Tuesday, 31 May 2016

SHAKLEE LIVE AMAZING WITH SAKINAH : WORKING AT HOME WOMAN

Shaklee #LiveAmazing.

Kenapa saya sanggup meninggalkan apa yang saya perjuangkan selama ini?

Bertahun saya belajar diploma dan ijazah di bidang art&design. Kemudian, saya terkandas di peringkat Master.

Pada awal tahun 2013, saya mengambil keputusan untuk berhenti belajar. Yang mana ketika itu saya mengalami masalah kewangan dan tekanan hidup sebagai seorang fresh graduate yang masih mencari pekerjaan tetap.

Sebagai seorang kakak sulong, anak harapan keluarga.. saya terpaksa melupakan niat. 

Selepas ditarbiah oleh supervisor saya ketika itu, saya nekad untuk melupakan dan kuburkan impian.

Monday, 30 May 2016

KAK, SAYA TAK MASUK OFFICE HARI NIE

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Salam Isnin, selamat bekerja semua. Tak mahu ada yang Monday Blues ye. Ceria-ceriakan hari anda. Hidup anda pasti bahagia.

KAK, SAYA TAK MASUK OFFICE HARI NIE

Sape, selalu buat perangai cam nie masa bekerja?

Cer angkat tangan sikit, nak tengok. Tak yah, segan atau malu lah. Ramai jugak yang terkena penyakit nie. Hehehe..

Sepanjang saya bekerja. Kata-kata pesanan, "Kak, saya tak masuk kerja hari ni sebab mc.." adalah normal.

Sunday, 29 May 2016

REBUT PELUANG MENJADI 9 ORANG PESERTA NECK RAMADHAN & RAYA BATCH 17

Assalamualaikum wbt..

Saya mendoakan semoga anda semua pembaca dan pengunjung blog sakinahms.blogspot.my sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia di samping keluarga tercinta.

Kita dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.

PELUANG MENJADI 9 ORANG PESERTA NECK RAMADHAN BATCH 17

Lagi beberapa hari kita semua umat islam akan menyambut Ramadhan Al-Mubaraq yang penuh dengan nikmat dan rahmat kebaikan.

Ramadhan adalah bulan untuk umat, untuk kita semua.

Saturday, 28 May 2016

10 TIPS ELAK SAKIT GASTRIK DI BULAN PUASA DAN HARI BIASA

Assalamualaikum dan salam sihat, semua.

Saya doakan semoga kita semua sihat dan berbahagia dunia dan akhirat. InsyaAllah.

10 TIPS ELAK GASTRIK 

Tadi, ada beberapa orang whatsApp bertanya masalah ini.

Lagi beberapa hari akan bermulanya Ramadhan buat seluruh umat islam.

Ramai antara kita yang mempunyai masalah gastrik yang sangat kritikal sehingga boleh menghadkan diri untuk menahan lapar sehingga ke petang.

Bagi yang bermasalah gastrik, mesti kita berniat di hati ingin berpuasa penuh tanpa sebarang keuzuran pada tahun ini.

Friday, 27 May 2016

STORY SI KEMBAR : KAWAN ADIK NAK TOLONG JUAL

Assalamualaikum wbt..

Terima kasih kerana sudi singgah baca dan follow blog sakinahms.blogspot.my ini. Saya doakan semoga anda semua sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah dunia ahirat. Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.

STORY SI KEMBAR : KAWAN ADIK NAK TOLONG JUAL

Kak Sa.. kalau kawan adik nak tolong jual lukisan adik, boleh? Nanti, adik bagi lah upah (bergantung kepada hasil jualan dia).

Semalam, kawan adik nak tolong. Tapi, adik tak bagi sebab adik cakap kat dia... "Saya kena mintak izin kakak saya dulu. Baru saya gitaw awak."

Thursday, 26 May 2016

STORY SI KEMBAR : JUAL LUKISAN DI SEKOLAH

Assalamualaikum dan salam tengah hari,

Saya doakan anda semua kaya, bahagia dan berjaya dunia akhirat. Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.

ADIK JUAL LUKISAN KAT SEKOLAH

Tadi balik dari Kelas Agama Fardu Ain (KAFA), adik cerita.. dia jual lukisan kepada kawan dia kat sekolah.

Small size : RM0.50

Extra size : RM1.00

Pada permulaannya saya ingatkan dorang bergurau.

Rupanya memang betul.

