Saturday, 25 February 2023

9 SEBAB KENAPA COMMUNITY BISNES SHAKLEE SANGAT BEST

Sebelum saya memulakan penulisan kali ini, saya ingin membuat pengakuan jujur.

Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi saya berdasarkan kepada pengalaman selama 15 tahun dalam dunia perniagaan MLM, Conventional, Online Mahupun Offline. Ia tiada kata siapa salah atau sesiapa yang betul . Kerana pengalaman, cabaran dan ujian perniagaan setiap orang adalah berbeza.

Bacalah dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Pandanglah setiap point yang disampaikan secara positif. Semoga yang baik-baik sahaja dikurniakan buat korang.

Friday, 24 February 2023

REVIEW DAN FEEDBACK PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE 1.0 DAN KENAPA MESTI ADA PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE 2.0

Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan rezeki ini. Saya sendiri tak sangka dan terkejut sebenarnya bila saya dikhabarkan memenangi Hadiah Utama iaitu sebotol Vivix yang bernilai hampir RM500 untuk 25 orang yang pertama di dalam group oleh Kak Affni merangkap Sideline Master di dalam Shaklee. Macam tak percaya taw. Sebab ada ramai orang nama Sakinah dalam projek ini. Mana lah tahu tersalah orang kan Hehehe.

Waktu itu saya ada short-meeting bersama adik-beradik. Saya tak tahu macam mana boleh terlepas info pihak penganjur akan mengadakan announcement pemenang pada hari Jumaat (17 Februari 2023) jam 9.30 malam. Saya difahamkan sepatutnya jam 3.00 petang. Tetapi terpaksa ditangguhkan. Banyak kali juga lah keluar masuk group Projek Blog Mega Euphoria Shaklee pada hari tersebut. Risau terlepas info penting. Tapi, terlepas jugak. Huhuhu.

Tuesday, 14 February 2023

PILIHAN SET KURUS SHAKLEE TERBAIK DAN PALING BERKESAN TAHUN 2023

Nampak nya ramai orang mencari Set Kurus Shaklee sekarang. Dan semestinya kebanyakkan antara mereka mencari Set Kurus Shaklee sebab nak turunkan berat badan. Sejak PKP ramai rakyat Malaysia mengalami kenaikan berat badan yang sangat drastik. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh faktor kurang bergerak aktif, kurang beriadah, tekanan tidak dapat keluar rumah seperti normal dan banyak aktiviti makan, makan dan asyik makan. Hehehe.

Thursday, 9 February 2023

7 CARA BUAT DIET INTERMITTENT FASTING YANG BETUL

Korang pernah buat Diet Intermittent Fasting (IF)? Haa! Mesti korang baru nak cuba-cuba kan? Sebab tu korang sedang berada di sini. Lately Diet Intermittent Fasting adalah salah satu diet yang saaangat popular di dalam banyak-banyak diet seperti Diet NECK, Diet Keto, Diet Kalori, Diet Atkins dan juga diet yang lain-lain.

Tapi hari ni, saya nak share pasal Intermittent Fasting atau DIET IF. Actually Diet IF ni lebih healthy dan lebih relax. Korang boleh klik baca di sini : Apa Itu Intermittent Fasting?

Wednesday, 8 February 2023

PENDAFTARAN PROJEK MEGA BLOG EUPHORIA 2.0 UNTUK BELAJAR BER BLOGGING SECARA BERKUMPULAN

Alhamdulillah, impak menyapu sawang-sawang di Blog sakinahms.blogspot.com masih ada ramai yang nak join bisness kami. Saya start "menyapu dan mencuci blog" 2 bulan lepas, selepas saya sedar beberapa entry lama kena spam. 

Actually zaman bujang dulu saya sangat rajin menulis di Blogger. Masa tu saya mendapat tunjuk ajar direct dari sifu Master Maria Firdaus and team. Siap ada team support untuk fokus blog sahaja.

Wednesday, 1 February 2023

PENGALAMAN GASTRIK TERUK GARA-GARA NAK KURUS 22 TAHUN LEPAS

Masa ni, form 2 rasanya.
Tengah discussion group Kem Sains.
Start form 1 (22 tahun lepas) saya start diet. Sebab saya rasa badan macam berisi dan gemuk. Saya merasa malu dengan perubahan badan pada waktu itu. Setiap pagi, saya akan skip sarapan pagi. Saya hanya akan makan Keropok Jajan Lidi Goreng atau Roti yang dijual di Koperasi Sekolah.

Tengah hari saya tak makan, saya akan ikat perut, simpan duit belanja untuk tambang naik Prebet Sapu (macam Teksi tapi guna Van) dan perbelanjaan peribadi keperluan anak dara seperti Pad Wanita, Bedak, Cream, Pencuci Muka dan lain-lain. Kadang-kadang, saya balik dari sekolah dah lewat petang. Saya akan spend masa untuk bersenam selepas Asar. Then, baru makan yang simple-simple je. Makan sedikit nasi bersama Ikan Rebus dan Air Perahan Asam Limau Nipis. Saya fikir asid dari Limau ni akan memecahkan lemak dalam badan.