak tahu nak berniaga apa, this project is good start for you.

✔️Detox Program - Untuk siapa yang ingin detox dalaman dan luaran

✔️The Walking Beauty (TWB) - Untuk mereka yang suka kepada career spa dan kecantikkan yang high class

Mungkin perkongsian ini bakal membuka minda anda, yang anda pun boleh buat.

Actually, semua orang boleh buat bisnes. Tapi, bukan semua orang layak untuk berada dalam kerjaya bidang proffesional dan juga industri. Sebab ia memerlukan sijil pengalaman dan pengiktirafan.

So, don't waste your time. Usia kita terlalu singkat untuk dipersiakan mencari kerja sana-sini atau membuat bisnes tanpa guru.

Sakinah Mat Said,
Mentor Your Bisnes,
Bisnes Modal Rendah tanpa simpan stock.

No comments:

Post a Comment