Kata dorang, kawan-kawan dia ada yang dah beli.

Tuesday, 24 May 2016

TIPS KURUS SAKINAH : PEMBERAT

Assalamualaikum wbt..

TIPS KURUS SAKINAH


Nak kurus tak perlu tunggu nak ke gym atau keluar rumah.

Tak perlu bersesak dalam jamp, tak perlu bayar yuran kemasukkan gym bulanan.

Sebaiknya gunakan masa itu untuk bersama family. Kurus dan sihat berjemaah bersama keluarga.

Monday, 23 May 2016

MELABUR HAMPIR 5K UNTUK KURUS

Assalamualaikum wbt..

MELABUR HAMPIR 5K UNTUK KURUS

Dulu berhabis RM4.8K untuk turunkan berat badan.

Pengakuan jujur oleh seorang wanita berusia 52tahun.

Beliau tak sangka, dalam 2 minggu berjaya turunkan 2.1kg bersama NECK. Sedangkan sebelum ini, berat semakin bertambah.. badan makin montel.

" Kak pernah ikuti program TRA RM4.8K. Setiap minggu supervisor datang jumpa tapi tak bagi jenis exercise, tak bagi makan buah-buahan manis sebab akak ada Diabetes. Selepas habis 3 bulan, tiada perubahan apa-apa. Akak tetap jugak gemuk, comel berlemak. "

Nasihat kami, jadilah seorang yang bijak. Sebelum kuruskan badan, pastikan anda dibantu oleh Mentor yang dah terbukti berjaya bantu lebih ramai orang.

Alhamduliklah, NECK telah masuk batch ke-16 dan akan memulakan batch 17 awal june ini di bulan puasa.

Melebihi 1.5K orang yang berjaya disentuh hati mereka untuk ubah gaya hidup yang lebih sihat.

Hidup untuk sihat, InsyaAllah Kurus itu bonus.

Hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut sebelum 30 Mei 2016. (Sakinah : 019-916 4276).

Friday, 20 May 2016

TESTIMONI NECK : TURUNKAN BERAT 20KG DALAM MASA 2 BULAN

Assalamualaikum wbt..

Saya mendoakan semoga anda semua pembaca dan pengunjung blog sakinahms.blogspot.my sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia di samping keluarga tercinta.

Kita dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.

TURUNKAN BERAT 20KG UNTUK KURUS & SIHAT SUPAYA IBADAT HAJI BERJALAN LANCAR

Hari ni, saya nak kongsikan dengan anda semua satu sharing oleh peserta NECK Batch 14 yang telah berjaya mencapai targetnya sebanyak 20kg bersama NECK 60 hari.

Nama diberi Rohaiza Wahid, berusia 36tahun dan beliau merupakan seorang guru.

Jika anda seorang guru  ataupun pendidik, mesti anda faham besarnya cabaran seorang guru bila berbadan besar nie.

Thursday, 12 May 2016

5.1KG DALAM MASA 2 MINGGU, TIADA APA YANG MUSTAHIL

Assalamualaikum wbt..

Saya doakan semoga anda semua masih setia membaca dan bersama sakinahms.blogspot,my untuk info-info perkongsian dan ilmu bermanfaat dunia akhirat.

Sahabat semua diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. InsyaAllah.

Rasa seperti lama dah tak berbicara mengenai perkembangan program Now Everyone Can Kurus (NECK) di sini. Masa terlalu mencemburui saya.

Alhamdulillah, diberikan kesempatan untuk update sharing untuk anda semua pada hari nie.

5.1KG DALAM MASA 2 MINGGU, TIADA APA YANG MUSTAHIL

Banyak ke sikit 5.1kg dalam masa 2 minggu?

Banyakkan.

Sebenarnya, ianya adalah normal jika anda mempunyai berat badan 100kg ke atas. Sesiapa yang mempunyai jumlah berat yang banyak lebih mudah nak lost weight untuk 2 minggu pertama diet secara sihat berbanding mereka yang berat 60kg.

Tuesday, 10 May 2016

BERTAHUN MIGRAINE, PENING DAN SAKIT CAM NAK PECAH KEPALA

Assalamualaikum wbt..

Saya mendoakan semoga anda semua pembaca dan pengunjung blog sakinahms.blogspot.my sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia di samping keluarga tercinta.

Kita dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.

BERTAHUN MIGRAINE, PENING DAN SAKIT CAM NAK PECAH KEPALA

Perkongsian oleh salah seorang insan tersayang.

Kisahnya bermula apabila beliau mengalami kemalangan jalan raya ketika menunggang motorsikal dan bertembung dengan sebuah kereta hampir 10 tahun yang lalu.

Akibat kemalangan itu, beliau koma beberapa bulan dan terdapat kesan darah beku di bahagian kepala berdekatan otaknya.

Sunday, 8 May 2016

TAK SUKA!! TAK SUKA !! TERSEDAK ASAP NIKOTIN KAT PASAR PAGI

Assalamualaikum wbt..

Saya mendoakan anda semua sihat dan bahagia bersama insan tersayang. Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah..

TAK SUKA! TAK SUKA! TERSEDAK ASAP NIKOTIN KAT PASAR PAGI

Ini kisah jumaat lepas.

Kami ke pasar borong di area Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu untuk teman emak membeli barang sambil cuci-cuci mata.

Friday, 6 May 2016

VITAMIN APA UNTUK ECZEMA?? FAREES PUN ADA ECZEMA

Assalamualaikum dan salam bahagia buat semua,

VITAMIN APA SESUAI UNTUK ECZEMA ANAK AKAK??

Ramai ibu-ibu tercari dan tertanya-tanya saya, apa penawar terbaik untuk rawat masalah Eczema anak mereka?

Mereka tak lena tidur, tak senang hati bila Eczema anak semakin teruk. Terutama bila si anak tersalah makan dan terdedah dengan cuaca panas.

Si anak merengek-rengek, tergaru-garu gatal.

Dah sapu ubat, tetap sama.

Kadang, dorang menangis meronta-ronta tak mahu sapu ubat.

Wednesday, 4 May 2016

PAGI SYAHDU TANPA TOK KI DI KAMPUNG

Pagi syahdu nan indah di kampung kelahiranku. Lama tak menikmati suasana pagi-pagi cam nie.

Kebiasaannya masa ni, arwah Tok ki dah bangun pagi. Dialah orang pertama bangkit ke bilik air. Kemudian disusuli dengan arwah nenek.

Pastu, solat sunat dan mengaji. Best sangat suara Tok ki. Lunak dan unik.

Seusai sahaja subuh, tok ki bersiap-siap ke pasar untuk berniaga.

Kalau tak ke pasar, ke masjid lah dia.

Tuesday, 3 May 2016

25 REJAB : SELAMAT TINGGAL DUNIA, SELAMAT TINGGAL ANAK CUCUKU

Assalamualaikum dan salam syahdu dari perkampungan Pulau Manis, Serada. Kampung kelahiranku. Di sini, langkah pertama aku melihat dunia.

Selesai sudah urusan tok ki di dunia ini.

Tenanglah Tok ki di sana. Berehatlah.

Pagi tadi aku dikejutkan dengan suara emakku dari lena yang panjang. Jam 5.20 pagi emak kejutkan dengan perkhabaran yang tok ki sedang sakit tenat di kampung.

Aku yang sedang mamai, terkejut. Kami tahu tok ki sudah uzur.

Sebulan lebih yang lalu, ketika aku pulang ke kampung bersama emak dan En. Tunang.. Tok ki ada cakap yang dia mimpikan emak dan ayahnya datang kepada dia.

Kami cuba sedapkan hati cakap tiada apa lah.

Sunday, 1 May 2016

BANGLO 22 JUTA PEMILIK QU PUTEH, QU PUTEH, BARU LAH PUTEH

Assalamualaikum wbt..

Saya mendoakan semoga sahabat pengunjung dan pembaca blog sakinahms.blogspot.my semua sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berbahagia hidup dunia akhirat.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.

BANGLO 22 JUTA PEMILIK QU PUTEH, QU PUTEH, BARU LAH PUTIH

Sedikit bingkisan dari epal hijau TV mengenai latar belakang Dato' Sri Vida sebelum berjaya membina banglo bernilai 22 juta ini :

"Wanita kelahiran Machang, Kelantan ini jujur mengakui dia lahir dalam keluarga berada sebelum menjadi anak yatim pada usia sembilan tahun kerana kematian bapanya.

Dia dan ibu hilang punca rezeki ketika itu secara tiba-tiba.

Jadi bermula dari situ, dia mengenal apa itu bisnes. Asalkan yang boleh berikan wang saku, dia akan lakukan.